18

952 88 0
                                    

Luna mengelap peluh yang menitik di dahi licinnya. Rambut merah panjangnya  yang disanggul tiba-tiba terlepas mengurai melepasi pinggang rampingnya.

" Aduh... Ni yang panas ni.." Luna mengomel sendirian sambil tangannya gigih menyanggul kembali rambut panjangnya.

Sudahlah malam ini dia terpaksa berjaga merawat Edward malah dia juga terpaksa menikmati malam yang panas di dalam biliknya, dia tidak mahu membuka pintu balkoni takut nanti dua orang tadi datang menyerbu biliknya melalui pintu balkoni. Bukannya dia tidak pandai mendandani rambut tetapi rambutnya teramatlah panjang untuk diurusi seorang diri.

" Itu bukan caranya menyanggul rambut, Cik Lia."

Luna segera mengalih pandangannya ke arah Edward yang sudah pun sedar dari pengsan.

" Macam mana.. Okay dah?" Luna segera mengalih fokusnya ke arah Edward. Rambutnya tadi dibiarkan terurai.

" Sikit." jawab Edward sepatah. Tubuh kekarnya disandarkan di kepala katil.

" Awak tidurlah sini. Keadaan awak sekarang ermm bolehlah dikatakan parah sebab awak banyak kehilangan darah." Luna duduk dilantai sambil kepalanya ditongkatkan di atas katil menggunakan tangannya.

Mata ungu Luna tanpa sengaja mengamati tubuh kekar milik Edward. Dari dada bidang yang dibalut kain kasa sehinggalah ke six packs . Air liurnya ditelan payah melihat tubuh mengiur milik Edward.

Shit! Iman ku!

" Miang." Edward perasan mata Luna menatap tajam ke arah tubuhnya.

" Apa?! Mana ada! Bila masa pulak saya renung tubuh awak.." wajah Luna memerah.

" Saya tak cakap pun awak renung tubuh saya.." Edward senyum sinis.

" Ceh... Eyy dengar sini... Saya yang rawat awak..yang balut luka awak.. Jadi berterima kasih sikit... Hargai usaha saya.." bebel Luna sambil menyilang tangannya di dada. Terasa sakit hatinya apabila Edward mengelarnya 'miang'. 

Eyyy baik sikit.. muka cantik-cantik ni kau cakap miang..dasar lelaki tak tahu bersyukur...baik aku biar je kau mampus kat balkoni tadi...

" Baiklah, Cik Lia." Edward senyum tipis melihat wajah cemberut Luna.

Edward diam memerhati Luna yang mengipas wajahnya menggunakan tangan. Rambutnya pula diangkat bagi membenarkan angin malam mencium leher putih itu. Timbul rasa kasihan dalam hati Edward apabila melihat Luna kepanasan.

" Sini. Biar saya sanggulkan rambut Lia."

Luna pula tanpa banyak bunyi, segera naik di atas katil dan duduk membelakangi di samping Edward.

Edward dengan berhati-hati menyanggul rambut merah Luna. Terasa jari kasar Edward mengurut perlahan kepala Luna menyebabkan Luna terbuai dengan perilaku Edward. Mata Luna tertutup dan terasa mengantuk apabila diperlakukan begitu oleh Edward.

" Siap." 

Luna serta-merta membuka matanya apabila Edward bersuara. Dia kemudian memegang rambutnya yang siap disanggul oleh Edward.

" Wah terima kasih... Tak sangka awak ada bakat mendandani rambut perempuan." puji Luna, kagum dengan hasil tangan Edward.

" Saya biasanya mendandani rambut adik perempuan saya dan juga ibu." jawab Edward. Suaranya terdengar sayu di telinga Luna.

Luna terdiam seketika, terasa suasana mendung menyelubungi biliknya.

" Awak tak nak tidur? Jangan risau.. Orang-orang dari kuil Northstead dah tak ada... Sekarang aman.. Awak berehatlah.."

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora