17

1K 89 0
                                    

Luna berdiri di koridor biliknya sambil memerhati dada langit malam yang kelam.

Otaknya ligat memutarkan kembali peristiwa dimana majlis ulang tahun putra mahkota berlangsung.

Ketika hendak kembali ke dewan utama, Luna tidak sengaja merempuh seorang lelaki asing. Apabila dia ingin mendongak meminta maaf kepada lelaki tersebut, mata ungunya secara tidak sengaja menangkap mata lelaki itu.

Mata itu persis mata Edward menyebabkan Luna tergamam seketika, namun ketika dia ingin memastikannya sekali lagi mata lelaki itu berubah menjadi warna hitam pekat.

Luna kebingungan, sama ada dia salah melihat atau lelaki itu sengaja menyembunyikan identitnya seperti Edward tetapi secara tidak sengaja Luna dapat menangkap helahnya. 

Mustahil lelaki itu ada kaitan dengan Edward. Setahu aku, hanya Edward sahaja ahli sihir yang masih hidup.

Luna mengeluh kasar, matanya dipejam seketika.

Kenapa aku nak kesah pasal semua tu... Benda tu bukan ada kaitan pun dengan aku.. Baik aku fokus macam mana nak cari pendeta tu...

Luna kemudian masuk ke dalam biliknya dan duduk dibirai katil. Pintu balkoni bilik itu dibiarkan terbuka agar udara sejuk malam hari masuk mendinginkan biliknya.

Baru sahaja Luna ingin merebahkan tubuhnya, tiba-tiba dia terdengar suara erangan seseorang di balkoni. Luna dengan segera bangkit lalu memandang ke arah balkoni biliknya.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Edward yang terluka parah menceroboh masuk ke dalam biliknya dan sedang duduk bersandar kesakitan di lantai. Luna tanpa banyak soal segera mendapati Edward.

" Edward!!" 

Luna menekup bahagian dada kanan Edward yang setia mengalirkan darah merah pekat.

" To..long.. Ergh!!"

Luna segera memimpin Edward ke katil dan perlahan merebahkan tubuh Edward di atas tilam.

" Tunggu sini. Saya panggil tabib."

" Jangan..." Edward memegang erat lengan Luna.

" Kenapa?! awak sekarang terluka parah! takkan saya nak biarkan awak mati kat sini?!" marah Luna apabila Edward menghalang tindakannya.

" Rahsia.. Sa..ya..akan..ERGH!!" Edward mengerang kesakitan, darahnya keluar dari mulut dan juga hidung. Dada kanannya semakin merasa sakit mencucuk akibat terkena anak panah suci milik Kuil Northstead. Anak panah suci yang hanya digunakan untuk memburu ahli sihir sepertinya.

Edward tidak menyangka Pendeta Suci itu dapat mengenali nya hanya dengan bertatapan mata, nampaknya kekuatan pendeta itu mampu mengatasi kekuatan sihirnya sehingga dapat mengenalinya dalam beberapa saat.

" Habis tu.. macam mana saya nak rawat awak? awak betul-betul kritikal sekarang ni!" Luna resah melihat keadaan Edward yang terluka parah.

<luar bilik Brenda>

" Awak tak boleh masuk! sekarang ni waktu untuk cik Brenda berehat!"

" Sila bagi kerjasama kepada kami untuk menjalankan tugas kami."

" Kami yakin yang kamu semua sudah sedia maklum tentang kewujudan ahli sihir yang menyelinap ke kota ini, kami dari Kuil Northstead menjalankan tugas kami memeriksa setiap rumah di kota ini agar dapat menangkap ahli sihir it-"

" Kami sudah membenarkan anda berdua memeriksa disetiap genap rumah ini dan anda berdua juga tahu yang bajingan itu tidak ada disini."

" Kami sudah memeriksa setiap ruang dirumah ini. Malah, ahli kuil lain juga sudah memeriksa bahagian lain yang tersembunyi di rumah ini. Tidak ada yang curiga di rumah ini kecuali bilik-"

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now