PROLOG

2.8K 103 2
                                    

Luna Aurelia duduk termangu sendirian di meja hujung yang sedikit tersorok dari pandangan orang ramai.

Dia lebih suka bersendirian menikmati kopi hitam panasnya ketika petang hari sambil memerhati suasana bandar raya yang sentiasa sibuk tidak kira malam atau siang.

" Oi! Termenung apa tu!" sergah Heyna apabila melihat sahabat karibnya itu termenung ke luar jendala cafe.

" Kau ni.. Nasib baik tak mati aku kat sini.." Luna menjeling tajam ke arah Heyna.

" Hehehe.. Sorry.."

" Dah order belum?" tanya Heyna lalu duduk berhadapan dengan Luna.

" Dah.. Kau?"

" Dah jugak.."

" Weyy! Nak dengar cerita tak..."

" Mmm apa dia?" Luna yang sedang menghirup kopi hitam itu terhenti seketika apabila melihat sahabatnya itu ingin menceritakan sesuatu. Dari segi gaya Heyna, nampak macam cerita serius.

" Kau ada dengar tak pasal Tasik Permata Biru.." bisik Heyna perlahan.

" Ouhh tempat tu.. Ada.. Cantik wey.. Aku nak pergi tapi tak ada masa sangat.. Aku ingat petang ni aku pergi.. Kenapa?"

" Kau nak tahu.. Tasik tu tasik keras.."

" Keras? Keras apa pulak.. Ada hantu ke?"

" Bukan.. Aku dengar dari seorang pakcik pengemis ni.. Dia cakap tasik tu mampu tarik orang pergi dunia lain... Selamanya kau akan terperangkap kat situ dan tak boleh kelu-"

" Prufff! HAAHAHAHAHAHAHAHA!" Luna segera menghamburkan tawa kerasnya apabila mendengar cerita mengarut dek akal dari kawannya.

" Wey! Kau ni!" wajah Heyna cemberut apabila melihat Luna yang sakan mentertawakannya.

" Luculah kau ni! Eyy kau percaya cakap pakcik pengemis tu... Entah-entah pakcik tu orang gila.. Adoilah.. Kau ni mudah sangat nak percaya cakap orang kan.. Kalau orang cakap makan taik boleh panjangkan umur aku rasa kau pun percaya jugak..." Hambur Luna Aurelia dengan sisa tawanya.

" Ish!" Heyna menyandar kasar tubuh genitnya di kerusi.

" Dahlah Heyna... Jangan percaya sangat cerita pakcik tu... Okay... Biasalah pakcik tu lonely tak ada sapa nak dengar cerita dia.. Jadi dia cerita kat kau... Kau kan pendengar yang baik..." pujuk Luna sambil menayangkan sengihnya pada Heyna.

" Orang cakapkan... Dengar boleh percaya jangan.." sambung Luna lagi apabila mendengar kebisuan Heyna.

Merajuklah tu!

" Alaaa.. Janganlah merajuk... Tak pa.. Hari ni aku belanja kau.. Okay.."

" Okay.." cepat sahaja respon Heyna apabila mendengar Luna menyebut perkataaan belanja.

Huh dasar!

Petang itu, Luna pergi bersendirian ke Tasik Permata Biru. Pemandangan yang sungguh indah, mampu menenangkan jiwa serabut dalam diri Luna. Lagipun sudah lama Luna ingin pergi ke sini namun disebabkan kekangan masa kerjanya menyebabkan Luna sentiasa bertangguh ingin pergi ke Tasik Permata Biru.

Heyna sudah pun balik, al-maklumlah kekasih awal dan akhir sudah menjemput pulang. Jadi siapalah dia hendak menghalang dua sejoli itu hendak bermadu asmara.

Tasik ini di buka sejak 2015 lagi, tasik yang dikelilingi taman bunga yang berkeluasaan lebih beribu hektar itu sesuai untuk berkelah bersama dengan keluarga dan kawan-kawan,juga tempat yang sesuai untuk menikmati suasana senja nan merah bagi pencinta alam seperti Luna.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