8

1K 87 0
                                    

" Tuan Marquis! Cik Brenda, dah sampai." Florina termegah-megah di hadapan muka pintu pejabat Marquis ingin menyampaikan pesanan bahawa kini, Luna sudah pun sampai ke rumah setelah hampir sebulan meninggalkan rumah agamnya.

Marquis dengan tergesa-gesa keluar dari pejabatnya dan menuju ke bawah.

" Akhirnya, kita dah sampai, kerja yang bagus Benedict tak sampai 2 hari, kita sudah terpacak disini." Luna senyum dan menepuk perlahan bahu pengawalnya itu.

" Terima kasih, Cik Brenda atas pujiannya."

" Kamu berdua boleh bercuti, saya bagi masa 2 minggu untuk berehat."

" Tapi Cik Brenda, hanya kami berdua sahaja pengawal peribadi Cik Brenda. Kalau kami bercuti, siapa yang akan menjaga Cik Brenda?" ujar Xavier ragu-ragu.

" Tak apa, selama 2 minggu ini saya tak ke mana-mana. Lagipun saya penat, jadi saya berehat 2 minggu di rumah. Awak berdua juga mesti penat. Saya bukanlah kejam sangat nak biarkan awak bekerja dalam penat, nanti awak berdua sakit, saya jugak yang susah." balas Luna sambil merenggangkan urat sarafnya yang terasa tegang.

" Baiklah Cik Brenda, terima kasih atas keprihatinan Cik Brenda terhadap kami." ucap Benedict dan Xavier serentak sambil berlutut dihadapan Luna.

" Ya ya ya.. Awak berdua boleh pergi.." halau Luna lalu masuk ke dalam rumah.

" Brenda!"

Luna segera mengalih pandangannya di tangga yang berdiri megah di tengah-tengah rumah agam itu.

" Ayah!" Luna senyum dan dengan senang hati berlari anak memeluk tubuh Marquis.

Marquis sedikit tergamam begitu juga pembantu rumah yang lain. Hal ini kerana, belum pernah lagi mereka melihat hubungan anak beranak itu seakrab ini.

Luna senyum apabila merasakan tangan Marquis membalas pelukan hangatnya. Dia tahu hubungan Brenda dan ayahnya dingin, dan dia yang kehilangan keluarga begitu menghargai ikatan sebuah kekeluargaan, jadinya dia ingin menghabiskan masa bersama dengan Marquis Quez, ayah kepada Brenda Bedelia.

" Ayah risaukan kamu." terluah juga ayat itu daripada bibir tua Marquis.

" Brenda rindu ayah."

Marquis senyum apabila mendengar sendiri ayat itu keluar daripada bibir mungil anak gadis tunggalnya.

