Chap 45

13.6K 555 30
                                    

D'Book Cafe

Irwina duduk di bilik rehat selepas dia selesai menukar pakaian. Dia scroll akaun Instagram miliknya yang baru dibuka.

"Aik kau tak balik lagi?" soal Dian sebaik dia masuk ke bilik rehat untuk mengambil begnya.

"Oh aku tunggu kau. Ada benda aku nak beritahu." Dian segera mengambil tempat duduk di hadapan Irwina.

"Macam serious je. Apa dia?" soal Dian.

"Ish tak adalah serious mana. Aku cuma nak minta pendapat kau je..."

"Pendapat? Tentang apa?" Dian memandang Irwina serious.

"Tapi kau jangan bagitahu Yatt tentang ni tau. Aku tanya kau sebab kau lebih tahu tentang ni. Sebab kau lebih lama kenal dia." sambung Irwina.

"Ok ok. Aish makin penasaran gue dibuatnya." Dian tak senang duduk tengok Irwina yang ibarat menyimpan emas dimulutnya.

"Dari mana aku nak mula ek... erm... what do you think about Afif?" soalan Irwina buat Dian kerut dahi.

"Afif? Kenapa dengan dia?"

"Jawab jelah soalan aku. What do you think about Afif as a person? Not as my ex boss." Irwina memandang Dian.

"As a person he's...." Dian memandang Irwina.

"He's sucks." Kata Dian selamba.

"Ouch that's harsh." Kata Irwina.

"Bukanlah maksud aku, his personality sometimes really drive people crazy. You know how arrogant he is, how high his ego is. Tapi bab kerja memang aku respect dia. Dia pandai urus syarikat dengan baik sampai berjaya macam ni sekali. Aku pun tahu betapa dia jaga kebajikan pekerja dia walaupun dia tu gila sikit. He's a great person in general. Tapi itulah. Bab ego memang tak boleh lawan." kata Dian jujur. Irwina mengangguk.

"Yang kau tiba-tiba tanya tentang dia kenapa? You catch feeling for him again?" soalan Dian buat Irwina terkejut.

"Siapa? Aku? Hell no! Aku dah lupakan dia lebih tujuh tahun tau." Irwina bangun dan mencapai beg bajunya.

"Habis tu kenapa nama Afif tiba-tiba naik kalau tak kau syok kat dia lagi."

Irwina mengeluh.

"The only person that catch feeling here is him. Not me." kata Irwina sambil membuka pintu untuk keluar.

Dian masih memproses ayat terakhir Irwina kemudian matanya membulat. Laju dia berlari mendapatkan Irwina dan memegang tangan Irwina.

"Bila? Di mana? Macam mana? Tell me everything from A to Z." mata Dian jelas menunjukkan dia nak tahu semuanya dari Irwina.

"Nantilah aku cerita. I'm too tired to talk about it." kata Irwina kemudian dia terus berjalan keluar dari cafe.

Afif suka Irwina? Seriouslah... the great Afif fall in love? Hah! tapi aku kena korek juga cerita ni dari Irwina.

***

King's Apartment

Irwina menaiki lif naik ke tingkat unit apartmentnya.

Lepas aku reject dia, dah tiga hari dia tak kacau aku. I guess he give up already. Desis Irwina.

TING!

Pintu lif terbuka.

Baguslah kalau dia give up. Aman hidup aku. Haha. Irwina tersenyum memikirkan hidupnya akan kembali aman seperti biasa.

"Irwina." panggil suara yang sangat dikenalinya.

Ya Allah panjang umur mamat ni. Baru sebut dah muncul. Irwina menoleh ke arah pintu rumah jirannya a.k.a Afif.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now