Chap 8

16.9K 705 6
                                    

Restoran

"Kenapa awak...sorry. Bos. Kenapa bos buat macam tu tadi? Bos kata projek tu penting." Irwina tidak puas hati.

"So awak nak kata project tu lebih penting dari maruah awak? Macam tu?" kata Afif tanpa reaksi di wajahnya. Kemudian makanan yang mereka pesan sampai. Irwina diam.

"Bukanlah tapi kan dia cuma cakap dia nak pinjam saya selama dua tiga hari. Saya tak rasa ada masalah kalau saya jadi secretary dia just for several days. It's not a big deal." Kata Irwina. Afif mengeluh.

"Are you idiot or what? He don't mean for you to be his secretary. He want you in his bed." kata-kata Afif buat Irwina ternganga. Matanya membulat.

"Seriouslah?! Eww that creepy old man!" Irwina terasa seluruh bulu romanya berdiri mendengar jawapan Afif tu. Dia menggosok lengannya.

"Haih you still naïve like always." Kata Afif sebelum menyuap makanannya. Irwina diam dan turut makan.

"Lepas makan ni awak boleh terus balik. Saya bagi awak balik awal hari ini." Kata Afif. Dia sudahpun habiskan makanannya.

"Aik? Kenapa? Kan masih ada baki 2 jam before pukul 5." Irwina meletakkan sudunya. Dia juga sudah habiskan makanannya.

"Dah siap?" soal Afif. Irwina mengangguk. Afif mengangkat tangan dan memanggil pelayan. Seorang pelayan lelaki datang dan Afif menghulurkan kadnya.

"Lepas apa yang berlaku hari ni awak still nak kerja? Go back and get some rest. You're still shock from that incident." Kata Afif. Pelayan tadi sudah menghantar semula kadnya. Mereka berdua bangun dan berjalan keluar.

Irwina hanya mengekori dari belakang tanpa sepatah kata.

Terkejut? Aku tak rasa incident tadi bagi effect pun pada aku. I'm fine as new. Overthinkinglah mamat ni.

"Awak balik dengan apa ni?" soal Afif saat dia membuka pintu keretanya.

"Eh tak apalah. Tak payah susah-susah. Saya balik naik grab je." Kata Irwina.

Baiklah pula dia ni. Nak hantar aku balik. Wow!

"Ok. But wait, awak tak salah anggap dengan soalan saya tadi kan?" kata Afif.

"Huh?" Irwina kerut dahi.

"Awak tak fikir saya akan hantar awak balik kan tadi?" soal Afif.

"Eh....haha tak tak. Bos baliklah dulu." Kata Irwina sambil mengetap giginya menahan malu. Afif mengangguk dan terus masuk ke keretanya.

Damn! Kenapalah aku ni cepat sangat perasan!

***

Rumah Sewa Irwina

HUARGH!!!!

Irwina meraung kuat di ruang tamu rumahnya. Dia menghembus hidungnya yang berair dan membuang tisu tersebut di atas gunungan tisu-tisu yang dia guna. Rasanya sudah hampir habis tisu sekotak dek kerana tangisannya yang deras. Nasib kawan-kawannya balik kerja lambat hari ini. Jadi bolehlah dia meraung sekuat-kuatnya di ruang tamu rumah itu.

"Dasar lelaki tua gatal!" Irwina meraung lagi. Dia menangis teresak-esak. Dia dah selubung dirinya di bawah selimut.

Mengingati perkara yang jadi di N&N Co. adalah satu sesilapan. Perkara yang terjadi tu memang menakutkan.

"You're still shock from that incident." Kata-kata Afif kembali ke fikirannya. Irwina menghembus hidungnya lagi.

Why his words are right? I AM in shocked right now!

***

*flashback*

N&N Co.

"But if you do this one thing for me, then I'll accept your proposal." Smith senyum.

Irwina dan Afif kerut dahi.

"What do you mean?" kata Afif.

Irwina mula rasa tak sedap hati. Smith pandang Irwina lagi.

"You have a beautiful secretary Afif." Kata Smith lagi. Afif diam, menanti kata-kata Smith yang seterusnya.

"Maybe if you can lend her to me for several days, I will accept your proposal." Kata Smith sambil matanya melirik ke arah Irwina. Irwina perasan akan pandangan Smith kemudian laju dia menglih pandangnnya. Irwina memandang Afif. Hakikatnya dia tidak berapa faham dengan kata-kata Smith tu, cuma dia rasa tidak selesa dengan pandangan Smith. Tapi bila melihat riak wajah Afif yang bertukar serious, rasanya apa yang Smith cakap tu mestilah perkara serious.

"You don't mean that right, Mr Smith?" Afif berkata sambil mengawal riak wajahnya. Smith ketawa.

"Eyyy you know what I mean Afif. You have such a beautiful secretary. Just lend her to me for several days, then the project is all yours. It's so simple. Right?" Smith senyum sinis.

Irwina memandang Afif. Wajah Afif sudah bertukar merah menahan marah.

Apa yang Smith cakap sampai Afif buat reaksi macam ni?

"If that is your requirement for me to get that project, well I'm gladly withdraw from this deal. Just consider this deal is not happening from the very beginning. Thank you." Afif berkata tenang namun mukanya jelas menunjukkan dia tidak suka dengan apa yang Smith katakan.

"Irwina, pack our things. We are done here." Afif mengeluarkan arahan. Irwina mengangguk dan segera mengemas barang-barang mereka.

"Too bad for you. I heard that this project is important for your company." Smith berkata lagi. Afif sudah berdiri.

"You know, I can still give this project to you. Just say yes to my request, and our deal is on." Sambung Smith. Afif melakar senyuman paksa. Irwina sudah berdiri di belakang Afif.

"I'm sorry Mr Smith but I'll not hand over my employee just to fullfill your filthy request. Have a good day Mr Smith." Kata Afif kemudian dia melangkah ke pintu keluar. Tiba-tiba dia berhenti. Dan berpusing memandang Smith semula.

"Oh tell your secretary, she get herself a job that is fitting for her. I'm glad I reject her in the first place." Muka Smith berubah. Marah barangkali. Afif berjalan laju meninggalkan pejabat N&N Co.

Mereka berdua diam tanpa sebarang kata bertukar antara mereka sampailah pemandu menghantar mereka ke restoran untuk makan.

***

Rumah Sewa Irwina

"Pervert old man!" Irwina mengesat air matanya. Dia rasa trauma. Hari first kerja dah kena sexual harassment!

Maknanya tadi, Afif buat semua tu sebab nak protect aku? He protect me?

Alah tapi kalau orang lain kat tempat aku pun, dia akan buat perkara yang sama...

Irwina berbaring di sofa. Dia sudah rasa tenang.

"Bos kenal ke dengan Cindy?" perbualan mereka di restoran tadi kembali di mindanya. Afif mengangguk.

"Haah dia datang interview hari yang sama dengan awak. Tapi layaklah dia jadi secretary pada Smith tu. They're both the same." Kata Afif.

Jadi Cindy tu pun mesti......eww that's gross. No wonder dia dapat kerja dengan Smith.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now