Chap 50

13.6K 526 17
                                    

"Masuklah. Sorry rumah ni sepah sikit." Irwina mengangguk dan melangkah masuk ke apartment kecil itu. Irwina perasan juga apartment ini tidak ramai penghuni. Tapi mungkin ini je yang rumah yang dia mampu.

"Nah." Irwina menyambut tuala yang dihulurkan kepadanya.

"Thank you kak Lisa." Ucap Irwina sambil mengelap badannya yang basah. Lisa datang saat dia menangis dalam hujan tadi. Dan oleh kerana dia tidak mahu balik ke rumahnya lagi, dia bersetuju untuk ikut Lisa balik ke rumah Lisa sehingga hatinya sedikit tenang.

"Sama-sama. Awak nak baju untuk tukar tak sementara baju tu kering?" soal Lisa. Irwina mengeleng.

"Tak apalah kak. Saya sekejap je ni. Tunggu hujan reda sikit, saya baliklah." Irwina kemudiannya mengambil tempat di kerusi di ruang tamu.

"Okay. Akak cuma ada kopi. Is that okay for you?" soal Lisa.

"Okay kak. Saya okay je." Irwina senyum.

Lisa mengangguk kemudian masuk ke dapur untuk membancuh kopi untuk Irwina. Tidak lama kemudian, Lisa kembali bersama satu cawan kopi. Dia letakkan di hadapan Irwina.

"Thank you kak." Irwina menghirup air kopi itu.

"Apa yang awak buat dalam hujan tadi?" soal Lisa. Irwina berhenti menghirup air kopinya dan meletakkan kembali cawan itu. Lisa menjeling ke dalam cawan itu dan masih berbaki separuh air di dalam cawan itu.

Irwina hanya diam. Hatinya terlalu sakit. Tergamak Afif buat macam tu padanya. Beria menyatakan cinta, tapi tiba-tiba umum pada dunia, dia kahwin dengan orang lain? Habis tu, siapalah dirinya pada Afif? Mistress?

"Tentang Afif?" soal Lisa lagi sebaik melihat Irwina termenung jauh. Perlahan Irwina mengangguk dengan soalan Afif.

"Saya sakit hati kak. Tergamak dia buat saya macam ni. Dia ingat saya ni apa? Bola? Boleh ditentang sesuka hati?" Irwina berkata geram kemudian dia menghirup lagi kopi dicawannya lagi.

"Awak harap apa dari Afif. Dia tu jenis cepat bosan. Sebab tu dulu dia tinggalkan akak. Dia cari perempuan lain." Lisa memerhati reaksi Irwina.

Irwina menghabiskan air di cawannya.

"Dasar lelaki tak guna!"

5

"Saya nak baliklah kak. Saya nak settle hal ni dengan dia." kata Irwina. Dia mencapai telefon bimbitnya.

"Lah kan masih hujan kat luar tu. Stay lah sekejap." Kata Lisa.

4

"Tak apa kak. Kali ni saya nak ajar dia betul-betul. Dia ingat saya ni siapa?" Irwina mahu bangun tapi dia terduduk semula.

Kepalanya sakit tiba-tiba. Pandangannya kabur, kepalanya pusing.

3

"Irwina, awak okay?" soal Lisa.

Irwina terasanya pandangannya semakin kabur.

2

"Sakitnya. Kenapa ni?" Irwina memegang kepalanya.

Pandanganya perlahan menjadi gelap dan benda terakhir yang dia nampak adalah senyuman Lisa.

1

Irwina akhirnya terkulai di sofa tidak sedarkan diri.

"Sleep tight, Irwina." Lisa senyum.

***

MONX Holdings

"I'm so sorry Mr Afif Ryan. We also was very shocked about this sudden announcement. Looks like Angela do it by herself. I seriously doesn't know anything about this. Right now, we are contacting all the news outlet to take down the article about your marriage. I am very sorry about the inconvenience caused by my daughter. I'm so sorry Mr Afif Ryan." president ZeZe Company berkata melalui Skype yang disambung terus ke computer Afif. Afif memasang muka serious.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now