16

969 92 2
                                    

" Atrick tak nak teman Cik Brenda?" tegur Helena apabila melihat Brenda berdiri menyandar disebalik tiang sambil memegang gelas wine.

" Dia sendiri yang melarikan diri, macam mana nak teman." ujar Atrick bersahaja.

Helena memasang raut wajah sedihnya apabila melihat Brenda bersendirian disitu.

Atrick turut mengalih pandangannya ke arah Brenda. Nampaknya, Brenda betul-betul bersendirian.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah menuju ke arah Brenda, tiba-tiba sahaja Brenda di sapa oleh seorang lelaki lain. Atrick pelik apabila melihat Brenda begitu senang berbual dengan lelaki itu. Seolah-olah mereka sudah berkenalan lama.

"Maafkan saya."

Perbualan Luna dan Edward terhenti apabila Atrick mencelah.

Luna mulai memasang riak wajah tidak senangnya apabila melihat Atrick, Helena dan Jackson.

" Cik Brenda tak nak kenalkan?" soal Atrick apabila melihat Brenda diam.

" Edward Jones, Atrick Louis." dengan riak wajah bersahaja, Luna mengenalkan mereka berdua begitu ringkas dan padat menyebabkan Edward tertawa kecil.

" Biarpun benci dengan tunang sendiri. Rasa hormat perlu ada, sebab beliau putera mahkota kerajaan Friesland ini." tegur Edward.

Luna tersentak apabila ditegur Edward.

Macam mana dia tahu, ketara sangatkah reaksi menyampah aku?

Atrick mengetap rahangnya apabila mendengar bicara Edward yang begitu santai berbicara dengan Brenda.

" Maafkan ketidaksopanan kawan saya ini, tuanku." Edward meminta maaf sambil menunduk sedikit tubuhnya pada Atrick.

" Tidak mengapa, saya sudah biasa." perli Atrick.

Luna menjulingkan matanya ke atas, bukankah selama ini Atrick yang selalu bersikap acuh tak acuh padanya.

" Ouh jadi inilah pelayan yang dicintai oleh putera mahkota itu." tegur Edward apabila melihat figura seorang gadis yang berdiri di samping Atrick.

Luna tergamam apabila Edward berkata sedemikian. Setahunya, dia tidak pernah menceritakan perihal pertunangannya kepada Edward.

" Hah?" Helena sedikit terkejut apabila Edward menegurnya begitu.

" Ya, betullah itu anda. Saya Edward Jones, kawan Brenda Bedelia." Edward menghulurkan salam perkenalannya kepada Helena.

" Helena Norman." Helena yang ingin menyambut huluran tangan Edward dengan pantas Atrick yang menggenggam tangan Edward.

" Ouh ya saya lupa. Saya tiada hak bersentuhan kulit milik tuanku. Maafkan saya." Ujar Edward lalu melepaskan genggaman tangan mereka.

Luna senyum sinis apabila mendengar bicara Edward.

Sungguh berani ya kamu.

" Saya rasa anda salah faham, Tuan Edward." Helena mulai rasa sebar salah melihat wajah sinis Luna.

" Mustahil saya salah faham. Brenda yang selalu mengeluh tentang hubungan dia dan putera mahkota. Betulkan, Brenda. " Edward senyum kecil memandang wajah Luna.

" Ya." jawab Luna sepatah. Takkan dia jawab tidak sedangkan semua yang dikatakan oleh Edward benar belaka.

" Brenda?" Atrick memandang wajah Luna dan Edward silih berganti. Kenapa Edward begitu santai berbicara dengan Brenda.

" Ouh ya, Brenda lebih suka kalau saya memanggilnya Brenda berbanding Cik Brenda. Lagipun kami kan kawan rapat." jelas Edward.

Luna hampir ketawa apabila mendengar biacara Edward yang sengaja mengenakan dirinya dan juga Atrick. Tidak sia-sia dia menegur Edward tadi, ada gunanya juga untuk situasi ini.

" Saya tak tahu kalau Cik Brenda ada kawan lain selain kami." celah Jackson yang sedari tadi asyik diam.

" Sudah semestinya Tuan Jackson tidak tahu. Yelah, siapalah saya ini. Hanya orang yang sering diabaikan oleh kawan-kawannya. Bukankah begitu, Helena?" soal Luna dengan nada sinis.

