Chap 5

17.9K 778 2
                                    

Rumah Sewa Irwina

"IRWINA!!!!" Suara jeritan Hayati buat Irwina dan Dian yang baru melangkah masuk ke rumah menutup telinga.

"Kau dah kenapa Yatt! Bising tahu tak. Kalah anak amoi sebelah rumah." Omel Dian. Dia terus menghempas badannya yang kepenatan di sofa.

"Hah apa berita penting kau tu sampai tak menyempat tunggu aku masuk." Kini giliran Irwina pula berbunyi. Hayati sengih.

"Esok, ikut aku ke tempat kerja." Kata-kata Hayati buat Dian dan Irwina kerut dahi.

"Apsal pula?" soal Irwina.

"Esok ada....." sengaja Hayati buat suspens. Dian dan Irwina menanti apa yang bakal Hayati sampaikan.

"Interview untuk kerja kosong kat tempat aku!!!" kata Hayati gembira. Dian dan Irwina senyum.

"Serius lah? Jawatan apa?" soal Dian.

"Personal Assistant." Jawapan Hayati buat Dian memandang Irwina.

"Win, ni memang kerja untuk kau." Kata Dian.

"Alhamdulillah ada kosong. Aku harap aku dapat kerja ni."

"So apa lagi? jomlah cari baju untuk esok." Hayati jelas excited untuk esok. Yelah untung-untung kalau Irwina dapat kerja kat syarikat dia kerja, senang dia nak ulang alik kerja dengan Irwina. Tak adalah dia sorang-sorang je ke tempat kerja.

Dian dan Irwina mengangguk dengan cadangan Hayati.

"Tapi Dian, kau tak nak ke join interview ni?" soal Hayati. Dian menggeleng.

"Taknaklah. Aku nak menunggu jodoh kat kedai buku tu je. Hahaha." Kata Dian mengundang tawa mereka bertiga. 

Tempat Kerja Hayati

Irwina mengikuti setiap langkah Hayati dari pintu depan sampailah ke tempat temuduga di tingkat 8.

"Sis dia datang untuk interview. Kat mana dia kena tunggu?" soal Hayati kepada seorang wanita sebaya mereka yang duduk di meja receptionist.

"Bagi sini resume awak lepas tu awak tunggu kat bilik meeting 4 tu." Terang wanita itu. Irwina mengangguk dan menghulurkan resume miliknya.

"Ok nanti saya akan panggil awak bila turn awak dah sampai." Kata wanita itu. Hayati dan Irwina mengangguk.

Wanita itu berjalan masuk ke sebuah bilik bersama beberapa resume di tangannya.

"Good luck Irwin. I know you can do it." Hayati memegang tangan Irwina yang sudah sejuk. Dia nervous. Irwina senyum.

"Thanks. Aku rasa tak sedap hati sebenarnya tapi I'll do my best." Irwina senyum.

"Okaylah. Aku balik department aku dulu. Irwin, fighting!" kata Hayati sebelum dia meninggalkan Irwina dan berjalan menuju ke lif. Irwina berjalan ke bilik meeting 4 dan mencari kerusi kosong.

Ramai juga yang datang interview hari ini. Aku harap aku dapat kerja ni. Aku perlukan duit. Ish tapi kenapa aku ada rasa tak sedap hati ni...

***

MONX Holdings

"Kenapa awak rasa saya patut ambil awak kerja?" Afif menyoal calon temuduga itu.

Dari jam 8 pagi lagi dia duduk di kerusi dan menebual semua calon-calon yang datang ke temuduga hari ni. Dia tidak mahu orang lain yang temubual calon-calon yang datang sebab jawatan ni adalah PA untuknya. Jadi dia adakan temubual 1 on 1 dengan calon yang hadir.

"Sebab saya ada semua quality yang diperlukan dalam seorang personal assistant." Jawab wanita itu dengan serius.

"Sila jelaskan."

"Well a personal assistant is like a face to their boss. So a boss as handsome as you should have a PA as pretty as me. That's my point."

So confident.

Afif ketawa kecil.

"Menarik. Ok I'll end our interview here. You may leave." Arah Afif. Sempat wanita itu mengenyitkan matanya kepada Afif.

Little did she know, I already rejected her.

Afif bersandar pada kerusi dan memicit kepalanya yang sakit. Bermacam-macam ragam orang dia jumpa hari ni.

Knock! Knock!

"Masuk." Arah Afif.

"Ramai lagi ke kat luar?" soal Afif kepada pekerjanya yang baru masuk.

"Ada lebih kurang 10 orang lagi. Kenapa? Boss dah jumpa calon yang layak ke? Kalau sudah, saya suruh yang lain balik."

Afif menggeleng.

"Not need. I'll interview them. Who's next?" Afif bersedia untuk temuduga yang seterusnya.

"Cik Irwina."

"Oh...okay. Panggil dia masuk." Arah Afif. Pekerjanya mengangguk dan keluar. Afif tersenyum jahat.

Next interview will be so much fun.

***

MONX Holdings

"Cik Irwina." Panggil wanita itu. Laju Irwina bangun.

"Sila ikut saya." Irwina mengangguk dan mengikuti pekerja wanita itu.

Knock! Knock!

"Masuk!" suara lelaki yang memberi arahan buat Irwina bertambah gemuruh. Perlahan Irwina membuka pintu bilik temuduga itu.

Irwina, you can do it!

Irwina berjalan masuk ke bilik itu.

"Sila duduk, Cik Irwina." Kata suara itu.

Kenapa macam familiar suara ni?

Irwina duduk dan mengangkat matanya. Dia bertemu mata dengan Afif. Dia terkejut.

"Such a small world right miss Irwina?" sambung Afif. Irwina mengangguk perlahan.

"Ok let's start with our interview." Afif senyum jahat.

Oh habislah.

Irwina kenal sangat kalau Afif senyum macam tu.

Patutlah aku rasa tak sedap hati tadi. Rupanya I'm meeting with the devil!

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now