Chap 1

37.5K 971 31
                                    

"Afif, saya suka awak." Luah Irwina.

"Oh~ ini ke sebab awak nak jumpa saya?" Afif bermain dengan straw di cawannya. Irwina mengangguk malu.

Beberapa hari lepas, Irwina menghantar mesej untuk mereka bertemu. Katanya ada perkara penting yang Irwina ingin sampaikan.

Afif bersandar pada kerusi. Dia melihat Irwina.

Irwina gadis cantik, tinggi sedang-sedang, berkulit sawo matang, mata bulat. Perfect, cantik. Pandai pun iya juga. Budak dekan setiap semester. Afif jumpa Irwina pun sewaktu dia keluar dengan kawan-kawannya beberapa bulan lepas. Siapa yang logic nak tolak luahan perasaan gadis secantik Irwina ni kan?

"Macam mana saya nak cakap ya..." Afif berfikir sambil melihat Irwina yang keresahan menanti jawapan darinya.

"Tapi kalau awak tak nak terima tak apa... I mean...we can't force someone's feeling right?" Irwina bermain dengan jarinya. Nervous.

"Yes that's right. As expected from dean list student." Afif senyum.

Mereka berdua diam. Afif memandang Irwina. Irwina tunduk. Afif senyum.

"Ok I have make a decision." Irwina mengangkat muka dengan mata penuh pengharapan sebaik mendengar kata-kata Afif. Dia yakin Afif juga turut menyimpan perasaan kepadanya. Mereka ada banyak persamaan. Dan dia juga yakin Afif juga suka kannya selepas macam-macam usaha yang dia lakukan untuk memikat hati Afif.

"To be honest, siapa yang akan reject a girl like you kan? You ni dahlah baik, cantik, pandai pula tu. What else should I ask more? Right?" Afif menutur kata. Irwina tersipu malu.

"So...my answer is..." Afif berhenti untuk melihat reaksi Irwina. Dia menahan tawa,

She's so naïve.

"I will not reject you." Afif berhenti lagi. Irwina sudah senyum gembira. Perasaannya diterima.

"But I will not accept you either." Sambung Afif. Senyuman Irwina pudar. Dia kerut dahi.

"What do you mean?" soal Irwina.

"To say I don't like you...It's like a lie. But I don't hate you. I don't hate you but I don't like you that much either too." Afif masih bermain kata.

"Can you make it clear please?" Irwina makin keliru.

"Jujur saya sangat berterima kasih dengan semua yang awak dah buat. Awak tolong saya study, awak tolong saya buat assignment, teman saya jalan-jalan, tengok movie, selalu dengar saya bercerita and everything yang awak dah buat untuk saya, saya sangat berterima kasih." Kata Afif.

Mereka berdua diam lagi.

"I do that because I like you. A lot." Luah Irwina. Afif senyum.

"Yeah I know. You like me very very very much. I know it." kata Afif.

"So my final answer is, do your best. Work harder okay?" Irwina tayang muka keliru.

"Apa maksud awak? Awak terima ke tidak ni?" soal Irwina.

"Kan saya dah cakap, saya tak tolak perasaan awak tapi saya tak juga terima perasaan awak." Jawab Afif selamba.

"Habis tu awak nak saya still mengharap pada awak?"

"If you want, you can still wait for me. Just for now, maybe you can work harder. Try impress me more." Afif senyum jahat. Irwina dah hilang kata-kata.

"You're the worst man I ever met! Menyesal aku jumpa dan kenal dengan kau!" Irwina berang. Dia sudah berdiri. Afif masih dengan senyumannya.

"But you still like me." kata-kata selamba Afif but Irwina geram.

"I used to like you. Now I hate you! Forever!" Irwina mencapai begnya dan dia pergi meninggalkan Afif. Afif ketawa sendiri.

Lega satu masalah.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now