Chap 38

12.3K 587 16
                                    

Apartment Afif

"Can't I? Can't I? Argh!!!! Kau ingat kau cool ke cakap macam tu?" Afif menumbuk kusyen kecil di sofanya.

Balik dari cafe tadi terus dia teringat perbualan dia dengan Irwina tadi. Afif duduk di sofa. Dia mengeluh.

Bolehnya aku cakap macam tu... buat malu je...

RING! RING!

Nama Emily tertera di skrin telefonnya.

"Hello." Jawab Afif.

"Afif, you are not forgetting our flight this evening right?" soal Emily. Bukan apa, kadang-kadang si Afif ni ada masa dia terlupa masa dan tarikh flight.

"Yes I know. I'm still packaging right now. I'll pick you both in 30 minutes." Kata Afif. Kemudian talian dimatikan.

Well let's get back to work...

***

MONX Holdings

"Maaf puan. Tanpa pass pekerja, puan tidak dibenarkan masuk ke dalam." Kata pengawal yang menghalang Lisa daripada masuk ke pejabat.

Dia datang ke pejabat untuk bercakap dengan Afif sebab dari semalam dia tidak dapat menghubungi Afif.

"Look. I'm a worker here. You tak kenal I ke?" kata Lisa.

"Tunjuk saya pass pekerja puan dan saya akan beri izin untuk puan masuk." Kata pengawal itu.

"Ish tahulah korang semua nanti. Kalau aku report korang pada Afif, korang semua ni kena pecat tahu." Kata Lisa sambil menyelongkar begnya mencari pass pekerjanya. Selama hari ini dia masuk ke pejabat bersama-sama Afif. Jadi jaranglah dia guna pass pekerjanya untuk masuk. Keluar pun dengan Afif.

"Nah!" Lisa menghulurkan pass pekerjanya.

Pengawal itu scan pass pekerja Lisa dan memulangkan pass itu kembali.

"Maaf puan tapi pass puan sudah tidak valid. Puan tidak boleh masuk." Kata pengawal itu. Lisa terkejut.

"Apa? Hey! Saya perkerja di sini tau! Tidak kira saya nak masuk juga. Saya nak jumpa dengan Afif!" Lisa berkeras untuk masuk namun pengawal menghalang.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" soal Puan Suraya, ketua Human Resources Department dan juga antara pekerja senior di MONX Holdings. Semua orang tahu betapa tegasnya Puan Suraya. Ramai yang berdoa supaya tidak membuat masalah dengan Puan Suraya kerana sepatah kata dari Puan Suraya kepada Afif, bermakna pengakhiran bagi mereka.

"Puan Suraya." Kata Lisa kemudian berdiri tegak.

Kenapalah aku boleh jumpa orang tua kerek ni. Dia dahlah tak suka aku! desis Lisa.

"Oh Puan Hanalisa. Apa yang boleh saya bantu?" soal Puan Suraya. Dia melihat Lisa dari hujung kepala ke hujung kaki.

"Saya nak masuk pejabat. Saya ada urusan dengan Encik Afif." Jawab Lisa. Puan Suraya mengangguk.

"Oh malangnya Encik Afif Ryan tiada di pejabat sekarang." Jawab Puan Suraya.

"Dia ke mana?" soal Lisa. Patutlah aku call tak angkat.

"I'm afraid I can't give out information about Mr Afif Ryan to the outsider." Kata-kata Puan Suraya buat Lisa terkejut.

"Outsider? Who? Me?"

Puan Suraya mengangguk.

"Encik Afif Ryan tidak maklumkan kepada Puan Hanalisa ke?" melihat kepada wajah keliru Lisa, Puan Suraya buat kesimpulan Lisa tidak tahu tentang itu.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now