SPECIAL CHAPTER: TRAUMA

1K 81 0
                                    

Suasana di Kota Amethyst sungguh riuh-rendah. Suara peniaga memanggil pelanggan. Suara pelanggan yang tawar-menawar. Suara kanak-kanak yang ketawa riang memenuhi setiap ruang kota Amethyst.

Di hujung kota, terdapat sebuah rumah yang sederhana besar dipenuhi dengan kanak-kanak yang berkunjung di situ mendengar kisah dari seorang gadis yang lumpuh. Rumah itu selalu menjadi tumpuan anak-anak kecil untuk bermain kerana tuan rumah itu suka melayani telatah anak-anak menyebabkan mereka amat disenangi oleh kanak-kanak di kota itu.

Kanak-kanak di kota untuk selalu didendangkan dengan kisah-kisah dongeng. Mereka amat suka menjelajahi dunia imaginasi dengan kisah dongeng yang didendangkan oleh gadis lumpuh itu. Katanya, itu adalah cara minda berehat.

" Adakah itu sebuah pengakhiran yang bahagia?" soal salah seorang kanak-kanak perempuan.

" Hm... Entahlah kakak pun tak tahu.."

" Adakah mereka akan tinggal bersama untuk selamanya?"

" Hmmm... Mungkin.."

" Kakak... Kalau Si Gadis Asing itu bersama dengan Si Penyihir jadi maknanya Si Gadis Asing itu akan tinggal kat dunia ni buat selama-lamanya kan?"

" Kakak! Saya juga ada soalan! Gadis Asing dan Penyihir itu akan kekal hidup di dunia ini kan sebab mereka tak akan mati.."

" Kakak! Saya juga! Kalau mereka wujud di dunia ini, mereka kat mana sekarang?"

Luna mulai pusing melayan karenah anak-anak yang asyik bertanyakan tentang kisah Si Gadis Asing dan Penyihir itu.

" Anak-anak! Jangan kacau kakak.. Tiba masanya kakak makan ubat.." Edward muncul sambil membawa dulang yang berisi air ubat dan beberapa manisan.

" Ala abang Jones ni... Thea baru nak dengar kisah Gadis Asing dengan Penyihir tu.."

" Pengakhirannya bahagia.. tamat.." seloroh Edward lalu mendekati Luna yang senyum padanya di atas kerusi roda.

" Lia.." Edward menghadiahkan senyuman manisnya lalu perlahan mencium penuh kasih dahi Luna.

" EEEEEEEE!"

Perbuatan bersahaja Edward mendapat jeritan dan teriakan nakal dari kanak-kanak yang melihat agenda tadi.

" Nakal!" Luna senyum sambil tangannya mencubit pipi gebu Thea.

" Terbaiklah abang Jones! Satu hari nanti Thea pun nak lelaki macam abang Jones! Penuh dengan kasih sayang." puji Thea dengan sengihan nakalnya.

" Gin pun penuh dengan kasih sayang kenapa Thea tak suka Gin." Gin yang sedari tadi diam mulai bersuara.

" Tak nak! Gin tak kacak macam abang Jones!"

Gin yang mendengar balasan bersahaja dari Thea menangis dan berlari meninggalkan rumah Edward.

" Pulak dah." Edward menggelengkan kepalanya melihat telatah dua sekawan itu.

Luna hanya ketawa kecil melihat telatah kanak-kanak di hadapannya.

" Baiklah! Anak-anak sekalian masa bercerita sudah tamat! Jadi-"

" Alaaaa abang ni kami baru sahaja nak dengar cerita lagi."

" Tak boleh! Kak Luna kena makan ubat. Kak Luna nak berehat."

" Alaaaa kakak... bolehlah satu lagi cerita..."

Luna hanya tersengih sumbing. Bukan dia tak mahu tapi kalau Edward sudah berkata tidak jawapannya akan tidak. Dia juga tidak ada kuasa ingin membantah Edward. Kalau mengamuk si pak cik tua ni nanti siapa nak menjawabnya.

" Maaf akak tak boleh tolong.."

" Sudah.. Sudah.. Lebih baik kamu semua pulang.. Kalau tak... Datang penyihir nanti sembur api sihir dia kat kamu semua! ARRRR! "

" Arghh!!!"

Kanak-kanak yang mendengar Edward berkata begitu dengan pantas mereka menjerit lalu berlari ketakutan meninggalkan rumah Edward.

Edward ketawa geli hati melihat kanak-kanak yang berlari lintang pukang setelah mendengar jenakanya.

" Edward tak baiklah buat macam tu kat mereka." ujar Luna tidak senang hati dengan gurauan Edward.

" Kalau tak buat macam tu.. Mereka tak akan dengar.." Edward kemudian menyuakan cawan yang berisi ubat herba itu kepada Luna.

" Terima kasih." dengan perlahan Luna menghirup air herba itu. Berkerut dahinya sebaik sahaja ubat itu mencecah deria rasanya. Pahit.

" Nah makan biskut ni." Edward kemudian menyuapkan biskut coklet itu kepada Luna.

20 tahun berlalu, Luna semakin pulih dari lumpuh seluruh badan. Kini, hanya tinggal kakinya sahaja yang masih lagi belum kuat menampung tubuhnya sendiri.

Luka-luka di tubuhnya juga sudah membaik namun meninggalkan bekas parut kekal. Setiap kali Edward melihat parut di tubuhnya setiap kali itu juga Edward akan mengamuk. Hatinya sakit setiap kali melihat bekas luka itu. Bekas luka yang mengingatkannya derita yang ditanggung Luna.

" Edward.." Luna mengenggam tangan Edward yang mengelap belakang tubuhnya.

" Saya tak apa-apa.." Luna memusingkan tubuhnya lalu memeluk Edward.

" Kematian mereka.. Kehancuran mereka... Tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan pada awak.." Suara Edward bergetar menahan amarah.

Luna memejamkan matanya mengusap belakang tubuh Edwrad.

" Jika keturunan itu masih lagi hidup... Saya akan hancurkannya.."

Luna semakin mengeratkan pelukannya. Dia tahu Edward masih lagi diselubungi dendam di hatinya. Walapun sudah menghancurkan segalanya, hati Edward masih lagi belum puas.

Luna bersyukur Edward tidak mengamuk seperti 20 tahun yang lepas. Sebaik sahaja dia melihat parut itu, Edward membakar apa sahaja yang ada di sekitarnya membuatkan Luna ketakutan. Namun begitu, dia terpaksa menguatkan hatinya meredakan kemarahan Edward. Jika tidak, risau kota yang dia tinggali akan dihancurkan oleh Edward.

Hari-hari itu berlalu dengan kisah yang sama namun semakin hari amukan Edward tidak separah dahulu. Walaupun kekadang Edward menghancurkan perabot rumahnya itu tidaklah seteruk mengeluarkan api sihirnya.

" Maafkan saya Lia.."

Dan setiap kali selepas Edward melepaskan amarah di hatinya. Bibirnya tidak berhenti mengucapkan kata-kata maaf. Air matanya juga akan deras mengalir membasahi wajahnya meratapi nasib kejam Luna. Dan setiap kali itu berlaku, Luna akan menenangkan Edward. Memeluk tubuh yang menggeletar itu dalam dakapan hangatnya.

" Semuanya baik-baik sahaja..."

Dan bibir Luna akan membisikkan kata-kata itu di telinga Edward. Tangannya juga akan membelai penuh kasih belakang tubuh Edward menenangkan keresahan yang melanda Edward.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now