27

909 82 0
                                    

" Tidak lama lagi majlis perkahwinan Putera Mahkota... Kamu yakin kamu dapat hadirkan diri di majlis itu nanti?" soal Marquis sambil menatap lembut ke wajah anak perempuannya.

Satu senyuman terbit di bibir mungil Brenda. Perlahan wajahnya diangkat lalu memandang ayahnya.

" Ayah jangan risau... Brenda tak apa-apa.... Semuanya baik-baik sahaja..." jawab Brenda dengan tenang.

Hari ini genap seminggu dia berada disisi ayahnya. Untuk pertama kalinya, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia kecapi selama ini. Rasa kebahagian yang selama ini baginya tidak wujud kini dia juga merasakannya. Dia amat menyesali tindakan bodohnya waktu itu. Disebabkan dirinya, orang lain yang menjadi mangsa. 

Selama wujudnya di tubuh Luna, dia bersyukur dengan apa yang dia dapati. Sejak bayi, dirinya dikalungkan dengan kemewahan namun sebaliknya dengan Luna Aurelia yang pada awalnya bahagia bersama dengan keluarga tercinta tetapi pada akhirnya maut datang menjemput keluarga kecil Luna. 

Luna hidup sebatang kara di dunia kejam, bekerja demi sesuap nasi pada usia yang muda begitu menyentuh hati Brenda apabila memikirkannya kembali. Dia seharusnya tidak bertingkah dingin dengan ayahnya yang selama ini tidak pernah lelah menjaga dan mencari kesenangan untuknya. 

Brenda bangkit dari kerusinya lalu mendekati sang ayah yang kebinggungan melihat ke arahnya.

" Kenapa Brenda-"

" Brenda rindu ayah... Brenda sayang ayah... Brenda minta maaf atas apa yang Brenda lakukan kepada ayah.. Maafkan Brenda, ayah.." Brenda pantas memeluk tubuh tua ayahnya. Satu titisan mutiara jernih jatuh di pundak Marquis.

Marquis sekadar tersenyum kecil melihat karenah anaknya itu. Namun tangannya tetap naik membalas pelukan erat sang anak.

" Ayah juga sayang Brenda... Sayang sangat-sangat..." balas Marquis.

Brenda memejam matanya apabila mendengar bisikan kasih dari sang ayah. Esakan kecilnya mulai kedengaran. 

Marquis ketawa kecil apabila mendengar esakan Brenda. Baginya mungkin Brenda sekarang berada di fasa bulan mengambang yang menyebabkan perubahan pada emosinya. 

" Anak ayah ini.. Semakin hari semakin manja ya.." seloroh Marquis bersama dengan tawa kecilnya. 

Brenda turut ketawa kecil. Pelukan direlaikan, perlahan Brenda berlutut di hadapan ayahnya. Tangan tua itu diambil lalu dikucup dengan penuh kasih.

Marquis senyum bersama genangan air mata. Tangan kanannya naik mengusap kepala Brenda. Selama ini dia berfikir Brenda membencinya kerana tidak menjadi seorang ayah yang baik. Dia juga tidak pernah membayangkan situasi yang berlaku di hadapannya kini. 

~~~~

Luna duduk termangu sendirian di kolam air pancut suci Kuil Northstead. Dia mengeluh berat sambil memerhati sekelilingnya. Penyapu daun itu kemudiannya diambil lalu menyambung kembali aktiviti pembersihannya yang tergendala. 

Sehari selepas dia sedar dari komanya yang panjang , dia serta-merta dikerahkan tenaga untuk berkerja di Kuil ini sebagai bayaran dia tinggal di sini. Semestinya dia tidak peduli bekerja di sini sebagai tukang sapu namun hatinya merasa kosong. Luna merasakan dia hidup tanpa arah tujuan selepas dia kembali sedar. 

Sehari menjalankan kehidupannya sebagai wujud dia yang sebenar bagaikan setahun yang tidak bermakna apa-apa. Dia bagaikan hidup untuk menunggu mati.

" Cik Luna..."

Luna segera menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.

" Ya, Pendeta tertinggi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Luna senyum tipis.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now