Chap 15

15K 671 10
                                    

Rumah Sewa Irwina

"Irwin jomlah teman aku. Please...." Rayu Dian.

"Aku mana ada baju nak pergi party orang kaya ni." kata Irwina.

Sebaik dia balik dari kerja, Dian sudah mengajaknya pergi ke Hotel Hamilton sempena majlis menyambut kepulangan abang angkatnya itu. Hayati pula awal-awal lagi dia cakap dia balik lambat malam ni. Katanya keluar dengan kawan.

"Alah kau pinjam je baju Yatt. Dia tak kisah pun." Dian masih cuba memujuk. Dalam kalangan mereka bertiga, boleh cakap Hayati agak loaded lah. Baju dia pun lawa-lawa, branded lagi.

"Apa aku dapat kalau aku teman kau?" soal Irwina. Bila pikir-pikir, kesian juga Dian sorang-sorang.

"Aku belanja kau dinner steamboat esok." Ha janji yang ini Irwina suka. Favourite dia tu steamboat.

"Deal. Aku call Yatt cakap nak pinjam baju." Terus Irwina mencapai telefonnya dan mendail nombor Hayati.

"Kau kalau dengan steamboat, laju je..." kata Dian.

***

Hotel Hamilton

Konon katanya suruh teman datang sini, penyudahnya Irwina sendirian di meja makan. Dian entah kemana lesapnya.

Irwina mengeluh. Sudahlah dinner dress si Hayati ni boleh tahan ketatnya.

Ish kenapalah aku pakai baju ni!

Ah aku dah tak tahan!

Irwina mendail nombor Dian.

"Dian, aku nak balik dululah. Erm...bos aku ada bagi aku kerja." Lies.

"Ha ok ok." Jawab Dian.

Talian dimatikan dan dia keluar dari hall menuju ke lif. Masuk je ke dalam lif, dia melonggarkan sedikit lilitan selendangnya. Rimas banyak sangat lilitnya. Tentang baju yang agak mengikut badan tu tak payah cakaplah. Tapi nak buat macam mana, Hayati tu orangnya kurus sekeping. Dia ni adalah juga shape nya.

Irwina mengeluh.

Cepatlah sampai bawah...

Lif berhenti di tingkat 3. Irwina mengeluh lagi. Dia mengangkat muka dan matanya terbeliak. Afif yang segak bersut hitam sedang berdiri di depan matanya, di dalam lif yang sama.

"Irwina?!"

"Bos?!"

Irwina berdiri rapat ke dinding lif.

Aduh kenapalah aku jumpa dia dengan pakaian macam ni. Ish buat malu je.

"Awak buat apa kat sini?" soal Afif memecah sunyi antara mereka.

"Teman kawan saya tapi dia tak balik lagi." kata Irwina. Afif mengangguk.

"Bos pula?" soal Irwina kembali.

"Awak lupa ke saya ada dinner date kat sini?" kata Afif. Irwina tersengih.

Yalah. Aku lupa...

Ting!

Pintu lif terbuka. Afif membuat isyarat supaya Irwina keluar dulu. Dengan langkah yang agak kecil dek kerana kain yang agak sempit dan kasut tumit tinggi, Irwina berjalan perlahan ke lobi. Afif berjalan di belakangnya.

Sampai di lobi, Irwina mengeluarkan telefonnya. Tadi dia datang dengan Dian, jadi sekarang rasanya dia balik dengan Grab lah jawabnya. Irwina duduk di sofa di lobi sementara dia request Grab.

Afif melihat Irwina duduk di sofa lobi. Niat dia mahu terus ke keretanya namun dia perasan ada beberapa pasang mata lelaki yang memandang Irwina. Irwina pula pakaiannya malam ni boleh dikatakan agak ketat. Afif berjalan kearah Irwina.

"Awak balik dengan apa ni?" soal Afif. Irwina terus berdiri.

"Dengan Grab." Jawab Irwina selamba.

"Dengan pakaian awak macam tu? Awak masih terpikir nak naik Grab?" kata Afif selamba. Irwina diam. Pipinya merah tahan malu.

Sah baju ni memang satu kesalahan.

"Saya hantar awak balik. Nah ambil ni." Afif menghulurkan kotnya kepada Irwina. Irwina terpana seketika. Dia melihat Afif tidak berkelip.

"Awak tunggu saya sarungkan kot tu ke baru awak nak pakai?" teguran Afif buat Irwina tersedar.

"Oh tak." Kemudian terus Irwina menyarung kot itu ke badannya. Dia kemudian berjalan di samping Afif menuju ke keretanya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, Irwina hanya memberitahu arah ke rumahnya sahaja. Tiada perkara lain yang mereka bualkan. Kereta Afif sampai ke perkarangan rumah Irwina.

"Kot bos ni esok saya buat dry cleaning lepas tu saya pulang pada bos." Kata Irwina. Afif mengangguk. Irwina turun dari kereta Afif.

"Selamat malam bos." Kata Irwina kemudian dia masuk ke dalam pagar rumahnya. Tak lama kemudian, barulah kereta Afif memecut meninggalkan kawasan perumahan Irwina.

Irwina menarik nafas dalam.

Oh hati bertenanglah. This mean nothing. This mean nothing. Yup, this mean nothing.
*
*
*
A/N: Sorry chapter ni pendek. I'm struggling with my gastric while writing this. Idea pun macam tak berapa nak keluar. Haha.  InsyaAllah, I'll update a better chapter after this. 😉

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now