Chap 34

13K 599 39
                                    


Rumah Irwina

Irwina terus berbaring di sofa sebaik dia sampai ke rumah. Matanya mula memberat. Penat kerja dua shift hari ni di cafe. Puncanya sebab dia terpaksa ambil cuti esok dan hari seterusnya. Kenapa terpaksa?

Saat itu juga telefonnya berdering. Nama Afif tertera di skrin telefon.

Irwina mengeluh.

Sebab mamat bertuah ni!

"Hmm..." jawab Irwina malas.

"Kau...dah ambil cuti untuk beberapa hari akan datang ni?" soal Afif di hujung talian.

"Ya. Aku dah bagitau Dian. Kau jangan risau lah." Irwina menguap.

"Kau tu. Dah-dahlah stay kat pejabat. Pergi balik. Esok lah sambung kerja tu." Kata Irwina dan terus dia mematikan talian.

Kemudian terus dia terlena. Penat sungguh gayanya.

***

MONX Holdings

"Hello?" Afif memandang skrin telefonnya. Irwina sudah letak telefon.

"Aku tak habis cakap lagi..." bisik Afif. Dia melihat kelilingnya dan matanya berhenti pada jam dinding. Menghampiri jam 11 malam dan betul kata Irwina, dia masih di pejabat.

Ah esoklah sambung.

Afif menutup laptop dan mengemas mejanya. Entah kenapa hari ini, Lisa tiba-tiba ambil cuti emergency. Kali ini entah apa alasannya. Mengingati Lisa, Afif mengeluh.

Ada secretary baru tapi serupa tak ada. Tak berguna langsung!

***

Rumah Irwina

Irwina menyarung sweatshirt baggy warna biru lembut dan jeans biru. Selendangnya pula di lilit ringkas sahaja. Buat apa dia nak bersiap beria-ria bukan dia pergi dating. Pergi buat kerja. Ya dia bersetuju untuk tolong Afif buat proposal untuk JK Global dan juga membantu Afif untuk bersedia untuk pembentangan proposal depan presiden JK Global nanti. Nasib baik president bagi Afif extra satu hari. Ada jugalah ruang untuk bernafas.

PON! PON!

Hon kereta berbunyi menandakan Afif sudah sampai. Segera Irwina keluar dan mengunci pagar rumahnya. Dia menaiki kereta Afif.

"Good morning." Sapa Afif dengan senyuman.

"Morning." Balas Irwina sambil menarik seatbelt.

"So, kita nak buat kerja kat mana ni?" soal Afif.

"Hmm before that, pergi office dulu. Aku kena cari balik fail-fail dan draft proposal yang lama. Semua ada dalam laptop lama aku tu. Itu pun kalau Lisa tak buanglah." Kata Irwina.

Afif sudah memandu keluar dari kawasan kejiranan Irwina.

"Hah aku tak rasa dia tahu pun kewujudan benda-benda tu semua dalam laptop tu. I bet she never know what's inside that laptop." Kata Afif sambil matanya focus pada pemanduan.

Irwina ketawa.

"Haih kenapalah dari awal kau ambil dia kerja dengan kau."

"Kan? Aku pun dah tak tahu kenapa aku ambil dia kerja dulu."

***

MONX Holdings

"Cik Irwina, hai!" "Oh Irwina!" "Cik Irwina?!"

Sepanjang perjalanan Irwina dari ground floor nak pergi ke lift, dari dalam lif nak sampai ke tingkat 8, dah macam-macam reaksi yang dia jumpa. Kiranya walaupun hampir 3 bulan dia berhenti, masih ada yang kenal dia. Yelah siapa yang tak kenal Irwina, dia dengan bos a.k.a Afif tak pernah berenggang kalau dalam waktu pejabat.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now