Chap 39

12.2K 530 16
                                    

Rumah Lisa

Knock! Knock!

"Lisa, marilah keluar. Makan sikit. Nanti awak sakit." Sejak beberapa hari lepas, Lisa lebih banyak berkurung dalam bilik. Dia tidak makan mahupun minum. Dia seperti berfikir sesuatu yang serius. Silap gaya memang meninggi suaranya.

"Saya tak lapar. Awak makan jelah dulu." Jawab Lisa. Ehsan hanya mengeluh. Perlahan dia membuka pintu bilik. Dia mendekati Lisa yang sedang duduk memandang ke luar tingkap.

"Apa yang mengganggu fikiran awak ni? Sampai tak makan tak minum apa semua." Ehsan duduk di birai katil. Lisa masih di kerusi, static memandang ke luar tingkap.

Dia memang betul-betul pecat aku? Kenapa? Ugh kalau macam ni makin jauhlah aku dengan dia. Lisa menggigit kukunya.

"Lisa, I know you must feel bad about your contract termination..." Ehsan mendekati Lisa dari belakang. Dia meletakkan tangannya di bahu Lisa.

"Tapi mungkin ada hikmahnya." Kata Ehsan lembut.

Laju Lisa menepis tangan Ehsan dan dia merengus.

"Don't touch me." kata Lisa. Kemudian dia bangun dari kerusinya. Dia berjalan ke almari pakaian.

"Awak nak kemana tu?"Soal Ehsan sebaik melihat Lisa mula menukar pakaiannya.

Aku kena cari sebab kenapa aku tak dapat nak goda Afif semula. Mesti ada sebab kenapa aku gagal. Because I know all his weakness. Thare's no way he can resist it. Itu je yang ada di dalam kepala Lisa sehingga soalan Ehsan dibiarkan berlalu pergi seperti angin lalu.

Lisa keluar dari bilik dan terus menyarung kasutnya. Ehsan terpana.

What is happening here?

***

D'Book Cafe

Selepas balik dari cuti seminggunya, Irwina masuk kerja seperti biasa. Sudah hampir seminggu juga Irwina masuk kerja semula.

Ting! Ting!

Laju Irwina memandang ke pintu cafe melihat pelanggan yang masuk. Namun sedikit hampa kerana bukan orang yang dia harapkan masuk.

Bukan dia.

"Selamat datang ke D'Book Cafe. Boleh saya ambil pesanan cik?" Irwina menyambut pelanggan yang baru datang itu dengan senyumannya.

Lama juga dia tak datang sini. Dia tak balik lagi ke? Desis Irwina.

***

Irwina berehat di ruang pekerja sementara ada masa rehat yang berbaki selepas makan tengah hari tadi. Ada sebuah televisyen di bilik itu. Irwina duduk tongkat dagu sambil melihat sebekas cream puff yang dibawa bersama. Niat nak bagi Afif tapi Afif pula yang tak muncul-muncul.

Bila dia nak datang ambil kau wahai cream puff?

"Kau bawa cream puff lagi?" soal Dian dan mengambil tempat duduk di sebelah Irwina. Irwina hanya tersenyum.

"Majlis perlancaran MX Foundation di bangunan ibupejabat MX Foundation yang pertama, New York semalam berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Menurut CEO MONX Holdings, Encik Afif Ryan, mereka sudah membangunkan project ini dari tahun lepas lagi.

"MX Foundation is create with a sole vision of helping young generation to fulfil their dream. Many of the young generation nowadays choose to give up on their dream simply because they think that achieving their dream is impossible or maybe cost them a lot. This is a sad reality. So here come MX Foundation...."

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now