Marquis harap masa berhenti berputar, kerana dia ingin merasakan pelukan hangat anak gadisnya itu, merakam momen hangat di mindanya, dan menikmati pelukan sang anak gadis yang sudah lama dia tidak rasakan.

~~~~

" Ayah nak kamu pergi ke istana."

Luna tersentak.

" Kenapa pulak?" soal Luna dengan nada yang tidak puas hati.

" Sudah sebulan kamu tidak menjenguk baginda Raja dan Permaisuri, jadinya mereka risaukan kamu. Ayah bagitahu yang kamu sakit. Oleh kerana kamu sudah pulang, jadi kamu pergilah ke istana menjenguk baginda Raja dan Permaisuri." bebel Marquis.

Luna menyandar malas tubuhnya di sofa, sudahlah dia baru sahaja sampai, tiba-tiba Marquis menyuruhnya pergi ke istana menjenguk Raja dan Permaisuri, bagilah masa dia berehat, sudah 2 hari tak tidur.

" Brenda hanya pergi untuk bertanya khabar sahaja pada baginda Raja dan Permaisuri." Luna akhirnya akur dan bangkit keluar dari pejabat Marquis.

" Tuan putera mahkota juga, jangan lupa."

" Ya ya ya.." Luna dengan malas menutup pintu.

Marquis menggelengkan kepalanya melihat telatah Brenda, sungguh anak yang nakal.

" Florina, siapkan pakaian saya untuk ke istana." arah Luna lalu melangkah menuju ke bilik mandi.

" Baik, Cik Brenda."

Usai bersiap, Luna kemudian menuju ke arah kereta kuda.

" Cik Brenda yakin nak pergi seorang diri. Saya boleh temankan Cik Brenda ke istana." ujar Rina sambil memimpin Luna menuju kereta kuda.

" Ya.. Awak jangan risau, saya pergi sekejap sahaja lagipun saya cuma nak ke istana." balas Luna lalu menaiki kereta kuda.

" Yelah, kalau macam tu, Hati-hati Cik Brenda."

Luna senyum dan melambaikan tangannya ke arah Florina dan juga Rina. Dia kemudian menyandar tubuhnya pada dinding kereta. Penat, itulah yang dia rasakan kini. Luna melelapkan matanya sementara dalam perjalanannya menuju ke istana.

" Cik Brenda, Cik, kita dah sampai."

Luna terkejut apabila terasa tubuhnya digoyang lembut. Matanya tajam menangkap tubuh tua yang berada di luar kereta kuda.

" Ma-maafkan saya Cik Brenda. Bukan bermaksud hendak kurang ajar tapi kita dah lama sampai ke istana." ujar lelaki tua itu tergagap-gagap.

" Hmm tak pa."

Luna kemudian turun dari kereta kuda dan melangkah malas menuju ke istana. Entah kenapa dia rasakan bahawa baru sahaja tadi dia melelapkan mata, tiba-tiba dah terpacak di hadapan istana.

" Apa khabar, tuanku raja dan permaisuri? Saya memohon maaf atas ketidaksopanan saya kerana tidak menjengku tuanku raja dan permaisuri." dengan rasa rendah dirinya, Luna berlutut dihadapan raja dan permaisuri.

" Tidak apa-apa, Cik Brenda. Lagipun, kamu kan sakit dan baru sahaja sembuh." ujar Permaisuri Veronica.

" Ya, tuanku. Terima kasih atas keprihatinan tuanku terhadap saya."

Luna senyum tipis lalu bangkit dari melutut dengan langkah penuh sopan, Luna menuju ke arah kerusi yang ditempatkan khas untuknya.

" Ergh penat!" Luna mengeliat setelah keluar dari ruangan diraja. Tika ini Luna amat bersyukur kerana baginda Raja dan Permaisuri hanya berborak ringkas sahaja.

Dalam perjalanan Luna menuju ke luar istana, tiba-tiba dirinya dirempuh kasar oleh seseorang menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam cetak.

" Hah!? Ma-maaf Cik Brenda, saya minta maaf.." dayang istana yang melanggar Luna dengan tidak sengaja itu terus membantu Luna bangun dari kolam tersebut.

" Tak apa." Luna mengeluh kecil, habis basah gaunnya tika ini.

" Saya... Saya betul-betul minta maaf.. Tolong Cik Brenda... Maafkan saya.." dayang tersebut segera bersujud memohon ampun pada Luna.

" Pergi."

" Tapi Cik Brenda-"

" Pergi sebelum saya berubah fikiran." ujar Luna dingin sambil menatap tajam ke arah dayang istana tersebut. Luna amat penat untuk berbahas soal ini kerana sekarang dia betul-betul ingin tidur.

" Ya, Baiklah." dengan pantas, dayang istana tersebut berlari meninggalkan Luna yang basah kuyup.

Luna dengan berhati-hati melangkah ingin keluar dari istana ini, kepalanya terasa amat pening. Dunianya kini terasa berpusing-pusing. Bayangan kereta kudanya miliknya bermain di ruang mata Luna. Luna juga membayangkan katilnya yang empuk, terasa seolah-olah memanggilnya untuk berbaring dan tidur.

" Aku nak tidur~ nak balik~ tidur~" Luna melangkah lemah, bayangan kereta kudanya terasa kabur dan semakin kabur.

Luna jatuh terduduk di atas tanah, matanya digosok perlahan, masih sama, tetap kabur.

Luna ingin bangkit namun terasa tubuhnya kian melemah dan akhirnya Luna terbaring lemah di atas tanah rata.

" Sikit lagi~nak sampai~" Luna berbisik lemah pada diri untuk menguatkan semangatnya menuju ke kereta kuda miliknya. Tangannya bergerak ingin mengapai kereta kuda tersebut, perlahan pandangan mata ungunya semakin kabur dan akhirnya gelap gelita.

Luna tidak sedarkan diri betul-betul di tengah laluan keluar istana. Tubuh Luna ketika ini terasa amat lemah untuk terus bertahan akibat kurang tidur selama perjalanannya balik ke rumah.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now