Chap 11

15.2K 685 17
                                    

MONX Holdings

Hari ini seperti hari-hari biasa, Irwina balik lambat lagi ke rumah. Menghampiri jam 6 petang baru dia bersiap untuk balik ke rumah. Selepas satu project resort tu berjaya mereka dapat, kerja Irwina makin bertambah. Meeting sana-sini, report itu-ini.

Ini memang kerja kau Irwin. Be strong!

Irwina memandang kasutnya yang sudah haus dan hampir terkoyak sambil menunggu pintu lif terbuka.

Aduh kasut bertahanlah. Tunggu gaji masuk ye sayang.

"You should buy a new shoes." Teguran Afif yang tiba-tiba buat Irwina terkejut.

"Ye." Irwina tahan malu.

Dalam banyak-banyak benda, boleh dia tegur pasal kasut aku! Buat malu je!

Ting!

Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk. Irwina berdiri di belakang Afif. Perlahan dia menyorok beg tangannya dan melabuhkan seluarnya untuk menyorok kasutnya. Jujurnya beg tangannya itu pun kena tukar baru juga.

Adeh gaji first ni rasanya memang habis beli semua benda-benda ni...

Irwina mengeluh.

Pintu lif terbuka. Afif berjalan keluar dengan matanya masih pada skrin tabnya. Irwina mengekori Afif dari belakang.

Mamat ni ada dia langgar pintu satu hari nanti kalau dia jalan macam tu.

Mereka berjalan sampailah ke tempat parkir. Hari ini juga, nak jadi ceritanya, skuter Irwina terparkir berdekatan dengan kereta Afif juga.

Irwina memakai topi keledar.

"Hei skuter oren! Hari nak hujan ni. Baik bawa laju-laju. Nanti basah pula." Sempat Afif menegur sebelum dia memandu keluar dari perkarangan lobi MONX Holdings.

Irwina dah tak boleh tahan.

"AKU HARAP KERETA KAU ROSAK! MASA TU JANGAN HARAP AKU NAK BAGI KAU NAIK SKUTER OREN AKU NI!"

***

Rumah Sewa Irwina

Irwina mengesat air matanya. Begitu juga Dian dan Hayati.

"Kenapa korang pilih movie ni? tak pasal-pasal banjir." Irwina mengesat hidungnya yang berair.

"Mana aku tahu dia akan sedih macam ni sekali." Kata Dian. Hayati diam masih menghayati cerita. Namun matanya sudah bengkak kerana menangis.

Keputusan mereka untuk layan movie Miracle in Cell No. 7 ni memang satu kesalahan. Akhirnya menghampiri jam 10 malam, selepas movie itu tamat, barulah masing-masing mencari telefon.

Dian melihat telefonnya dan tersenyum.

"Wei aku naik bilik dulu tau." Kata Dian kemudian dia berjalan naik ke biliknya.

"Kenapa Dian macam happy je lately ni?" soal Irwina.

"Katanya abang angkat dia contact dia semula." Kata Hayati. Tangannya masih mencari movie untuk round seterusnya. Hayati memang hantu movie.

"Oh abang angkat dia..." Irwina mencapai telefonnya. Terkejut dia melihat ada 5 missed call.

"Uish siapa yang call aku malam-malam hari ni."

Irwina membuka call log.

Bos? Apahal dia call aku? Dari pukul 8 tadi...

Nak call balik ke tak??

Irwina berkira-kira.

Pasal kerja ke? Aku rasa dah settle semua. Apa yang dia nak?

Ah call je lah semula.

"Hello, boss. Kenapa bos call...."

"Hah baru nak angkat. Tahu tak dah berapa kali aku call kau?" sergah Afif di hujung talian.

"Amboi awak yang call saya tadi lepastu tiba-tiba nak marah saya pula. Dahlah saya nak letak phone." Bentak Irwina. Irwina geram juga.

Mentang-mentang dia bos nak buat aku macm ni pula!

"Irwina wait wait." Kata Afif. Irwina masih mendengar.

"You need to help me." kata-kata Afif buat Irwina kerut dahi.

Macam serious je.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now