7

1K 82 0
                                    

Atrick Louis berjalan menyusuri koridor istana menuju ke bilik kerjanya.

Dalam perjalanan menuju ke bilik kerja. Terlihat beberapa dayang istana sedang melakukan pekerjaan pembersihan di sekitar koridor istana. Atrick hanya berjalan melintasi mereka.

" Saya dengar dari khabar angin yang Cik Brenda tak cintakan tuan putera mahkota lagi." bisik salah seorang dari mereka. Dan semestinya dapat ditangkap oleh telinga Atrick.

" Ya, saya pun ada dengar juga tentang hal tu. Tapi, bukankah bagus kalau Cik Brenda dan tuan putera mahkota putus tunang? Lagipun Cik Brenda tu sombong."

" Ya betul. Tapi, sekarang Cik Brenda dah tak selalu jenguk Raja dan Permaisuri. Biasanya dahulu dia sering berkunjung di istana kalau boleh menetap disini seolah-olah istana ini rumah keduanya."

" Yelahkan. Saya pun perasan. Sekarang pun Cik Brenda bertingkah dingin dengan kita semua."

" Ya, sejak dia terjun dari tasik belakang rumahnya itu, Cik Brenda berubah menjadi orang lain."

" Hah! Mana awak dengar kisah tu."

" Saya sengar dari salah seorang pelayan keluarga Quez, kawan saya, jadi saya tahu. Sejak hari itu, Cik Brenda jadi orang yang lain. Saya dengar lagi yang Cik Brenda pernah beberapa kali cuba hendak bunuh diri."

" Hey.. Jangan cakap sembarangan, awak tahukan apa padahnya kalau cakap macam tu pada keluarga bangsawan."

" Ya saya tahu. Tapi itulah cerita yang saya dengar dari kawan saya. Bukankah cubaan membunuh diri itu satu kesalahan besar, Cik Brenda akan ditangkap kalau diketahui pihak pendeta."

" Sudahlah. Jangan bercakap soal itu lagi. Nanti kalau orang lain dengar nahas kita."

Semua yang dibicarakan 3 orang pelayan istana itu didengari Atrick sehinggalah mereka bertiga beredar. Atrick bersembunyi disebalik tiang besar yang berada dikoridor.

Tak mungkin, Brenda berani buat hal bodoh itu.

Atrick hanya diam memikirkan tentang Brenda, kenapa semakin Brenda menjauhinya semakin hatinya terasa tercabar dengan karenah Brenda. Bukankah itu yang dia inginkan selama ini, menjauh dari perempuan gila itu.

Atrick mengeluh perlahan, dia kemudian melangkah menuju ke bilik kerjanya. Malas hendak memikirkan perempuan yang bernama Brenda Bedelia.

~~~~

Marquis mengeluh berat, surat dari istana yang ditulis oleh putera mahkota sendiri, berada di tangannya yang sepatutnya dikirimkan pada Brenda. Namun kini, Brenda masih lagi belum pulang ke rumah. Hati kecil Marquis amat merisaukan keadaan anak gadisnya itu.

" Cari seseorang yang boleh meniru tulisan Cik Brenda, pastikan surat ini dibalas secepat yang boleh." perintah Marquis kepada orang bawahannya, Justine yang berusia hampir mencecah 70 an.

" Baik, Tuan."

Marquis membuang pandangannya di luar jendala, wajah Brenda bermain diruang matanya. Biarpun dia merasa ada sedikit perubahan pada perangai Brenda, namun kedegilan Brenda masih seperti selalu, bersikap seolah-olah dia mampu membuat keputusan sendiri, bertingkah seperti seorang yang benar dalam semua hal dan sentiasa terburu-buru. Itu sikap Brenda yang masih lagi sama seperti selalu.

Marquis sedar dia bukanlah ayah yang baik untuk Brenda, jarang meluangkan masa bersama dengan anak gadisnya itu. Namun dia merasakan bahawa kini Brenda seolah-olah bersikap hangat padanya.

Tidak seperti dahulu, sentiasa dingin dan sukar untuk diajak berbual. Kini perubahan pada Brenda menghangatkan hati tua milik Marquis biarpun Brenda masih dingin dengannya, sekurang-kurangnya Brenda sentiasa ada dekat dengannya sejak peristiwa Brenda jatuh ke dalam tasik. Entah kenapa dia begitu senang dengan perubahan pada diri Brenda. Dia harap ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya, Brenda ada disisinya.

~~~~

" Cik Brenda, lagi 2 hari kita akan sampai, mungkin lewat malam." ujar Benedict.

Luna hanya menganggukkan kepalanya, mereka bertiga kini sedang berhenti berehat di tebing sungai.

" Ini perhentian terakhir kita. Pastikan kita sampai ke kota dalam masa yang singkat." ujar Luna.

" Baik, Cik Brenda." jawab Xavier dan Benedict serentak.

Lebih 30 minit berehat, mereka kemudian meneruskan perjalanan menuju ke kota Friesland. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, Luna berharap agar perjalanan kali ini mengambil masa kurang dari 2 hari.

Selama perjalanan mereka 15 hari ke kota Friesland ,Luna kurang tidur kerana tidak selesa dan juga untuk berjaga-jaga, takut nanti mereka diserang oleh perompak. Namun sepanjang perjalanan mereka 15 hari ini belum lagi berlaku bermacam hal yang tidak diingini.

Kepala Luna tiba-tiba merasa pening berdenyut-denyut. Mungkin dia kurang tidur selama 15 hari ini.

" Cik Brenda tak apa-apa?" soal Xavier apabila melihat Luna memegang kepalanya, wajah Luna juga pucat.

" Saya okay." jawab Luna sepatah.

" Apa kata kalau Cik Brenda berehat sahaja, lagipun sudah lewat malam, Cik Brenda juga tidak tidur 2 hari ni." ujar Xavier.

" Saya okay, awak yang perlu berehat, takut nanti kurang tenaga nak berlawan dengan perompak yang bila-bila sahaja menyerang kita." balas Luna.

" Err, Ya Cik Brenda."

Xavier Carson perlahan memejamkan matanya dan tidak lama kemudian keluar dengkuran halus dari bibir Xavier.

Luna senyum, nampaknya Xavier betul-betul penat setelah merempuh perjalanan pulang ke kota Friesland.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now