33

914 72 0
                                    

Edward duduk melepaskan lelah. Lelah menghabisi segala isi rumah agamnya. Kehilangan Luna menyebabkan dia hilang kawalan. Bukannya dia tidak tahu siapa yang menculik Luna. Tenaga suci yang samar-samar masih lagi berlegar-legar di sekitar kawasan ruang tamu rumahnya.

Edward meraung sekuat hatinya. Hatinya sakit apabila tidak mampu melindungi Luna. Dia bangkit lalu menuju ke pintu rumahnya. Sekali langkah dia kini berada dia bilik pejabat Lazarus.

" Kita mulakan rancangan kita. Sekarang." ujar Edward tegas sambil menatap tajam ke arah Lazarus yang sedang asyik menikmati teh hangatnya.

" Kenapa tiba-tiba-"

" MULAKANNYA SEKARANG!" jerit Edward lantang menyebabkan teh hangat Lazarus tertumpah akibat terkejut kerana teriakkan Edward.

" Sabar... Kau kenapa?" soal Lazarus gusar apabila melihat Edward tiba-tiba sahaja mengamuk.

" Mereka tak sepatutnya usik milik aku. Lazarus." urat leher Edward tegang.

" MEREKA TAK SEPATUTNYA USIK, LIA!" sekali lagi Edward berteriak menyebabkan kaca yang ada dalam bilik pejabat Lazarus pecah.

" Sabar, Edward.. Kau harus kawal kemarahan kau.." Lazarus bangkit ingin mendekati Edward untuk menenangkannya.

" Macam mana aku nak kawal kemarahan aku, Lazarus?! Macam mana aku nak kawal kemarahan aku?! Bagitahu aku macam mana?!" herdik Edward mencengkam leher baju Lazarus.

" Api kemarahan aku takkan pernah padam selagi mereka tak pulangkan Lia pada aku. Takkan." Edward melepas kasar leher baju Lazarus menyebabkan Lazarus terdorong sedikit jauh dari kedudukannya.

" Edward-"

" Mereka cabar aku, Lazarus. Mereka betul-betul mencabar aku." anak mata Edward bertukar merah gelap. Bebola putih matanya bertukar hitam pekat.

" Mereka ingin melihat betapa jahatnya aku... Maka aku akan tunjukkannya tepat di hadapan mata mereka."

Edward pergi meninggalkan Lazarus yang masih lagi terkejut dengan tindakannya. Dia kemudian segera memanggil beberapa anak buahnya untuk memaklumkan perubahan rancangan mereka.

Lazarus senyum sinis. Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Edward namun ini adalah masa yang dinantikan olehnya. Kehancuran Ardmore dan Friesland.

Kota-kota kecil di Friesland hancur dalam beberapa hari akibat serangan Edward. Banyak mangsa yang terkorban, baik itu kanak-kanak ataupun warga tua, semuanya hancur di tangan Edward. Dalam semalam, Edward berjaya menawan 4 kota kecil Friesland.

Rakyat di kota Friesland hidup dalam ketakutan. Kewujudan penyihir yang selama ini mereka anggap sudah pupus di dunia ini, tiba-tiba sahaja datang menyerang tanpa ampun dan belas kasihan. Ada yang mati terbakar, ada yang mati mengering secara perlahan-lahan dan yang lebih sadis lagi, ada yang mati perlahan membusuk dan mereput seperti bangkai.

Raja Frederick gusar memikirkan serangan penyihir di kerajaannya. Hari pernikahan Atrick terpaksa ditangguhkan akibat serangan itu. Banyak tentera yang dihantar untuk menyerang balas, mati dalam sekelip mata. Kerajaan Friesland saat ini betul-betul menghampiri titik kehancuran total. Silap pencaturan, Friesland hancur di tangan Edward.

~~~~

Luna terbaring lemah di lantai. Badannya habis ditoreh tanpa henti untuk mengeluarkan darah. Semakin hari semakin banyak torehan di tubuh badannya. Dia sungguh tidak berdaya untuk menahannya lagi. Biarpun badannya habis toreh, nyawanya masih lagi mampu bertahan hidup seolah-olah dirinya tidak akan  mati akibat luka torehan itu walaupun badannya kering tidak berdarah lagi.

" Kuasa batu permata biru dan tenaga suci dari tasik itu amat luar biasa." ujar Kyle sambil mencangkung menatap wajah pucat Luna.

" Walaupun darah kau hampir kering tapi kau masih lagi bernyawa." Kyle senyum sinis sambil jari runcingnya bermain di sekitar wajah pucat Luna.

Luna hanya diam tidak mampu menepis jari Kyle walaupun hatinya meronta ingin memotong jari-jari itu. Dia tidak mampu untuk bersuara. Malahan, dia juga tidak mampu hendak mengerdip kelopak matanya.

" Kalau bukan sebab bajingan-bajingan celaka itu, kau takkan menjadi seperti ini." ujar Kyle lagi lalu ketawa kecil.

" Kau sepatutnya berasa bersyukur kerana darah kaulah yang telah menyelamatkan banyak nyawa. Jadi, bertabahlah dan teruskan hidup untuk menjadi wira kami." Kyle kemudian beredar meninggalkan Luna yang terbaring lemah di lantai yang dingin itu.

Air mata Luna perlahan mengalir keluar dari tubir matanya. Dia kini amat tidak berdaya untuk mengeluh akan nasib malang yang menimpanya. Sejujurnya, setiap saat dia berdoa agar tuhan mengambil nyawanya, malah setiap detik, dia memejamkan matanya berharap agar dia mati, namun, tetap sahaja dia masih lagi bernafas, malah nyawanya masih lagi kuat untuk bertahan. Walaupun begitu, tubuh dan hatinya saat ini amat lelah untuk terus bertahan menerima setiap torehan dan hirisan yang membelah kulit dagingnya. Lelah untuk terus bertahan menerima takdir kejam ini. Hanya kematian yang didampakan Luna saat ini. Hanya itu yang dia inginkan.

Edward....

Luna memejamkan matanya bersama linangan air mata yang tiada henti mengalir keluar sebanyak darah yang mengalir dari luka torehannya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now