" Cik Brenda-"

" Saya ingin meminta diri dulu, tuanku. Ada hal ingin saya bincangkan bersama dengan Edward."

" Ya, silakan."

Luna dengan segera menarik tangan Edward Jones keluar dari majlis tersebut dan menuju ke koridor yang sedikit tersorok daripada pandangan orang ramai.

Hatinya kini meronta-ronta ingin menyerang Edward dengan pelbagai soalan.

" Okay. Sekarang bagi tahu macam mana awak tahu semua tu." serang Luna.

" Dah lupa? Saya kan penyihir."

" Hanya itu?"

" Ya. Saya penyihir dapat melihat masa lalu dan masa depan." jelas Edward.

" Wow! Okay okay... Kalau macam tu... Apa masa lalu yang awak nampak pada saya?" Luna mendekatkan wajahnya pada Edward sambil membesarkan matanya.

" Jangan terlalu dekat.. Dan jangan buat mata begitu.." Edward menjauhkan wajah Luna dari wajahnya.

" Ya yaa.. Jadi lakukannya sekarang.. Apa yang awak nampak?"

Mata merah darah milik Edward tajam merenung wajah Luna yang berada dihadapannya. Luna pula tidak mahu kalah saing turut membalas renungan tajam Edward.

" Saya nampak.. Brenda, curi makanan setiap mala-"

Dengan pantas, Luna menekup mulut Edward dari terus berbicara.

Shit! Kantoi...

" Okay lulus!" Luna melepaskan tangannya dari mulut Edward.

" Sekarang, Brenda percaya?"

" Belum lagi.. Saya nak awak tengok masa depan saya..."

Edward kemudian melakukan hal yang sama iaitu merenung tajam ke arah mata ungu Luna.

Kenapa kosong?

Gelap!

" Mustahil.."

" Kenapa?" Luna memandang wajah Edward dengan perasaan ingin tahu.

" Kosong."

" Apa yang kosong?" soal Luna dengan teruja.

" Saya nampak kosong. Gelap." terang Edward Jones tatapannya berubah dingin.

" Tsk.. Nampaknya sihir awak tidaklah begitu hebat."

" Cik Brenda memperlekehkan kemampuan saya?" Edward berpeluk tubuh sambil merenung dingin ke arah Luna.

" Ya.."

Edward tersenyum sinis apabila mendengar jawapan Luna. Dia juga tidak menyangka bahawa Luna akan mengenalinya sedangkan dia sudah memasang sihir yang mengubah seluruh penampilannya termasuk suara dan warna anak matanya.

Dia juga tidak tahu kenapa dia tidak dapat melihat masa depan Brenda. Apakah kerana roh asing itu?

" Siapa nama asli awak?" soal Edward tiba-tiba.

" Luna. Luna Aurelia." jawab Luna dengan nada perlahan.

Edward Jones hanya diam mendengar jawapan Luna. Nama Luna Aurelia terasa tidak begitu asing di pendengarannya. Dia seolah-olah pernah mendengar nama tersebut tetapu dimana?

" Disebabkan awak tahu siapa saya.. Rasa kekok pula bila awak panggil saya Brenda."
Ujar Luna memecahkan suasana sunyi di antara mereka berdua.

" Jadi awak nak saya panggil apa?"

Lama Luna mendiamkan diri apabila Edward menyoalnya.

Disini, dia dikenali Brenda Bedelia dan hanya Edward dan Xavier sahaja yang mengetahui kewujudannya sebagai Luna Aurelia.

" Lia. Panggil saya Lia." ujar Luna perlahan. Lia, singkatan nama Aurelia dan juga Bedelia. Nanti tidaklah orang disini pelik apabila Edward memanggilnya Lia.

" Baiklah kalau itu yang awak nak. Lia." Edward senyum sambil menekankan nama Lia.

Matanya terus menatap wajah Luna yang berubah suram. Mungkin teringat tentang dirinya.

" Saya masuk dulu." Luna meninggalkan Edward sendirian disitu dan melangkah masuk ke dalam dewan majlis. Suasana hatinya tiba-tiba sahaja berubah muram dan sedih.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now