Chap 7

17.5K 722 4
                                    

MONX Holdings

Irwina naik ke tingkat 8, di mana pejabatnya berada. Selepas berpisah dengan Hayati di tingkat dua tadi, kini dia di dalam lif sendirian. Dia menarik nafas dalam. Jujur dia gemuruh.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Irwina melangkah keluar. Dia memegang tali beg sandangnya sambil menarik nafas. Berdebar hari first day kerja.

"Oh Cik Irwina dah sampai. Mari saya tunjukkan meja Cik Irwina." Sapa seorang pekerja wanita dengan senyuman. Irwina mengekori langkah pekerja itu bersama persoalan di kepalanya.

"Macam mana awak tahu nama saya dan macam mana awak tahu yang saya baru di sini?" seingat Irwina, wanita ini dan wanita yang semalam mengambil resume dia adalah orang yang berbeza.

"Oh bos yang hantar saya kesini. Dia yang suruh saya tunjukkan tempat cik." Terang wanita itu.

Irwina mengangguk.

Bos? Kalau bos maknanya Afif ke? Kalau betul Afif, mungkin dia memang dah berubah. Nampaknya aku akan kerja dengan aman di sini. Fuh....

"Baiklah ini meja cik Irwina mulai dari hari ini. Dan ini bilik bos. Oh ini kad pekerja cik." Pekerja perempuan itu menghulurkan kad pekerja Irwina.

Irwina senyum. Betullah memenag dia sudah masuk bekerja.

"Terima kasih." Kata Irwina. Pekerja wanita itu mengangguk dan tersenyum.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Oh dan ini intercom. Bos akan panggil cik melalui ini." Terang pekerja itu lagi. Irwina mengangguk faham. Kemudian pekerja itu meninggalkan Irwina di meja. Irwina duduk di kerusi empuk itu dan melihat meja miliknya ini.

Dia tiada bilik. Hanya ada meja, laptop, dan rak untuk file. Mejanya ini berdepan dengan bilik Afif. Bilik Afif pula berdinding kaca lutsinar. Maknanya apa yang dia buat di luar ini, Afif boleh nampak semuanya.

Ah tak bestnya. Ah tapi apa yang penting, aku dah dapat kerja!!!!

Kegembiraan Irwina tadi segera mati bila butang intercom berbunyi. Laju Irwina mengangkat.

"Ya bos. Ada apa?" soal Irwina.

"Ada apa awak tanya? Dah tentulah saya call ni sebab kerja. Bawa pen dan buku nota awak. Kita ada meeting kat luar." Arah Afif.

"Sekarang?"

"Eh taklah minggu depan. Sekarang lah obviously." Perli Afif.

Aduh bolehnya datang blur kau time-time macam ni Irwin. Tak pasal-pasal pagi-pagi hari dah kena sembur. Padan muka kau. Desis Irwina.

"Ok ok. Noted."

Irwina membuka laci mejanya dan mencapai apa-apa buku nota dan pen. Tak lama kemudian, Afif keluar dari pejabatnya siap berkot. Dia berdiri di depan meja Irwina. Dia melihat Irwina dari atas ke bawah.

"Is this your attire as my personal assistant?"

Berdesing telinga Irwina dengan soalan Afif namun dia memaksa dirinya untuk senyum.

"Ya bos. Kenapa?" soal Irwina. Rasanya pakaian yang dia pakai sesuai dengan jawatannya - kemeja putih bersama skirt hitam dan kasut tumit tinggi hitam. Apa lagi yang dia tak puas hati?

"Nothing. It just looks so plain. Well it's your first day anyway. Okay we're running late. Let's go." Kata Afif kemudian dia melangkah menuju ke lif. Irwina hanya menahan dirinya daripada menghempuk Afif dengan buku di tangannya.

Nasib kau bos aku! Menyesal aku ingat kau dah berubah. Dasar Afif!

***

N&N Co.

