Chap 52

24.6K 750 101
                                    

Dewan Resepsi

Dewan resepsi mewah dihiasi dengan fairy lights dan juga bunga-bunga pelbagai warna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dewan resepsi mewah dihiasi dengan fairy lights dan juga bunga-bunga pelbagai warna. Tetamu yang datang tidak putus memuji dan kagum dengan hiasan dalaman untuk majlis resepsi itu. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan masih belum tiba. Wartawan dari portal berita dan majalah turut hadir untuk meliputi majlis resepsi CEO yang sentiasa menjadi topic utama di majalah-majalah dan dunia bisnes. Mereka bersiap sedia dengan camera sementara menanti ketibaan pengantin lelaki dan pengantin perempuan masuk ke dalam dewan.

Puan Irma, Encik Salleh, Emily, Uncle Ben, dan Izwan sekeluarga duduk satu meja. Majlis akad nikah sudah selesai malam semalam di masjid. Dan hari ini mereka berkumpul di sini. Tiada apa-apa pun yang mereka perlu lakukan kerana semuanya sudah diuruskan oleh Afif.

"Tahniah atas majlis perkahwinan ini." kata Uncle Ben yang duduk di sebelah Encik Salleh. Encik Salleh senyum.

"Tahniah juga." Mereka berdua berjabat tangan.

"I'm sorry I can't talk much. My Malay is not good." kata Uncle Ben.

"It's okay." Encik Salleh berkata. Kemudian dia memandang anak lelakinya.

"Apa yang dia cakap? Ayah tahu jawab tu je. Tak tahulah betul ke tidak." Izwan sudah ketawa dengan ayahnya.

"Dia cakap, dia tak boleh nak cakap banyak sangat sebab bahasa melayu dia kurang sikit. Tapi jawapan ayah tu betul dah tu." Terang Izwan. Encik Salleh mengangguk dan dia senyum pada Uncle Ben.

"Orang putih ke menantu kamu Irma?" soal mak long Irwina yang duduk di meja sebelah. Dia melihat Uncle Ben dan Emily.

"Eh taklah. Dia tu bapa angkat menantu aku." kata Puan Irma. Mak long mengangguk.

"Seronoklah kamu ya. Dapat menantu kaya." Mak long mencuit bahu Puan Irma. Puan Irma hanya ketawa kecil.

"Alhamdulillah rezeki dari Allah."

Bunyi microphone di hidupkan mengalihkan perhatian semua tetamu di dalam dewan ke arah MC majlis pada hari itu.

"Dalam masa lima minit, majlis akan dimulakan. In five more minutes, we will start the ceremony." Kata MC itu pada microphone. Dia diminta untuk menggunakan dwibahasa kerana tetamu yang hadir terdiri dari rakan bisnes Afif dan Uncle Ben, kenalan, rakan-rakan rapat mereka dan juga keluarga Irma.

***

Afif menarik nafas menenangkan dirinya di luar dewan.

"Baju aku okay? Rambut aku okay tak?" dia bertanya kepada Kim, best man dia untuk majlis hari ini.

"Okay dah semuanya. Yang penting masa kau jalan masuk tu jangan jatuh pula. Be confidence like you always do. Kalau kau boleh buat presentation depan presiden company, tak akanlah nak sambut isteri sendiri tak boleh." Usik Kim.

"Yang itu dengan yang ini lain. Bapa dia dengan abang dia tu dah pesan macam-macam kat aku malam semalam tahu. Satu silap, nyawa aku melayang." Kaat Afif. Kim ketawa.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now