Chap 23

14.2K 604 15
                                    

KLIA

Irwina menunggu di arriving gate di KLIA. Dia diminta untuk menjemput Afif di situ. Irwina melihat jam tangannya.

Kejap lagi keluarlah dia.

Irwina melihat sekeliling. Ramai yang menunggu di arriving gate itu seperti dirinya. Mungkin ada yang menunggu suami atau isteri balik dari outstation, mungkin ada yang menyambut anak yang balik dari belajar luar negara, ada juga yang mungkin menyambut girlfriend atau boyfriend yang baru balik dari travel. Mungkin lah kan.

"Ibu!!!!" laung seorang anak yang gembira melihat ibunya menunggu dirinya di situ. Terus dia memeluk ibunya.

"Welcome home dear." Sambut seorang isteri pada suaminya. Mereka berpelukan.

"Papa! Mama, itu papa!" dua kanak-kanak melompat kegirangan melihat kelibat bapanya keluar dari arriving gate.

Irwina hanya jadi pemerhati pelbagai situasi yang berlaku di sekelilingnya.

Seronoknya kalau orang yang aku tunggu ni my husband. Tunggu dengan anak-anak yang cute. Oh that's so cute. Happy family!

Irwina mula berangan.

"Irwina!" suara Afif memecahkan segala angan-angannya.

Malangnya yang sampai hanyalah bosnya. Terus dia kembali pada mod professional.

"Selamat kembali bos." Kata Irwina. Dia melihat ada seseorang di belakang Afif.

"Oh Director Brown. Welcome to Malaysia." Irwina menyapa Uncle Ben yang turut berada di bersama Afif.

"Afif, why your secretary still call me Director?" Uncle Ben memandang Afif. Afif hanya angkat bahu.

"Miss Irwina, I told you to just call me Uncle Ben right? We are like a family already." Uncle Ben buat nada merajuk.

Irwina sekadar senyum.

"I'm sorry. I forgot. Welcome to Malaysia, Uncle Ben." Kata Irwina dengan senyuman.

"So let's go to the car." Kata Irwina. Mereka bertiga berjalan ke kereta yang sudah sedia menunggu mereka bertiga.

***

Apartment Irwina

Irwina sampai ke rumahnya sudah hampir malam. Tadi dia ada dinner dengan Afif, Uncle Ben dan juga Emily.

"Ahh heaven." Irwina sudah berbaring di sofa membetul belakangnya yang terasa sakit.

Aku makin tua... badan pun dah sakit-sakit.

Irwina bangun dan menuju je dapur. Dia membuka peti ais rumahnya. Kosong.

Seriouslah.

Ahh aku lapar.

Walaupun baru tadi dia makan malam dengan keluarga Afif, namun makan di hotel. Mana nak kenyangnya. Lagipun tak akanlah nak makan banyak. Coverline lah sikit kan.

Irwina mengeluarkan telefonnya dan menelefon delivery pizza.

"Saya nak pesan pizza regular, Hawaiian chicken, stuffed crust. Alamat saya...."

Selesai membuat pesanan, Irwina kembali ke sofa. Dia tak makan maggi jadi stok maggi tiada di rumahnya. Dia membuka televisyen. Puas dia alih siaran namun tiada satu pun cerita yang menarik minatnya.

Badan penat tapi aku tak nak tidur lagi... apa yang aku nak buat...

Irwina duduk termenung di sofa.

"Kau...memang tak nak kahwin or what?" soalan Hayati tempoh hari kembali bermain di mindanya.

Kahwin?

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now