Mesyuarat pada pagi itu diadakan di N&N Co. sepanjang perjalan ke sana dari MONX Holdings, Afif hanya diam dan membaca dokumen di tabnya. Irwina pula duduk diam di sebelahnya. Kereta berhenti di depan lobi N&N Co. Afif membetulkan kotnya.

"Be as confident as you can. We need to show them how confident we are for this deal. They are our top priorities. We need to sign that contract before anyone else. Any small mistake will make we lose this deal." Kata Afif dengan nada yang tegas. Irwina mengangguk.

Oh he have this serious side too.

Mereka berdua keluar dari perut kereta dan di sambut oleh pekerja N&N Co. Irwina berjalan di sebelah Afif sehinggalah mereka masuk ke bilik mesyuarat.

"Mr Afif Ryan is it?" tegur seorang lelaki yang kelihatan dalam lingkungan 50-an. Afif menyambut tangannya dan mengangguk.

"Yes I am. And you must be Mr Smith. You looks better in person." Afif berkata dengan senyuman. Smith ketawa.

"Please have a seat." Kata lelaki itu. Mereka semua duduk. Dalam bilik itu hanya ada Irwina, Afif, Smith dan seorang perempuan mungkin dia setiausaha Smith. Wanita itu nampak sangat karismatik dan cantik. Rambutnya disanggul kemas. Pakaiannya agak ketat namun masih lebih baik dari pakaian Irwina. Mungkin sebab pakaiannya nampak mahal. Irwina tiba-tiba rasa rendah diri.

Afif perasan akan perubahan Irwina. Dia memandang pula setiausaha Smith. Mungkin Irwina rasa rendah diri. Afif menyiku Irwina.

"Straight your back. I'm negotiating here." nampak tegas kata-akat Afif tapi cukup buat Irwina ada keyakinan semula. Irwina duduk tegak dan dia lebih confident.

Afif mengangguk kecil dengan Irwina.

"So what is your deal?" soal Smith.

"The deal is...." Dan kedua-dua pihak itu berbincang dengan serious. Setelah hampir 30 minit berbincang, mereka berehat seketika. Irwina menarik nafas lega bila kedua-dua pihak mahu berhenti rehat seketika. Irwina melihat kembali notanya dan dia berpuas hati.

Walaupun sepanjang perbincangan itu, ada masa dia tidak selesa dengan pandangan Smith kepadanya namun dia buat tidak endah dan terus focus pada perbincangan mereka.

"Cindy, can you bring us some drinks and snack?" pinta Smith kemudian mengenyitkan matanya kepada Cindy. Irwina yang kebetulan menjadi melihat situasi itu terkejut.

Memang ini cara orang atasan bekerja atau dia memang orang tua gatal? Desis Irwina.

Kemudian pandangan Smith jatuh kepadanya. Smith senyum. Laju Irwina menunduk dan mengalih matanya.

"Your secretary?" soal Smith. Afif mengangguk.

"Yup she's new." Terang Afif.

"Oh same with Cindy. I thought you don't want to have any secretary because the first time we met, you don't have one." Kata Smith. Kemudian Cindy masuk bersama empat gelas air dan sepinggan biskut.

"Oh at that time I'm still busy preparing my transfer here. Now I'm officially here, I guess I need a secretary to help with my work." Kata Afif tenang.

Yang tak tenang ni si Irwina. Pandangan Smith kepadanya buat dia tidak senang. Rasanya pakaiannya tidak pun seseksi Cindy. Skirt dia pun labuh apa. Kemeja dia pun longgar.

Apa masalah orang tua ni?! rungut Irwina.

"I think about your proposal and I can said I'm interested in it." Kata Smith sambil meletakkan cawan minumannya. Smith berbisik sesuatu pada Cindy. Cindy mengangguk kemudian melangkah keluar dari bilik itu. Tinggal mereka bertiga sahaja di dalam bilik itu.

"But if you do this one thing for me, then I'll accept your proposal." Smith senyum.

My Crazy Boss ✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang