Chap 51

15.4K 577 19
                                    

NOTE: Ada beberapa perubahan scene di chap 50. 

Hospital

Ambulans berhenti di kecemasan dan anggota medik laju menarik keluar stretcher dari ambulans. Afif terbaring di stretcher dengan darah yang masih mengalir. Matanya terpejam rapat. Irwina turut keluar dari ambulans yang sama dan dia turut mengiringi stretcher tersebut yang ditolak laju terus ke wad pembedahan. Jururawat yang ingin membawanya untuk dapatkan rawatan dia tidak endahkan.

"Afif please." Irwina berdoa moga perkara buruk tidak berlaku pada Afif. Air matanya laju mengalir dari tadi.

"Maaf cik. Cik tidak boleh masuk ke kawasan ini." seorang doktor menghalang Irwina dari ikut masuk ke dalam wad pembedahan.

"Doc please. Selamatkan dia." Air mata Irwina jatuh lagi. Kepalanya sudah membayangkan semua perkara buruk yang boleh terjadi. Dia takut.

"Kami akan cuba sedaya upaya." Kemudian doktor itu hilang di balik pintu wad pembedahan itu.

Irwina terduduk di situ.

Ini semua salah aku....

Dia menangis lagi.

"IRWINA!" Dian terus memeluk Irwina yang terduduk di lantai hospital itu sebaik dia sampai di hadapan wad pembedahan itu.

"Afif... afif...." Irwina teresak-esak. Dian mengusap badan Irwina untuk menenangkan Irwina.

"Dia akan okay. Percayalah. Kita doa banyak-banyak moga dia selamat." Kata Dian.

"Aku takut..." Irwina masih menangis.

"Shh. Semuanya akan okay. Dia akan selamat dan semuanya akan kembali seperti biasa. Sekarang ni, jom kita pergi rawat luka kau dulu. Ok?" pujuk Dian. Irwina memandang wad pembedahan itu.

"Tapi Afif masih kat dalam. Nanti buatnya doktor keluar..."

"Abang akan tunggu kat sini. Kalau ada apa-apa nanti, abang terus bagitahu Win. Sekarang ni, Win pergi dapatkan rawatan dulu, lepas semua selesai, Win datang sini semula." Pujuk Izzue. Irwina mengangguk dan dia bangun dengan dibantu oleh Dian.

***

"Abang, Afif macam mana?" soal Irwina sebaik dia kembali dari mendapatkan rawatan. Selesai sahaja doktor dan jururawat merawat luka di muka, kaki dan tangannya, terus dia kembali ke wad pembedahan itu. Dian, Hayati, Izwan dan juga Hazwan semuanya turut berada di depan wad pembedahan itu. Mereka bergegas ke hospital sebaik mereka dapat berita tentang Afif.

"Afif masih kat dalam. Kita sama-samalah tunggu dan berdoa." Kata Izzue dan mereka semua duduk di kerusi yang disediakan di situ. Dian mengusap bahu Irwina.

Satu jam, dua jam berlalu. Mengampiri tiga jam barulah lampu wad pembedahan itu dipadam. Seorang doktor keluar dan terus mereka mendapatkan doktor itu.

"Macam mana dengan Afif doktor?" soal Izzue.

"Alhamdulillah pembedahan selamat dijalankan. Namun dia masih dalam pemerhatian doktor dan akan dihantar ke wad ICU." Terang doktor itu.

Mereka semua melepas nafas lega.

"Terima kasih doktor. Terima kasih." Ucap Irwina.

***

Wad VIP

Masuk hari ini, sudah dua hari Afif koma. Irwina tidak putus datang melawat Afif. Afif sudah dipindahkan ke wad VIP. Setiap kali dia datang melawat, dia membacakan yasin untuk Afif bersama doa moga Afif cepat sedar. Ibu bapanya turut datang sebaik mendapat berita tentang kejadian yang menimpa mereka berdua. Emily dan Uncle Ben juga sudah sampai dari New York pagi tadi dan kini mereka dalam perjalanan ke hospital.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now