Bab-1: Kehadiran

15.8K 600 30
                                    

-Aku tak edit lagi grammar atau dialog.
-Aku tulis ni pun masa zaman PT3 so yeah.
-Banyak merepek dan merapu. Plot pun tak betul.
-So semua kekurangan dalam ni aku akan betulkan dalam Book 2.
-Thankyou for your understanding.



♚♚♚

"Luna!" Seorang gadis berambut merah sedang termenung di jendela. Angin sepoi-sepoi meniup rambutnya.

Panggil Amy dari jauh. Luna tersentak dari lamunan nya tu.

"Kau dah kenapa Amy?" tanya Luna. Sahabat karibnya dilihat penuh tanda tanya. Mana taknya jikalau Amy main terjah dengan wajah mak lampir dia itu sahaja. Semput Luna dibuatnya!

"Kau fikir apa tu?" Amy mengerutkan dahinya pelik dengan sikap Luna yang lain dari sebelum ini. Seperti ada yang tidak kena dengan dia.

"Entah la. aku cuma rasa pelik sejak kebelakangan ni," jawab Luna perlahan.

"Hmmm... dah la tu fikir yang pelik-pelik. Seram aku kau buat weh! Bayangkan lah, muka seposen kau tunjuk tu lepastu rambut merah macam cili. Eh? Dah jauh pulak aku ni, jom teman aku!" Amy menarik lengan Luna. Sempat dia tersengih selepas membebel dekat Luna. Luna hanya redha dan pasrah. Sudah lali diperlakukan sebegitu.

"Hah? Kau nak pergi mana?" tanya Luna pantas. Namun diikuti juga jejak Amy untuk menyamakan langkah.

"Ke pekan!" jawab Amy dengan gembira. Tapi jauh di sudut hatinya, dia ingin Luna melupakan masalahnya. Kiranya okey la tu niat Amy. Biasanya menganjing Luna je kerja.

Luna Elina.

Seorang gadis yang hidup sebatang kara. Nasib ada sahabatnya yang sanggup menumpangkan tempat tinggal untuknya. Dia bersyukur sangat. Walaupun rumah ini kecil dan berada di lereng bukit, tapi dia cukup gembira!

Di pekan pula kelihatan Amy dan Luna berpimpin tangan dan berjalan bersama sama. Mereka bertukar cerita dan bergelak ketawa. Seperti tiada apa yang berlaku.

Ya. Tiada apa yang akan berlaku.

Mungkin.

"Wei Amy... aku nk pergi sana kejap tau." Luna menunjukkan jarinya ke suatu tempat.

Amy hanya mengangguk laju sambil melihat Luna berjalan menuju kearah kawasan tersebut. Dia hanya mrngabaikan Luna apabila melihatnya mendekati gerai barang kemas.

'Luna Elina...'

"Hah! Siapa tu!?" jerit Luna kuat namun masih dalam keadaan berbisik. Kepala ditoleh kiri kanan dengan laju.

Tanpa membuang masa. Luna berlari kearah suara tu. Sifat ingin tahu semakin membuak-buak. Siapa lagi yang tahu nama dia selain Amy? Ya, Luna memang tidak dikenali sangat. Tapi tak ke pelik ni?

Dia melihat seekor rama-rama yang bersinar. Rama-rama itu terbang mengelilinginya.

"Ca—cahaya apa ni." Luna sngat terkedu dengan keajaiban tersebut. Biasanya dia melihatnya di dalam cerita dongeng yang diterbitkan oleh Disney Channel.

Tiba tiba...

Luna sudah termasuk ke sebuah portal yang bercahaya.

Setelah keluar dari portal itu, tidak dapat digambar kan perasaan Luna ketika membuka matanya.

Ada pelbagai jenis dan bentuk mahkluk di hadapannya! Tambahan lagi kesemua makhluk aneh tu ada kuasa yang tidak pernah dilihatnya. Okey tipu je. Dia ada lah tengok dalam movie Disney. Tapi! Ni depan mata! Mana tak pengsannya Luna?

Eh pengsan?

Buk!

Luna rebah di tengah jalan.

"Dia sudah tiba..." gumam seseorang dengan muka bengis. Sangat marah dengan kehadiran Luna di tempat aneh ini.

"Hantar askar. Cari budak itu sampai dapat," arahnya dengan marah. Dia beredar dari bilik gelap itu dan menuju ke arah satu tempat.

Rantai besi di tarik dan dia terus mencekik seorang lelaki.

"Tuanku... Berani Tuanku bawa dia kesini," bisiknya keras lalu melepaskan lelaki itu ke lantai.

Lelaki itu hanya melihat dia dengan lemah.

♚♚♚


To Be Continued...

[Edited]

(S1) Phoenix: The Legend Power✔Where stories live. Discover now