Chap 13

15.1K 673 10
                                    

*flashback*

Tepi jalan

Afif mundar-mandir di tepi keretanya. Dalam banyak-banyak hari dan masa, kenapalah keretanya mahu rosak di malam hari minggu?!

"Dan budak ni kenapa aku call tak angkat!"

Afif frust. Dah lima kali dia call Irwina, namun tidak diangkat. Kenapa dia call Irwina? Sebab Kim sekarang sedang bercuti dan tiada di Malaysia. Jadi Irwina je yang ada untuk dihubungi.

Masalahnya sekarang ni, IRWINA TAK ANGKAT TELEFON!

Afif duduk di dalam keretanya. Angin malam yang sejuk membuatkan dia menarik jaketnya rapat ke badannya. Sekitar jam 10 malam, barulah Irwina call dia semula.

"Hello, boss. Kenapa bos call...."

"Hah baru nak angkat. Tahu tak dah berapa kali aku call kau?"

"Amboi awak yang call saya tadi lepastu tiba-tiba nak marah saya pula. Dahlah saya nak letak phone."

"Irwina wait wait. You need to help me."

"Apa dia?" soal Irwina.

"Datang kat sini, jalan keluar dari office. Kereta aku rosak." Kata Afif.

Kemudian meletus tawa Irwina di hujung talian.

"Kenapa kau gelak? Aku ada buat lawak?" Afif mula nak marah.

Aku tengah kesejukan macam ni, dengan kereta rosak apa semua, dia boleh gelak je kat aku?!

"Sorry sorry. Tapi kan dah malam ni. Bahayalah saya nak keluar malam ni." jawapan Irwina ada betulnya.

"Kau tak ada housemate ke untuk datang sini tolong aku?"

"Ada. Yelah yelah saya datang sana." Irwina bersetuju.

"Oh satu lagi. Kau jangan datang naik skuter oren kau tu." Afif memberi amaran.

"Tahu. Lagipun skuter oren saya tu tak layak untuk bawa orang macam bos." Belum sempat Afif membalas, Irwina mematikan talian.

Orang macam aku? Apa masalahnya dengan orang macam aku? I'm perfect what? Uhh sejuk....

15 minit kemudian, ada sebuah kereta menghampiri keretanya yang tersadai di bahu jalan. Irwina dan kawannya keluar.

"Apa masalahnya dengan kereta bos ni? Macam mana boleh rosak?" Irwina menyinsing lengan bajunya dan berdiri di depan hood kereta Afif yang terbuka. Afif berdiri di sebelahnya.

"Entah tadi dia berasap lepas tu dia mati." Terang Afif.

"Masalah enjin kot. Hmm aku malas nak kotorkan tangan aku." Irwina berkata perlahan.

"Macam ni lah, bos tinggal je kereta kat sini. Nanti saya suruh abang saya ambil." Kata Irwina.

"Kenapa abang kau pula?"

"Abang saya tu mechanic. Nanti esok dia settlekan kereta bos ni. Jom saya hantar bos balik."

Afif mengangguk dan mengambil semua barang dalam keretanya sebelum mengunci keretanya. Dia berjalan ke kereta yang dipandu oleh Hayati. Afif duduk di kerusi belakang. Hayati memandu ke apartment Afif.

"Apa yang bos buat malam-malam minggu kat office tu bos?" soal Irwina.

*hachoo* Afif bersin.

Ni mesti sebab lama sangat aku kena angin malam.

"Sorry. Aku ada kerja nak settle lah. I don't have time to rest you know." Kata Afif.

Irwina buat roll eyes.

"Yelah bos."

Kemudian mereka tidak bercakap sepanjang perjalanan. Selepas menurunkan Afif di lobi apartmentnya, kereta Hayati menghilang dalam kegelapan malam.

***

Apartment Afif

Afif membuka kunci apartmentnya dan menghidupkan lampu. Dia mencabut kasut dan mengunci semula pintu rumahnya. Dia berjalan ke ruang tamu rumahnya.

Apartment sebesar itu, hanya dia di situ. Kosong, sunyi sepi tanpa bunyi.

Huh what do you expect? Aku duduk sorang lagipun.

Afif berjalan ke peti aisnya dan mencapai sebotol air mineral dan Panadol. Dia memang tak berapa boleh dengan angin malam. Mudah sangat dia sakit kalau dia duduk di luar waktu malam.

Afif berbaring di sofa selepas mencampak jaket dan beg kerjanya di sofa yang kosong. Dia memejam matanya.

Heir of 7S Group will get married in a few day....

Headline berita bisnes yang dia baca di pejabat tadi buat dia terkejut.

Huh dia memang betul-betul kawin dengan lelaki kaya tu. Dasar mata duitan!

Dan tanpa dia sedar, dia tertidur di sofa itu tanpa selimut mahupun baju tebal.

*end flashback*

***

MONX Holdings

Damn Lisa. Ini semua salah kau!

Afif berbaring di sofa di bilik pejabatnya.

Ugh badan pleaselah elok. Atau Emily akan marah aku kalau aku tak datang petang nanti.

*

*

*

A/N: Nah sis bagi double chapter. Haha. Plan nak update hari-hari tapi saya tengah thrill nak explore video editing. Jadi saya spend less untuk menulis. I'm sorry. Haha. Hope you guys vote and support this story till the end. Thank you for your vote, comment and support from the very first chapter of this story. ILY. 

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now