Chap 30

15.2K 595 41
                                    

MONX Holdings

Afif meregangkan badannya selepas entah berapa jam dia di kerusi meneliti segala dokumen yang perlu dia bawa untuk mesyuarat esok. Lisa sudah pun balik tadi petang. Dia yang suruh Lisa balik. Lisa berkeras sebenarnya untuk tinggal di pejabat, katanya nak teman Afif buat kerja sampai selesai namun Afif suruh dia balik juga. Takut juga Afif kalau-kalau Lisa buat apa-apa. Dia nampak motif Lisa sebenarnya namun dia buat-buat tidak tahu.

Dia bersandar pada kerusinya dan melihat kearah meja PA yang kosong. Dia melihat kerusi yang kosong itu dan dia hanyut dalam memori.

***

*flashback*

Jam di dinding menghampiri jam 10 malam, namun dia dan Irwina dua-dua sibuk membuat kerja masing-masing di meja. Afif sibuk membaca dokumen, Irwina sibuk membuat slide untuk pembentangan proposal esok. Memandangkan pelabur dari luar negara dan dari syarikat besar yang akan datang esok, mereka berdua memang memastikan segalanya berjalan lancar dan cuba sedaya-upaya untuk menarik minat pelabur itu untuk melabur dalam syarikat mereka.

Afif selesai membaca satu dokumen dan dia memicit matanya. Dia melihat Irwina di mejanya yang masih menaip di laptonya. Irwina sibuk menaip sambil membaca dokumen di mejanya itu. Ada masa Irwina memicit jari jemarinya yang lenguh, terlalu banyak menaip kali.

Afif tak sedar, hampir 10 minit dia ralit melihat Irwina yang begitu focus membuat kerjanya. Dia tersedar dari pemerhatiannya pun sebab telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

"Are you not going back home yet? There's no one at home!" - Emily

Ahh dia datang rumah aku lagi....

Afif mengeluh. Emily memang suka randomly datang rumahnya. Biasanya hanya sebab dia nak makan instant noodle dengan Afif. Katanya makan instant noodle berteman akan jadi lebih sedap.

Afif memandang kearah Irwina lagi. Kali ini Irwina bersandar di kerusinya. Tidak bergerak. Afif pelik dan dia merapati dinding cermin yang bersebelahan dengan meja Irwina. Irwina terlelap rupanya.

Knock! Knock!

Irwina tersedar dari lelapnya dan tersengih. Kemudian dia menyambung semula kerjanya. Afif kembali ke mejanya dan mengemas barangnya. Dia berjalan keluar dari biliknya dan lalu depan meja Irwina.

"Baliklah. Dah lambat ni." kata Afif.

"Sikit lagi ni. Boss baliklah dulu." Kata Irwina. Matanya masih di skrin laptop.

"Balik. I don't want to care for a sick PA. It's a hassle." Kata Afif. Irwina mengangguk laju dan segera dia menutup laptop, mengemas mejanya dan mengambil beg tangannya. Afif menunggu Irwina sehingga Irwina selesai mengemas mejanya.

"Saya balik dulu boss. Boss hati-hati." Kata Irwina sebaik mereka berpisah di lobi. Afif hanya mengangguk dan menghidupkan enjin keretanya.

*end flashback*

***

Afif mengeluh.

Why did I randomly remember her tho...

Afif mengemas mejanya dan menutup laptopnya.

Baik aku balik atau entah apa-apa lagi yang datang.

***

Koh Residence, Shanghai

"You still don't hear anything from him, Xui Yin?" soal President Koh sewaktu mereka sednag bersarapan pagi.

Xui Yin menggeleng.

"Xui Yin, I know you're hiding something from us and I know you know his whereabouts." Kata-kata President Koh itu buat Xui Yin terhenti dari menyuap makanannya. Dia meletakkan sudu dan garfunya semula.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now