Chap 42

12K 529 20
                                    

Orange Cafe

Irwina melihat wajahnya di cermin sekali lagi kalau-kalau ada sesuatu yang tidak enak untuk dipandang. Dia turut membetul tudungnya supaya kelihatan kemas. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Afif naik di skrin.

No. Today is not about him. Jangan angkat atau dia akan rosakkan mood.

Irwina menolak panggilan Afif. Dia aktifkan telefonnya dalam mood senyap.

"Excuse me, Cik Irwina?" segera Irwina menoleh ke arah lelaki yang segak menggayakan kemeja belang hitam putih dan slack hitam.

"Yes I am." Jawab Irwina sambil membuat isyarat supaya lelaki itu mengambil tempat duduk di kerusi kosong di depannya ini.

"You're much better in person." Kata lelaki itu bersama senyuman.

"Thank you."

Duh suara dia. Low voice but so pleasing to ears. I can hear to this voice all day long. Haha.

Mereka berbalas senyum.

"Eh lupa pula nak kenalkan diri. I'm Shahir. Shah for short." Kata Shah.

"I'm Irwina. You can call me Irwin if Irwina is too long."

"I think I will stick with Irwina. Because it's much more beautiful that way." Shah senyum.

"Ok let's order something. We can get to know each other while having brunch." Sambung Shah.

***

JFK Airport, New York

"DIA REJECT CALL AKU? SERIOUSLY?!" Afif melihat skrin telefonnya selepas panggilannya tadi ditolak oleh Irwina.

"Berapa lama lagi sebelum flight?" soal Afif pada Hariz yang duduk di sebelahnya.

"Dua jam Encik Afif." Jawab Hariz.

"Ah lama lagi. Tak ada flight yang lagi awal ke dari yang ini?" soal Afif.

"Tak ada. Ini yang paling awal Encik Afif."

"Haa I think I should buy a private jet for me later lah. 20 hours flight is too long."

Afif bersandar di kerusi bersama keluhan.

Dia betul-betul pergi blind date tu?

***

Orange Cafe

Jun Wei memarkir keretanya di tapak parking yang disediakan. Dia bercadang mahu membeli kopi secawan dari cafe ini sebelum dia balik ke rumah. Dari semalam dia di pejabat membaca semua dokumen dan juga proposal-proposal yang di letakkan di atas mejanya. Seminggu dia balik ke Shanghai, balik ke Malaysia semula, jawabnya bertimbunlah meja tu dengan kerja. Belum cerita dokumen-dokumen yang menanti pengesahan darinya lagi.

Jun Wei masuk ke cafe dan terus ke kaunter untuk membuat pesanan. Dia nampak ada satu pasangan sedang duduk di meja, berbual mesra.

Aih orang hujung minggu pergi dating, aku baru nak balik dan sambung tidur...

"Haha oh ya? That's interesting."

Eh?

Laju Jun Wei menoleh kearah pasangan itu semula.

Irwina?

Wait. Siapa lelaki tu?

"Nanti bila buzzer ini berbunyi, encik boleh ambil pesanan encik di sini." Kata cashier itu.

"Ok thank you." Jun Wei mengambil buzzer itu dan mencari tempat duduk yang membelakangkan Irwina. Dia cuba memasang telinga untuk mendengar intipati perbualan Irwina dan juga lelaki itu.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now