20

945 90 3
                                    

Luna hanya termenung menghadap jendela biliknya, suara Marquis yang berbicara dengan pakar perubatan itu langsung tidak menganggu lamunannya.

" Bagaimana dengan anak saya?" soal Marquis bimbang.

" Kita berbicara di luar sebentar." Tuan August menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat wajah muram Luna.

Mereka kemudian keluar dari bilik beradu Luna dan meninggalkan Luna bersama dengan pelayannya, Rina.

" Keadaan Cik Brenda tidak begitu sihat. Ini kerana keadaan mental Cik Brenda tidak stabil. Sepertinya, Cik Brenda berputus asa ingin hidup." terang Tuan August.

" Kenapa Brenda boleh jadi seperti ini." keluh Marquis.

" Kemungkinan disebabkan tekanan dan masalah yang dihadapi oleh Cik Brenda menyebabkan Cik Brenda menjadi seperti ini. Tuan Marquis harus pentingkan keadaan Cik Brenda, risau nanti kejadian di tasik itu berulang lagi."

" Ada rawatan untuk masalah ini?"

" Tuan Marquis. Cik Brenda amat memerlukan sokongan daripada Tuan Marquis. Sebagai seorang ayah, tolong berikan semangat dan perhatian pada Cik Brenda. Itu yang diperlukan Cik Brenda saat ini. Dan tolong bantu Cik Brenda keluar dari masa lalunya." Tuan August menepuk perlahan bahu Marquis.

" Saya faham." Marquis hanya mampu tersenyum tipis.

Marquis menghantar Tuan August sehingga bayangan Tuan August hilang dari pandangan matanya. Marquis terkenang saat di mana Brenda ingin memutuskan tali pertunangannya dengan Atrick.

Kemungkinan itu yang menyebabkan Brenda tertekan. Lagipun kini tular tentang khabar angin yang Atrick tidur sebilik dengan Helena. Entah berita itu betul atau tidak, mungkin disebabkan itu Brenda mengamuk.

