Chap 2

20.9K 839 7
                                    

1 tahun kemudian

Kedai Buku Dinamik

"Irwin, apa keputusan temuduga dengan Key Company tu? Kau dapat job ke tak?" soal Dian. Tangannya laju menyusun buku-buku yang baru sampai tadi pagi.

"Belum keluar lagi result dia. Petang nanti kot. Waktu rehat nantilah aku check email." Irwina menghulurkan buku pada Dian.

"Kalau kau dapat, tingal aku sorang-soranglah kat sini jawabnya." Dian buat muka sedih.

"Kau jangan nak sedih sangat. Kat rumah kita jumpa juga." Jawab Irwina sebelum dia berjalan ke meja depan. Ada pelanggan yang ingin membeli buku. Dian ketawa. Mereka berdua duduk serumah bersama dengan seorang lagi kawan mereka - Hayati.

Irwina scan dua buah buku yang lelaki bersut hitam ini beli.

Memories and Lullabies? Boleh tahan juga pilihan dia ni.

"Semuanya RM 162." Irwina memasukkan kedua-dua buku ke dalam beg plastic. Lelaki itu menghulurkan kad kreditnya. Irwina mengambil.

"Jarang ada lelaki yang beli buku ni. Awak mesti peminat Lang Leav kan?" Irwina senyum. Dia memulangkan kembali kad kredit milik lelaki itu. Dia mengangkat muka. Lelaki itu juga senyum.

"Erm not really. But someone I know love it so much." Kata lelaki itu sambil mengenyit matanya. Kemudian dia melangkah keluar. Irwina berdiri static di tempatnya.

"Weh mamat tu flirt dengan kau ke?" cuit Dian.

"Flirting apa bendanya. He's just messing with me!"

Kenapa kau muncul semula AFIF RYAN!!!

***

Rumah Sewa Irwina

"Seriuslah itu Afif?" soal Dian. Irwina yang mundar mandir tadi berhenti.

"Iya aku yakin tu dia. Kenapa? Sebab that evil smirk tu...aku kenal sangat. Siapa je yang ada evil smirk macam tu?" Irwina duduk di sebelah Dian.

"Bukan ke kau cakap dia pindah New York last year?" soal Dian sambil menyuap popcorn yang dibelinya on the way balik kerja tadi petang.

"Itu apa yang diorang bagitahu. Aku tak tahu pula secepat ini dia balik." Irwina menyuap popcorn dengan perasaan geram.

"Irwin! Kau dah check email kau belum?" soal Hayati sebaik dia keluar dari bilik mandi. Dian turut memandang Irwina.

"Ya Allah aku lupa." Irwina laju mencapai telefonnya dan membuka email. Hayati dan Dain turut berada di kiri dan kanan Irwina.

Email dari Key Company masuk di mailbox. Irwina membuka email itu dengan debaran.

"Dukacitanya dimaklumkan permohonan anda telah ditolak."

Irwina mengeluh. Dia memandang Dian dan Hayati dan menggelengkan kepalanya.

"Tak ada rezeki lagilah aku kali ni." Irwina bersandar pada kepala sofa. Dian memandang Hayati.

"Tak apa. Kita cuba lagi nanti." Kata Hayati.

"Yatt, kat company kau tak ada kerja kosong ke?" soal Dian.

"Setakat ni tak ada. Tapi kalau ada, cepat-cepat aku inform kau. Irwin, don't lose hope. Fighting!" Hayati memberi semangat. Irwina sekadar senyum.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now