Chap 19

13.2K 584 26
                                    

Rumah Sewa Irwina

"Aku nak hantar surat resign esok! Aku tak kira!" kata Irwina dengan matanya yang bengkak akibat menangis dari balik kerja siang tadi. Hayati hanya duduk disebelahnya sambil mengusap bahu Irwina.

"Ish tak akanlah kau nak berhenti? Kau baru kerja dua bulan kot." Pujuk Hayati. Irwina menarik tisu dari kotak dan menghembus hidungnya yang berair. Dian diam memerhati Irwina dari kerusi meja makan.

"Aku tak kira! He's humiliating me! Kalau tak suka tu cakap elok-elok tak boleh ke?" sambung Irwina. Hayati memandang Dian sambil buat isyarat untuk pujuk Irwina juga.

Dian mengeluh.

"I hate to say this but you're the one humiliating yourself first Irwina." Kata-kata Dian buat Hayati dan Irwina laju memandang Dian.

"Irwin, cuba reflect apa yang kau buat these past week. Kalau aku jadi dia, aku pun serabut. Like, you push your feeling on him so much. You don't even consider his feelings. In my opinion, you don't show your love but you make yourself look desperate and pathetic."

"Dian!" Hayati membuat isyarat supaya Dian berhenti.

Sudahlah orang tengah patah hati, dia cakap pula macam tu. Lagilah sedih si Irwina ni.

Irwina pandang Dian tajam. Tidak puas hati.

"Apa? Aku cakap based of fakta what. Irwin, just forget about him. Dia dah terang-terang reject kau. Not once. TWICE okay. Jangan jadi bodohlah sebab cinta. Everything you do have limit. And this is your limit."

Direct Dian sound Irwina. Irwina telan air liur. Kata-kata Dian ada betulnya. Namun masih ada ego di hatinya membuatkan dia tidak mahu menerima kata-kata Dian.

"Aku tahu kau tak nak terima apa yang aku cakap. Not yet maybe. Sebab tu memang diri kau. Tapi aku harap kau pertimbangkan kata-kata aku." Dian bangun dari kerusi dan mula melangkah ke tangga untuk naik ke biliknya.

"Oh dan kalau kau terima nasihat aku tadi, aku harap kau dapat settlekan masalah kau dengan Afiq cepat-cepat. Aku tak sarankan kau berhenti kerja sebab itu tanda kau lari. So please don't run but face him."

Dian boleh jadi serious juga bab-bab macam ni ya... desis Hayati.

Don't run but face him? Kata-kata Dian yang terakhir itu terngiang-ngiang di mindanya.

***

Dian bangun pagi dan pagi ini juga dia nampak Irwina memasak di dapur. Dian mengeluh. Kalau Irwina masih buat saparan untuk Afif memang dia ikat Irwina kat rumah hari ni, tak bagi pergi kerja.

Irwina nampak kelibat Dian keluar bilik air dan tersenyum.

"Dian! Sinilah makan breakfast. Aku masak." Irwina menghidangkan French toast di meja.

"This is weird..." kata Dian sambil mengambil tempat di meja. Irwina tersengih. Dia turut mengambil tempat di meja.

"Yatt mana?" soal Dian. Dia mencapai botol mayonnaise.

"Yatt keluar awal. Katanya something yang dia kena prepare untuk meeting nanti." Terang Irwina. Dian mengangguk dan menyuap makanan.

"You have something to say right? Spill it." kata Dian. Irwina hanya akan buat sarapan untuk budak rumah dia kalau dia ada something yang dia nak cakap atau pinjam.

"Erm...thanks for last night. Aku dah pikir kata-kata kau dan aku rasa benda tu ada betulnya. Aku akan cuba move on. Mungkin agak susah tapi aku akan cuba." Kata Irwina.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now