21

930 90 0
                                    

" Macam mana keadaan Brenda? Dah okay?" Marquis mengusap perlahan rambut merah Luna.

" Okay..." Luna senyum tipis, mata ungunya tidak sengaja menatap luka kecil di dahi Marquis.

" Maaf... Mesti sakitkan.." tangan Luna naik mengusap luka kecil di dahi Marquis. Entah kenapa dia tergamak membaling pasu itu ke arah Marquis.

" Ayah tak apa-apa.. Yang penting, anak ayah okay.." Marquis senyum lalu menarik Luna dalam pelukannya.

Luna terdiam, perlahan tangannya naik membalas pelukan Marquis. Hati Luna semakin hari semakin merelakan kewujudannya sebagai Brenda Bedelia di dunia asing ini. Lagipun ini adalah keinginan antara dia dan Brenda. Dia juga berjanji akan hidup sebaik mungkin di dunia ini dan berbahagia seperti dia dan Brenda inginkan.

" Brenda sayang ayah.." Luna senyum sambil memgucap bait ayat tersebut kepada Marquis.

Dia tahu hubungan antara Brenda dan Marquis tidak begitu baik. Kesibukan Marquis dalam mengejar kesenangan demi Brenda menyebabkan Marquis hilang masa berharga bersama dengan anaknya.

Luna yakin, Brenda mengejar cinta Atrick kerana ingin mengisi kekosongan yang terasa di hatinya. Ketulusan yang ditunjukan Atrick sewaktu mereka kecil sehinggalah mereka dewasa hanyalah sekadar seorang kawan yang prihatin.

Namun Brenda terlalu buta menilai kasih sayang Atrick sehinggakan sanggup mencederakan Helena kerana menanggap Helena merampas cinta dan prihatian Atrick daripada nya. Sedangkan Atrick langsung tidak mencintainya sebaliknya hanya ada perasaan simpati pada Brenda. Betulkah Brenda mencintai Atrick atau hanya kerana dia merasa takut kehilangan perhatian Atrick? Hanya Luna yang tahu tentang itu.

" Ayah sayang Brenda juga.."

Luna tersenyum senang mendengar butir bicara Marquis.

" Tak lama lagi perkahwinan putera mahkota akan berlangsung... Brenda tak apa-apa?" soal Marquis risau.

" Brenda okay.. Jangan risau.. Lagipun ayah tahukan Brenda tak cintakan putera mahkota melainkan hanya takut kehilangan perhatian daripada putera mahkota.. Tak lebih dari itu..." terang Luna bersungguh-sungguh.

" Baguslah kalau begitu... Brenda jangan risau... Ayah sentiasa sokong Brenda... Apa pun pilihan Brenda kelak... Ayah terima.." Marquis mengusap perlahan rambut anaknya.

" Nanti ayah datang bersama dengan Brenda?"

" Eh mestilah.. Siapa lagi nak berpasangan dengan ayah kalau bukan anak ayah yang cantik ini.."

Luna ketawa kecil mendengar seloroh Marquis.

Marquis tersenyum senang mendengar tawa Brenda yang sudah lama dia tidak mendengarnya.

Kini dia tahu, yang membuatkan Brenda bahagia bukanlah hasil kekayaan yang diperolehinya melainkan rasa kasih sayang yang dicurahkannya kepada Brenda. Selama ini dia begitu jahil dalam menilai Brenda. Dia ingatkan anaknya akan bahagia jika dia melimpahkan semua kekayaan dan kemewahan dibawah kaki Brenda, rupanya dia silap. Disebabkan kekayaan dan kemewahan yang dikejar Brenda menderita sendirian.

~~~~

" Persiapan majlis perkahwinan putera mahkota akan berlangsung tak lama lagi. Siapkan segala keperluan kita. Ikut seperti yang dirancangkan." mata merah itu tajam menatap raut wajah pekerja bawahannya. Satu senyuman sinis penuh misteri itu terukir di wajah dinginnya.

" Baik, Tuan."

Mata merah itu kemudiannya menatap wajah sahabat karibnya yang selama ini telah banyak menolongnya mendapatkan maklumat tentang kerajaan Friesland.

" Kau tahu apa yang kau perlu lakukan."

" Aku tahu.."

" Aku harap kau tak lupa janji kau.." bibir itu kembali menayangkan senyuman jengkelnya.

" Jangan masuk campur urusan aku.. Aku tahu apa yang aku lakukan.."

" HAHAHAHAHA!!! Ya ya ya... Harap kau tidak tumpas dengan perasaan kau sendiri..." bahu sahabatnya itu di tepuk perlahan. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik pertemuan mereka dan meninggalkan sahabat karibnya bersendirian disitu.

Bukannya dia tidak tahu bahawa selama ini sahabatnya mempunyai hubungan yang boleh dikatakan istimewa dengan salah seorang bangsawan kerajaan Friesland. Ingin sahaja dia mengelar sahabatnya itu bodoh kerana berhubungan rapat dengan anak bangsawan itu sedangkan satu hari nanti sahabatnya itu akan membunuh semua rakyat Friesland tanpa tersisa satupun keturunan darah Friesland.

Kebodohan yang ditunjukkan sahabatnya itu amat luar biasa. Walaupun begitu, dia tidak melarang sahabatnya berhubungan rapat dengan anak bangsawan itu kerana dia ingin melihat sejauh mana kesetiaan sahabatnya kepada rakyat Amethysts dan sejauh mana pembohongan sahabatnya itu berjalan lancar.

Lagipun dia ingin melihat kesakitan dan penderitaan anak bangsawan itu apabila dikhianati. Sudah semestinya pengkhianatan orang tersayang lebih menyakitkan berbanding dibunuh oleh musuh sendiri.

" Begitu hebat permainan kau.."

Lazarus Luther ketawa besar apabila memikirkan hal tersebut. Baginya itu amat menggelikan hatinya melihat wajah anak bangsawan yang menangis kerana dikhianati.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now