Chap 22

14.5K 598 23
                                    

"Kejayaan yang saya capai hari ini tak akan saya kecapi kalau bukan disebabkan oleh sokongan dari orang sekeliling saya. Dan juga hasil titik peluh pekerja di syarikat saya, mereka adalah antara penyumbang utama dalam kejayaan syarikat ini. Saya boleh cakap, apa yang saya dapat pada hari ini, bukanlah hasil kerja saya seorang. Ini semua hasil kerja semua orang yang bekerja bersama di MONX Holdings. Ini bukan kejayaan saya, tapi kejayaan semua warga MONX Holdings...."

Lisa duduk di depan tv melihat siaran langsung press conference kejayaan CEO baru MONX Holdings, Afif Ryan.

He's so rich now.

"Lisa, mana stoking abang sebelah lagi?" soal suaminya, Ehsan.

Lisa merengus.

"Carilah betul-betul kat rak tu. Awak biasanya letak situ." Kata Lisa acuh tak acuh. Ehsan hanya mampu mengeluh dengan perangai isterinya.

Lisa masih di depan tv. Matanya focus pada Afif yang sedang menjawab soalan yang diberi oleh para wartawan yang hadir.

"Tu baju kat tepi mesin tu dah banyak. Nanti balik kerja, awak basuhlah. Oh heater kat bilik air pun dah rosak." Kata Lisa selamba pada Ehsan yang mahu melangkah keluar dari rumah.

"Awaklah tolong basuh. Saya kan nak keluar ni." kata Ehsan. Lisa tiba-tiba menghentak kakinya.

"Sebab itu saya suruh awak ambil orang gaji! Tapi awak tak nak." Suara Lisa sedikit meninggi.

"Orang gaji apa benda nya? Awak tahu tak saya ni tak ada kerja. Duit untuk makan kita berdua pun belum tentu lepas tahu tak!" balas Ehsan. Pagi ini pun dia mahu pergi interview di mana-mana syarikat yang ada dengan harapan dia dapat kerja.

Sejak dua tahun lalu, syarikatnya mengalami krisis kewangan yang teruk. Segala projek tidak dapat diselesaikan, pekerja juga memberontak menuntut gaji dan akhirnya syarikat yang diwarisi kepadanya, 7S Group, gulung tikar pada hujung tahun lepas. Sehingga kini Ehsan masih belum mendapat kerja tetap di mana-mana syarikat pun. Hidup mereka susah. Yang lagi susah sebab Lisa masih belum dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah jatuh bankrupt. Masih dengan shopping sana-sini, berbelanja tak ingat dunia.

"AH APA-APA JELAH!" Lisa masuk ke bilik dan menghempas pintu biliknya kuat.

Ehsan mengeluh di depan pintu rumahnya.

Tolonglah Lisa...understand me a bit.

***

Won's Cafe

"Malam ni, makan puas-puas. Aku belanja. Tapi mak buyung, makan tu ingat sikit kat anak dalam tu. Jangan over sangat." Kata Hayati sambil menghidangkan pelbagai makanan di meja.

Mereka bertiga berkumpul di Won's Cafe malam itu untuk dinner. Katanya, malam itu untuk girl's night sahaja. Anak atau suami semuanya tidak diizinkan bawa bersama - apply pada Hayati dan Dian sahaja.

"Yelah." Kata Dian. Dia sudah meletakkan daging di atas pemanggang. Mereka makan ala-ala di Seoul Garden gitu. Grill-grill.

"Alah Yatt kau ni cakap je lebat. Ni restoran laki kau. Sebab tu kau berani ajak kitorang makan kat sini kan?" selamba Irwina berkata pada Hayati. Hayati buat dono je.

Lima tahun lepas, bila Hayati kenalkan bakal suaminya pada mereka bertiga, yang paling terkejut adalah Sana. Dapat juga si Hayati ni pikat owner Won's cafe a.k.a pelayan yang suatu ketika dahulu mereka usha. (refer chap 10) Kini, Hayati bekerja bersama-sama suaminya mengurus cafe ini.

"By the way, siang tadi aku tengok press conference tu. Woah! Awesome doh Afif. Pencapaian dia. Worldwide!" kata Dian sambil mengangkat daging yang sudah masak ke pinggan.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now