Marquis mengeluh, dia seharusnya mendengar kata-kata Brenda. Sungguh disaat ini dia merasakan bahawa dia adalah ayah yang sangat teruk.

~~~~

" Beraninya kamu membuat onar, Atrick!!" Raja Frederick memegang pelipisnya memikirkan masalah yang berlaku.

Atrick Louis hanya diam menekur lantai, Helena pula berlutut sambil menangis mengenang nasibnya. Ini bukan kehendaknya, kalaulah dia tidak tertidur di bilik Atrick semua ini takkan berlaku.

" Hamba yang bersalah, tuanku. Hukum hamba, jangan hukum tuan putera." rayu Helena.

" Bagaimana ayah ingin mengadap Marquis nanti?" Raja Frederick gusar.

Sudah semestinya Marquis takkan berdiam diri. Lagipun peristiwa Brenda di tampar oleh Atrick masih lagi belum reda dan kini ditambah lagi dengan berita Atrick tidur sebilik bersama dengan seorang pelayan. Sungguh memalukan.

" Pertunangan kamu dengan Brenda akan dibatalkan. Dan kamu, akan berkahwin dengan Helena. Keputusan tamat. Kamu berdua boleh keluar." Raja Frederick bangkit lalu melangkah meninggalkan Atrick dan Helena.

" Tuanku! Tunggu! Tuanku!" Helena ingin mengejar langkah Raja Frederick namun tanpa sedar tamparan hinggap di wajah Helena.

Atrick tergamam dan segera menarik Helena dalam pelukannya.

" Disebabkan pelayan murahan seperti kamu. Martabat seorang putera mahkota hancur!" herdik Raja Frederick.

" Ayahanda!"

" Dasar anak tidak tahu malu!" giliran Atrick pula wajahnya ditampar oleh Raja Frederick.

Puas melempiaskan amarahnya, Raja Frederick keluar dari ruangan dengan wajah bengis.

Berita tentang putusnya tali pertunangan antara Atrick dan Brenda tersebar di seluruh istana dan kerajaan Friesland. Marquis yang mendengar khabar itu berasa tenang, satu tekanan untuk Brenda akhirnya terlepas jua.

Luna yang mendapat khabar itu langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Walaupun ini yang dia inginkan dahulu entah kenapa kini dia merasakan ia langsung tidak berguna apa-apa lagi. Hidupnya tetap disini, di dunia ini.

Seminggu berlalu, Luna masih berkurung di dalam biliknya. Dia tidak bersemangat ingin melakukan apa-apa aktiviti.

Malam itu, Luna duduk di luar balkoni. Lama mata ungunnya menatap kosong ke arah langit. Seketika kemudian, dia meninggalkan balkoni biliknya dan menuju ke arah katil.

Tiba-tiba, satu bayangan hitam muncul disebalik pintu balkoni itu. Luna diam, dia tahu siapa yang datang malam-malam ini kalau bukan Edward.

" Balik." halau Luna dingin.

" Sampai bila awak nak jadi seperti ini?" soal Edward tanpa mempedulikan Luna.

" Buat apa aku hidup? Aku bukan sesiapa kat dunia ni." Luah Luna.

" Lia.."

" Aku tak nak dengar apa-apa.. Kau tipu aku, Edward. Kau cakap aku ada peluang untuk balik ke dunia aku kalau pendeta tertinggi bunuh aku... Tapi hakikatnya, aku dah mati... Dah mati!!"

" Awak masih hidup, Lia." Edward mendekati Luna.

" Aku dah mati!!" Luna menjerit lantang, air matanya merembes membasahi pipi.

" Awak masih hidup... Awak hidup disini.." pujuk Edward.

" Ini bukan tempat aku, Edward.. Dunia ini bukan dunia aku.." rintih Luna.

" Disini tempat awak Lia. Ingatlah semua kenangan yang awak ada disini. Takkan awak nak berputus asa.."

" Anggap ini peluang kedua yang Tuhan bagi untuk awak. Anggap ini adalah satu anugerah Tuhan untuk awak hidup bahagia.. Hidup bahagia bersama dengan insan tersayang... Ingatlah wajah-wajah yang bersama dengan awak saat ini... Rina, Bianca, Xavier, dan yang paling penting.. Tuan Marquis, ayah awak..." pujuk Edward.

Luna terdiam mendengar kata-kata Edward. Disaat ini barulah dia tersedar, bahawa selama ini dia hanya memikirkan dunia kejamnya, dunia yang langsung tidak memberi apa-apa makna padanya tetapi kenapa dia masih mempedulikan hidup deritanya itu.

Luna seakan tersedar sesuatu, wajah-wajah yang sentiasa bersamanya di dunia ini dan memori bahagianya di dunia ini bermain di mindanya. Air mata Luna semakin deras mengalir.

" Ayah.." Wajah tua Marquis terlayar dimindanya. Luna jatuh terduduk di lantai,memikirkan bertapa dia terlalu mementingkan dirinya sendiri. Terlalu memikirkan tentang dunianya yang kejam sedangkan di dunia ini terlalu banyak hal bahagia untuk dia kecapi.

Edward mendekati Luna lalu mendakap tubuh kecil itu. Tangisan Luna semakin deras kedengaran.

" Saya... Saya juga sentiasa berada disisi awak, Lia..." luah Edward Jones sambil mengusap lembut rambut merah Luna.

Luna memejamkan matanya merasakan kehangatan tubuh Edward. Perlahan tangannya naik memeluk tubuh Edward.

" Maafkan saya kerana mementingkan diri... Maafkan saya.. Maafkan saya..." Luna berulang kali meluahkan ayat itu sambil ditenangkan oleh Edward sehinggalah Luna tertidur pulas dalam dakapan hangat Edward.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now