Chap 9

15.8K 710 6
                                    

Rumah Sewa Irwina

Ring! Ring! Ring!

Irwina meraba mencari telefonnya yang berdering.

Siapa yang gila telefon aku pagi-pagi hari Ahad ni!

Sungut Irwina. Matanya separuh terbuka. Dia tidur lepas subuh pagi tadi. Malam tadi dia tidur lewat sebab nak siapkan report meeting dengan Finess Co. yang Afif minta dia hantar malam tadi juga. Jadi memang dia plan hari Ahad ini memang dia mahu tidur sepuas-puasnya. Selepas hampir tiga minggu dia kerja dengan Afif, satu perkara yang dia tahu, si Afif ni workaholic.

Dia mencapai telefonnya dan membaca nama yang terpapar di telefonnya.

Boss? Aku tak salah baca ke?

Irwina menggosok matanya untuk melihat dengan jelas. Kemudian panggilan itu mati. Dia melihat sudah hampir 10 panggilan tidak dijawab dan semuanya dari AFIF.

Eikkk! Adush kenapa dia telefon aku...

Laju tangannya mendail semula nombor telefon Afif.

"Hello bos." Sapa Irwina.

"Hah angkat pun. Baru bangun ke?" perli Afif. Irwina diam.

"Datang pejabat sekarang. You have works here." arah Afif.

"Kerja? Kan hari ini hari Ahad." Kata Irwina. Jujur dia malas nak keluar. Badan dia pun habis sakit-sakit sebab tidur tak betul beberapa hari ini.

"Saya sebagai boss awak ni pun kerja pada hari ahad, awak tak rasa bersalah ke awak cuti?" Irwina speechless.

"Ok saya siap sekarang juga." Irwina akhirnya akur.

"Saya bagi masa 10 minit."

Baru Irwina nak bantah, Afif dah tutup telefon. Irwina menahan geram.

Chill Irwina. Lepas ni kita claim overtime. Yeah overtime.

***

"Hah bangun pun sleeping beauty kita ni. Tu ada sarapan atas meja. Pergilah makan." Kata Dian. Dia melepak di sofa sambil tengok drama Jepun.

"Nantilah. Aku nak cepat ni." Irwina menyarung sneakers dan mencapai helmetnya.

"Kau nak kemana?" soal Dian. Dia berdiri di pintu, melihat Irwina yang sedang tergesa-gesa menghidupkan enjin skuter oren dia tu.

"Office." Jawab Irwina sepatah.

"Aik hari ini kan hari Ahad."

"Kau ingat mamat tu ada masa cuti ke? Tak!" Irwina melepas geram. Dian mengangguk faham.

"Aku jalan dulu. Bye!" kata Irwina kemudian laju dia memecut skuter oren miliknya itu.

Haih nasiblah kau Irwin...dapat boss workaholic.

***

MONX Holdings

Irwina memarkir skuternya dan terkocoh-kocoh dia berjalan masuk ke dalam pejabat. Nyaris dia jatuh sewaktu dia membelok untuk masuk ke lorong tempat tunggu lif. Laju dia menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan dia menekan butang naik ke tingkat 8.

Irwina membetul flannel shirtnya yang melurut jatuh di bahunya. Dia memang datang pejabat dengan jeans, t-shirt putih bersama flannel shirt kotak-kotak hitam merah. Orang kata selekeh pun pedulilah. Mana dia sempat nak gosok baju bagai.

Ting!

Pintu lif terbuka. Laju Irwina berlari menuju ke bilik Afif. Sampai depan pintu Afif, dia mengetuk.

Knock! Knock!

"Masuk." Suara garau Afif berbunyi. Irwina masuk. Dia melihat Afif duduk di meja, membaca dokumen.

Huish mamat ni. Sepanjang masa pakai kot, kemeja bagai. Hari cuti pun pakai attire kerja. Wow.

Komen Irwina.

Afif mengangkat muka dan memandang Irwina. Dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening seakan-akan mempersoalkan pemakaian Irwina.

"Saya nak cepat. Ini je yang saya sempat capai." Jawab Irwina selamba. Afif mengangguk.

"I guess a year can change people." Kata Afif.

"Maksud?" soal Irwina penasaran.

"Dulu you used to dress macam wanita melayu terakhir. So ayu. I never thought you would wear something like this." Kata Afif. Tangannya sibuk mengeluarkan fail dari laci mejanya.

Dia masih ingat... desis Irwina.

"So here's your work. Saya nak awak teliti semua record ni dan buat summary. I need facts and important things only. I want it before...." Afif memandang jam tangannya.

"4 pm." sambung Afif. Irwina melihat jam tangannya.

Sekarang hampir pukul 12...around 4 hours?

"4 jam je?" Irwina lihat pula fail yang menimbun. Dia kira fail tu rasanya ada dalam 5 fail dan semuanya tebal-tebal.

"Yeah. That should be enough." Kata Afif selamba.

"Erm kalau before 5 pm bos. Tak boleh ke?" Irwina cuba buat tawaran.

"Nope. I got dinner date at 6. By hook by crook, I need this before 4 pm. Fullstop." Afif berkata tanpa riak. Irwina mengangguk diam dan mengangkut semua fail itu ke mejanya.

***

Dia yang beria nak dating bagai, aku yang kena tanggung buat kerja ni. Dasar Afif!

Irwina bersungut namun laju tangannya dan matanya meneliti segala maklumat dalam fail itu. Sesekali dia menjeling ke arah jam dinding.

Akhirnya menghampiri jam 4, dia dapat juga siap semuanya.

Fuh ni kerja gila!

Saat itu juga Afif keluar dari biliknya dan berhenti di depan meja Irwina.

"Summary?" Afif menadah tangannya. Laju Irwina menghulurkan helaian kertas itu kepada Afif.

"Great." Kata Afif kemudian dia melangkah menuju ke pintu lif. Irwina masih di mejanya, memandang Afif dari belakang.

Entah berapa lama aku boleh bertahan kerja kat sini...

"Awak tak nak balik ke? Ke nak terus sambung kerja sampai esok?" kata Afif yang tiba-tiba berhenti di hujung koridor dan berpusing memandang Irwina. Irwina terkejut.

"Ah ya. Saya nak balik lah ni." Irwina mencapai beg sandangnya dan berjalan ke lif. Dia terkejut sebab Afif menahan lif yang terbuka untuknya. Irwina masuk.

"Thank you." Kata Irwina. Afif hanya diam.

Mereka turun bersama. Irwina mengekori Afif dari belakang sampailah ke tempat parkir. Afif membelok ke keretanya dan Irwina terus berjalan menuju ke skuternya yang kebetulan diparkir bersebelahan dengan kereta Afif.

"Kau betul-betul beli skuter oren ya?" Afif kemudian ketawa kecil. Irwina yang baru hendak menyarung topi keledarnya terhenti.

"Eh?" namun belum sempat Irwina bertanya, Afif sudahpun memandu keluar dari parkir, meninggalkan Irwina dan skuter orennya di situ.

Apa maksud dia tadi? Tak akanlah...ah tak mungkin tak mungkin. We are talking about Afif Ryan here. A man who only love himself.

*

*

*

A/N: I'm sorry sebab almost seminggu tak update... saya busy sangat-sangat. And I'm still recovery from fever due to allergic. Hope you will like this story and continue to vote and read till this story ends. Thank you for reading this story. Finally, hv a good day ahead. ^_^

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now