Chap 18

15.2K 601 54
                                    

MONX Holdings

Lif berhenti di tingkat lapan di mana pejabatnya terletak. Ini hari pertama dia masuk bekerja selepas tiga hari dia tidak masuk pejabat.

Ah mesti banyak kerja yang tertangguh.

Afif berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Irwina sudah berada di mejanya.

"Selamat pagi bos. Bos sihat pagi ni?" soal Irwina dengan senyuman lebar menghiasi wajahnya.

"Kalau tak sihat, saya tak masuk pejabat pagi ini." Kata Afif senada.

"Yup logic." Kata Irwina.

Yeah kalau dia tak sihat, dia tak akan perli aku pagi-pagi hari macam ni. desis Irwina.

"Tell me everything that I have missed these past three days." Kata Afif. Kemudian dia masuk ke pejabatnya diikuti dengan Irwina di belakang.

Selepas hampir 20 minit Irwina menerangkan segalanya pada Afif, akhirnya meeting dengan Afif hampir tamat.

"Itu sahaja yang berlaku sepanjang bos tak masuk kerja tiga hari ini." Kata Irwina. Dia memandang Afif. Afif mengangguk.

"Ok you can dismissed." Kata Afif. Namun Irwina masih belum bergerak. Afif angkat kening, bertanya tanpa suara - 'kenapa tak keluar lagi?'

Irwina tersengih.

"Erm, bos nak minum apa-apa pagi ni? Saya boleh buatkan. Kopi? Nescafe? Teh?" kata Irwina. Afif kerut dahi.

"If you said so okay. Give me coffee." Walaupun masih ragu-ragu dengan perubahan tiba-tiba Irwina, Afif tetap membuat pesanan.

"Okay noted. Saya keluar dulu." Kata Irwina masih dengan senyuman dan keluar dari pejabat Afif.

She looks stupid smiling widely like a fool. Tapi kenapa dia tiba-tiba baik dengan aku?

Tapi hari yang aku pengsan malam tu pun, bukan dia ke yang hantar aku balik rumah?

Afif menyandar pada kerusinya.

Dia ada agenda tersembunyi ke?

***

Kedai Buku Dinamik

"Aku dah cakap kat kau. She's head over heel for him. AGAIN." Kata Dian di telefon. Dia menelefon Hayati.

"Again? Tapi apa yang buat kau sure sangat dia suka pada Afif?"

"Aku bukan bercakap tanpa fakta okay. First, the day Afif sakit. Dia risau semacam tau. Dia risau si Afif tu dah makan ke belum, dah ambil ubat ke belum and so on."

"Tapi boleh jadi dia risau sebab Afif tu boss dia. Lagi pula dia kan PA Afif."

"Okay kita boleh cakap macam tu. Tapi apa kau nak kata kalau dia sanggup hantar Afif sampai rumah, nursing Afif, give him medicine, tuck him to bed plus she even clean his house!"

"Sampai macam tu sekali?!"

"Yup. Aku nampak dengan kepala aku sendiri. The way he look at Afif that time, aku boleh cakap tu bukan pandangan seorang pekerja pada boss dia yang sakit. That's the look you give to a person you love, a look that you cared so much for that person. I can say she still love him. So much."

"Dan kau cakap dia kemas rumah Afif juga?"

"Haah. Tak cukup dengan dia bagi ubat, selimutkan Afif apa semua, sempat dia kemas rumah Afif. Waaahh kalau kau tengok rumah Afif yang dia bersihkan tu, lagi bersih dari rumah kita time giliran dia mengemas tau."

My Crazy Boss ✅Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu