Chap 25

15.2K 641 37
                                    

Apartment Irwina

Irwina menyiram pokok renek yang ditanamnya di dalam pasu di balkoni rumahnya. Dia kemudian duduk termenung di balkoni rumahnya.

"Win, Win ada kenangan buruk ke sampai tak pernah sekali pun abang dengar Win bercerita tentang relationship Win."

"Erm Win tak rasa pun abang perlu tahu tentang relationship Win. Haha. (ketawa akward.)"

"Sebab Win tak ada relationship kan?"

"..."

"Win, Win memang tak ada hati atau Win dah penat nak cari cinta?"

"Bukan Win tak ada hati. Jujur, Win teringin nak ada keluarga Win sendiri, ada anak-anak..."

"Then make it real."

"Abang, I've no one right now. I...honestly forgot how to love someone. I'm afraid. What if I got reject again?"

Irwina mengeluh. Perbualannya dengan Izwan sewaktu dia melawat abangnya di rumah mereka, kembali menghantui mindanya.

I do need someone by my side to be honest...

Irwina segera bangun. Baik dia pergi jalan-jalan keluar seketika. Kalau dia duduk di rumah, sendirian, rasa kesepian itu makin mengigit hatinya.

Irwina menyarung hoodie dan jeans hitam. Dia melilit ringkas selendangnya dan mencapai kunci skuternya. Dah lama rasanya dia tak berjalan dengan skuter oren miliknya itu. Tulah busy sangat kerja siang malam.

Irwina memandu skuter orennya itu menuju ke sebuah 7eleven. Dia memarkir skuternya dan masuk ke 7eleven. Dia membeli Maggie cup dan niat untuk duduk makan di situ bila meja di 7eleven itu semuanya telah diduduki pasangan kekasih dan juga budak-budak muda.

Tch nak dating pun pergilah tempat lain!

Penyudahnya Irwina menghidupkan skuternya namun dia tidak tahu mahu kemana. Yang pastinya dia tidak mahu balik ke rumahnya. Buat sementara waktu inilah.

Dia membuka telefonnya dan mencari sesiapa yang dia boleh hubungi. Rasa sunyi dalam dirinya makin kuat. Dia perlukan seseorang untuk dia berbual.

Ring! Ring! Ring!

Nama Dian tertera di skrin telefonnya. Irwina menjawab.

"Irwin kau kat mana? Kau tak kerja kan hari ini?" soal Dian.

"Nope. Kenapa call?"

"Datang rumah aku. Aku boringlah. Izzue keluar meeting sampai esok." Kata Dian.

"Oh ok. I'm on the way."

***

Rumah Dian

"How are you doing lately?" soal Dian. Anaknya sudah lena tidur di dalam katil bayi.

"As usual. Busy memanjang. Kerja kat pejabat tu tak pernah habis." jawab Irwina.

"Aku tak tanya tentang kerja. I ask about YOU, yourself. Are you doing fine?"

"Huh?" Irwina rasa pelik dengan soalan Dian.

Dian mengeluh.

"I don't know why but I get the feelings that you're not doing fine. Lately, you don't look happy as if something has bothering your mind. Is there something on your mind, Irwina?" soalan Dian buat Irwina terdiam.

Tapi sejujurnya akhir-akhir ini, selepas dia melihat sekeliling, orang-orang di sekitarnya, abangnya, kawan-kawannya, dia seperti menyedari sesuatu. Semua orang di sekelilingnya bergerak ke hadapan, menjalani kehidupan dengan penuh warna namun bukan dirinya. Dunianya saat ini hanya ada pejabat, rumah dan dirinya sahaja. Ibarat hitam putih dunianya, tiada warna.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now