14

1K 79 1
                                    

Atrick yang berdiri tidak jauh dari taman bunga itu sedang memerhati Brenda dan Xavier yang berpelukan. Melihat wajah senang Brenda yang berada dalam pelukan Xavier menyebabkan Atrick merasa geram.

Hatinya ketika ini merasa tercabar dengan Xavier, layanan yang Brenda berikan pada Xavier sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya sakit. Dia sendiri binggung, adakah hatinya sakit kerana tercabar atau sakit kerana cemburu?

Mustahil dia cemburu pada Xavier sedangkan dia kini mencintai Helena sejak mereka kecil lagi. Jadi, apakah rasa sakit yang menyelubungi hatinya kini?

Atrick Louis melangkah pergi meninggalkan Brenda dan Xavier. Semakin lama dia disitu semakin hatinya terasa sakit.

Atrick teringat kisah lalu dimana Brenda sering menyentuhnya tanpa kebenaran, sering memeluknya dan mencium pipinya. Tetapi kini, semua itu sudah tiada. Tiada lagi pelukan hangat dari Brenda, tiada lagi ciuman hangat dipipinya. Rindu?

" Tsk.. Mustahil aku rindu perempuan gila itu." Atrick mengomel sendirian.

" Atrick!"

Atrick mengalih pandangannya ke depan apabila mendengar namanya dipanggil. Satu senyuman terukir diwajah Atrick apabila melihat wajah manis Helena. Sepatutnya disaat ini dia memikirkan Helena, bukannya perempuan gila itu.

" Helena.."

" Macam mana tadi? Okay tak? Helena tak sabar nak tengok Atrick dan Cik Brenda pakai baju yang direka oleh pereka terkenal di kerajaan Friesland ini. Mesti sepadan kan, Atrick dan Cik Brenda nanti." celoteh Helena dengan wajah terujanya.

" Hmm lagi sepadan kalau Helena yang pakai nanti." ujar Atrick sambil tangannya tidak duduk diam mengulas rambut panjang Helena.

" Tak nak, nanti Cik Brenda marah. Itupun Helena bersyukur sangat-sangat sebab Cik Brenda tak marah Helena sewaktu Helena datang melawat Cik Brenda ke rumahnya seminggu yang lepas."

" Maksud Helena?"

" Seminggu yang lepas, Helena ada datang rumah Cik Brenda sebab nak minta maaf. Syukur, Cik Brenda layan Helena dengan sangat baik. Walaupun wajah Cik Brenda dingin tapi layanan Cik Brenda hangat." cerita Helena dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.

Atrick merasa hairan mendengar cerita Helena. Bukankah Brenda begitu membencikan Helena?

" Nanti jangan pergi ke sana lagi."

" Kenapa?"

" Helena sendiri tahu yang Brenda tidak sukakan Helena. Semua orang tahu hal itu."

Helena senyum mendengar kata-kata Atrick. Dia akui, Brenda membencinya tetapi kini dia rasakan yang Brenda sekarang tidak seperti dahulu. Kenyataannya, ketika dia melawat Brenda, Brenda tidak menghalaunya sebaliknya memberikan layanan yang baik dan dijamukan teh hangat yang nyaman. Itu sudah cukup membuktikan bahawa Brenda tidak membencinya.

" Atrick jangan risau. Cik Brenda takkan apa-apakan Helena."

Atrick senyum, kepolosan yang ditunjukan Helena menyebabkan dia begitu mencintainya, rasa ingin melindungi gadis dihadapannya itu semakin membuak-buak.

~~~~

Mata merah itu tajam merenung luar jendala kereta kuda melihat pemandangan hijau gunung-ganang. Perjalanan menuju ke kota Friesland mengambil masa 15 hari dari kotanya.

" Tidak banyak yang berubah sejak hari itu." senyuman sinis terukir diwajahnya.

Peristiwa hitam yang menjadi bayang-bayang hidupnya tidak pernah dilupakan. Peristiwa yang menyebabkan keturunannya habis dibunuh dengan kejam kerana satu alasan yang tidak masuk akal.

" Ardmore..."

Satu baris nama itu yang menghabiskan seluruh keturunannya. Dibunuh tanpa komproni, diheret penuh hina bagaikan maruah keturunannya lebih hina daripada binatang.

Matanya merah gelap ketika mengingati kejadian tersebut yang berlaku 500 tahun yang lepas. Selama ini dia bersembunyi lebih 500 tahun hanya kerana dendam. Sakit yang tertanggung saat ini tidak mudah dilenyapkan dengan kematian hina Ardmore.

Janji berdarah yang dibuatnya dahulu akan dia tunaikan. Hanya menunggu sedikit masa lagi.

" Hiduplah selagi ada peluang untuk hidup Ardmore... Entah esok atau lusa kau mati.." senyuman sinis terukir diwajah pucatnya. Mata merah darah itu berubah menjadi hitam kemerahan dengan sinar penuh dendam yang takkan pernah padam ditelan waktu.

Kehidupan perih yang dilaluinya selama lebih 500 tahun ini akan lebih berharga dengan kematian seluruh bangsa kota Friesland. Terumatanya kematian keluarga Ardmore dan Kuil Northstead.

Wajah seluruh keturunan dan bangsanya bermain diruang minda. Jeritan kesakitan daripada bangsanya sering menganggu lenanya. Darah bangsanya yang mengalir membasahi tanah kota Friesland akan disaluti dengan darah seluruh bangsa hina kota Friesland. Itu janjinya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now