Chap 6

17.5K 751 4
                                    

Rumah Sewa Irwina

Dian balik dari tempat kerja petang itu dan lihat Irwina terbaring soulless di sofa.

Interview dia tak berjalan dengan baik ke?

"Wei, kau okay tak?" soal Dian. Irwina pandang Dian dengan pendangan kosong.

"Kau nampak aku macam okay ke?" soal Irwina. Dian menggeleng. Irwina mengeluh.

Pada masa yang sama juga, Hayati balik dari tempat kerjanya. Dia melihat Dian dan Irwina di sofa.

"Irwin macam mana interview kau tadi? Ok tak? Wah untungnya kalau kau dapat kerja tu. Dahlah jadi PA pada boss handsome." Kata Hayati. Irwina pandang Hayati pula.

Oh lupa pula aku. Hayati tak kenal Afif tu siapa. Dian je yang tahu sejarah dia dan Afif.

"Sebab interview oklah aku jadi macam ni." kata Irwina. Dia memeluk bantal kecil.

"Kenapa? Kenapa?" Dian ingin tahu.

"Dian kau tahu siapa boss baru aku ni?" Dian menggeleng.

"Afif Ryan." sebaris nama itu cukup buat Dian tayang muka terkejut beruk dia.

"SERIOUSLAH?!!" Dian seperti tidak percaya. Irwina mengangguk. Hayati confuse.

"Wait wait. Kau kenal ke our new vice president tu?" soal Hayati.

"What? Dia vice president? Afif Ryan is a vice president?" soal Dian. Hayati mengangguk.

"Haah. Dia baru masuk minggu lepas. Semua orang bercakap pasal dia. He's so handsome. But wait. Macam mana korang kenal dia." Hayati menyoal. Irwina hanya memberi pandangan kosong pada televisyen.

"Kami bertiga pernah sama universiti. Cuma dia senior." Kata Dian. Hayati terkejut.

"Waaahh kecilnya dunia. Tapi apa sejarah antara Irwin dengan dia sampai macam tu sekali reaksi Irwin." Soal Hayati. Dian berbisik pada Hayati.

"Irwina pernah luah perasaan pada dia dan dia reject on the spot." Bisik Dian. Hayati tutup mulutnya. Dia memandang Irwina.

"DASAR AFIF TAK GUNA!!!!" Jeritan Irwina yang tiba-tiba buat Dian dan Hayati terkejut.

"Korang nak tahu tak apa yang dia buat masa interview tadi? Waaahhhh kalau korang tahu, mesti korang pun panas." Irwina tiba-tiba bangun dari duduknya dan mula berjalan mundar mandir depan Dian dan Hayati. Mereka berdua terkejut dengan perubahan tiba-tiba Irwina tapi mereka diamkan je.

Mental breakdown kali...

Teka Dian.

"Korang tahu tak apa yang dia buat waktu aku mula-mula masuk?" Dian dan Hayati menggeleng.

***

*flashback*

MONX Holdings

"So dari resume awak ni, awak tulis tiada pengalaman kerja. Awak rasa saya patut ambil awak atau tidak? Awak tahukan saya seorang yang sibuk jadi saya perlukan PA yang cekap untuk uruskan semua jadual saya." Kata Afif. Irwina mengangguk.

Mungkin aku patut stay kerja kat kedai buku je lepas ni...

"Saya tahu. Tapi bukan saya tidak usaha. Dah semua company reject permohonan saya. Macam mana saya nak ada pengalaman kerja." Jawab Irwina. Walaupun peratus dia tak dapat kerja tinggi, at least dia perlu pertahankan diri. Lagi-lagi depan AFIF RYAN.

"Wow logic. I like." Afif senyum kemudian menulis sesuatu di resume milik Irwina.

Confirm dia reject aku.

Irwina mengangguk kecil.

"Saya rasa interview saya habis di sini je lah kan. Melihat respond encik, saya rasa saya tak dapat kerja ini." Kata Irwina. Afif membuat isyarat tunggu sebentar pada Irwina. Dia menekan intercom.

"Cik Aina, bagitahu calon yang masih menunggu tu, interview sudah tamat. Saya penat. Dan saya dah dapat calon yang sesuai." Arah Afif.

"Nope. You get this job. Congratulations!" Afif menepuk tangan bersama senyuman namun itu nampak fake di mata Irwina.

Dasar Afif!

Irwina memaksa dirinya senyum.

"Jadi mulai esok saya akan mula masuk kerja lah ni?" Afif mengangguk sambil mencapai kotnya.

"Of course. Tak kanlah nak mula minggu depan kan?" sempat Afif menyindir Irwina namun disebabkan Afif adalah bos barunya sekarang, dia menahan dirinya.

"Oklah. See you tomorrow. Bye." Kata Afif kemudian keluar dari pejabat itu.

***

Rumah Sewa Irwina

"He's a devil." Kata Hayati.

"See? I told you." Irwina kembali duduk di antar Dian dan Hayati.

"Tapi memang korang berdua jodoh kuatlah. See even after one year, korang jumpa dan bukan itu je, kau bekerja untuk dia." kata Dian. Irwina buat muka.

"Eww even dia lelaki terakhir atas dunia ni, aku tak akan jatuh lagi pada dia. That narcissist jerk." Irwina mengomel. Hayati dan Dian ketawa.

"But that narcissist jerk is your boss now." Kata Hayati.

"I know right.... Hmm should I put poison in his drink? So that he will never bother me forever. Can I? Can I?" Irwina buat nada serious. Dian dan Hayati menggeleng sambil menahan tawa.

"Nope you can't. Kalau dia jadi hantu, lagi kerap dia kacau kau." Jawab Dian. Hayati sudah ketawa lepas.

"Ughhhh! He's annoying as hell!" 

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now