1

1.6K 105 0
                                    

PRUFF!!

Luna Aurelia segera menimbulkan diri dan berpaut pada batu besar yang berada di hadapan matanya. Dia termegah-megah kepenatan,tangan segera meraup wajah yang basah.

Mata Luna meliar memerhati sekeliling. Dahi bekerut seribu apabila melihat kawasan yang begitu asing pada pandangannya.

Dengan penuh berhati-hati Luna naik ke darat sambil merangkak. Bahagian belakang kepalanya perlahan dipegang,terasa pedih dan perit.

Luna memerhati baju yang tersarung pada tubuh langsingnya, baju yang terletak elok pada tubuhnya kelihatan sangat mewah dan yang pasti baju itu pelik.

Gaun yang tersarung pada tubuh Luna berwarna putih dan dihiasi bunga-bunga kecil berwarna putih.

Sedang Luna leka membelek tubuhnya,tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

" Cik Brenda!"

Luna dengan segera menoleh memandang ke arah seorang gadis yang berlari anak menuju ke arahnya.

" saya ke?" soal Luna pelik,yelah nama dia kan Luna tiba-tiba panggil dia Brenda mungkin salah orang.

" Cik Brenda tak apa-apa?" soal gadis itu sambil membelek tubuh genitnya,soalan Luna tadi hanya dibiar sepi.

" erk.. Awak salah orang ni. Saya bukan Brenda,saya Luna.." Luna senyum kekok sambil mengaru belakang kepala.

" AUCH!" Luna mengaduh sakit ,belakang kepalanya berdenyut-denyut.

" Cik Brenda, okay ke?" gadis tersebut segera memegang kepala Luna.

" ha ya..saya okay..sakit sikit je." Luna senyum tipis.

" Cik Brenda!"

Luna mengalih pandangannya ke depan apabila mendengar jeritan seorang gadis. Tiba-tiba gadis itu datang memeluk tubuh Luna.

" Syukur, Cik Brenda tak apa-apa."

" Erk.." Luna mati kata apabila melihat reaksi dua orang asing dihadapannya kini.

" Jum kita balik, Cik Brenda. Mesti Tuan Marquis risaukan Cik."

" Tuan Marquis?"

Tiba-tiba tangan Luna ditarik mengekori langkah dua gadis tadi. Luna hanya diam tanpa membantah.

Di dalam kepalanya timbul 1001 persoalan. Macam mana dia disini? Ini tempat apa? Dunia apa? Dan macam-macam lagi. Namun semuanya hanya disimpan didalam minda.

Luna tergamam apabila melihat rumah agam yang tersergam indah didepan matanya.

Betul ke apa yang aku nampak ni

Luna memejam dan membuka matanya berkali-kali bagi memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

" Jum, Cik Brenda."

Tangan Luna ditarik dan dibawa ke dalam rumah agam tersebut. Mereka berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuh Luna yang dibasahi air tasik tadi.

Luna tidak membantah dan hanya membiarkan beberapa orang gadis itu melepaskan pakaiannya.

Usai mandi, Luna kemudian siap berpakaian satin nipis. Amat ringkas tetapi cantik.

" Tiba masanya untuk Cik Brenda tidur. Mesti Cik Brenda penat." ujar gadis tadi, Luna kemudian diarahkan duduk di hadapan meja solek.

Luna mengangkat wajahnya ingin memandang pantulan wajah dicermin meja solek tersebut. Alangkah terkejutnya Luna apabila mendapati bahawa dipantulan cermin itu bukanlah wajah aslinya melainkan wajah gadis asing.

" Apa ni?!" Luna segera berdiri sambil membelek wajahnya di hadapan cermin tersebut.

" Kenapa Cik Brenda?" soal gadis itu apabila melihat Luna seakan-akan terkejut melihat wajahnya sendiri didalam cermin.

Ini bukan wajah aku! Mustahil!

" tasik tu mampu tarik orang pergi dunia lain... Selamanya kau akan terperangkap kat situ dan tak boleh keluar."

Kata-kata kawannya Heyna kembali bermain diruang minda Luna.

Mustahil aku ditarik ke dunia lain

" Mustahil."

Luna terduduk lemah dikerusi, perlahan tangannya naik memegang kepala yang terasa berdenyut-denyut.

" Cik Brenda okay?"

" Florina, panggil pakar perubatan sekarang!"

" Baik!"

~~~~

Luna diam dan langsung tidak mempedulikan suasana disekitarnya kini. Apa yang dia fikirkan? Bagaimana dan macam mana dia boleh ke sini?

" Keadaan Cik Brenda tidak apa-apa. Cuma, dia perlukan rehat yang secukupnya." ujar pak cik tua yang merawat Luna sebentar tadi.

" Terima Kasih Tuan August."

" Kalau macam tu, saya minta diri dulu."

" Bianca hantarkan Tuan August ke depan."

Marquis iaitu ayah kepada Brenda perlahan mengusap rambut puterinya.

" Syukur, kamu tak apa-apa. Mulai hari ini kamu tidak dibenarkan keluar sendirian lagi." Marquis kemudian keluar dari bilik Brenda setelah memberi arahan kepada Luna, namun Luna hanya membiar sepi bicara Marquis.

Rina iaitu ketua pembantu yang mengurus anak majikannya itu perlahan menyelimuti tubuh kecil Luna.

" Selamat malam, Cik Brenda."

Luna hanya diam tanpa membalas walau sepatah pun perkataan. Dia masih lagi belum mampu menerima kenyataan bahawa kini dia berada didunia asing. Dunia yang langsung dia tidak tahu apa-apa mengenainya.

Perlahan air mata Luna menitis, kenapa takdir begitu kejam pada dirinya. Biarpun dia berdoa ingin hidup kembali selepas kemalangan itu namun bukan ini yang dia impikan.

Luna memejamkan matanya, berharap agar semua ini hanyalah mimpi semata-mata, mimpi ngeri yang sering menganggu lena manusia.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now