10

1K 100 0
                                    

Luna duduk termenung melihat pemandangan luar istana. Hari ini sudah masuk hari ke-4 dia menginap di sini. Lagipun, Permaisuri Veronica melarangnya balik ke rumah dan menerima rawatan di sini.

" Cik Brenda."

Luna segera menoleh ke arah pelayan istana yang melayaninya sepanjang dia berada disini iaitu Nicoleta Buna.

" Ini makanan Cik Brenda." Nicoleta meletakkan pinggan di atas meja kecil tidak jauh dari Luna.

" Terima kasih." Luna senyum tipis, makanan itu hanya dipandang sekilas tanpa minat lalu kembali membuang pandangan di luar jendala.

" Cik Brenda kena makan, nanti sejuk, tak sedap."

" Nanti saya makan, awak boleh keluar." balas Luna dingin, dia memeluk lututnya sambil memerhati para pelayan istana membuat kerja pembersihan.

" Cik Brenda okay? Kalau Cik Brenda tak okay, nanti lepas makan kita boleh keluar jalan-jalan."

" Saya okay, awak jangan risau. Saya tak ada rasa nak keluar jalan-jalan, lagipun orang-orang kat sini semua bencikan saya. Jadi buat apa munculkan diri depan mereka semua."

Nicoleta tersentak mendengar jawapan Luna, semua yang dikatakan Luna amat benar belaka. Semua orang diistana ini tidak menyukai Brenda termasuk dirinya. Namun setelah beberapa hari melayani Brenda, dia mulai selesa dan menyukai Brenda. Brenda tidak pernah memarahinya dan tidak banyak karenah.

" Termasuk awak. Awak juga tak sukakan saya, kalau awak rasa awak tak boleh layan saya tak apa, lagipun saya tak perlukan pelayan." sambung Luna lagi.

Nicoleta tergamam. Bagaimana Brenda boleh menekanya dengan tepat?

" Ma-maafkan saya Cik Brenda. Saya akui yang saya tak sukakan Cik Brenda tapi setelah saya menemani dan melayani Cik Brenda saya mulai menyukai Cik Brenda. Ini tulus dari hati saya, Cik Brenda." Nicoleta terus bersujud di hadapan Luna.

" Tak apa. Awak boleh keluar. Saya nak berehat." Luna bangkit, melangkah menuju ke arah katil.

" Ta-tapi Cik Brenda, makanannya-"

" Nanti saya makan, kalau berselera lah. Lagipun masakkan istana tak sesedap masakkan Bianca." pintas Luna lalu merebahkan tubuh kecilnya diatas tilam empuk. Sungguh disaat ini dia amat merindui rumah agamnya, termasuk pelayan-pelayannya.

" Baik, Cik Brenda. Kalau Cik Brenda perlukan sesuatu Cik Bren-"

" Saya tahu."

" Kalau macam tu, saya keluar dulu." Nicoleta kemudian melangkah keluar dari bilik beradu Luna.

Lama Nicoleta Buna berdiri di hadapan muka pintu bilik Luna. Entah kenapa sikap Brenda ini berlainan daripada khabar angin yang dia dengar.

Benarkah Brenda seorang yang sombong dan panas baran?

Soalan itu sentiasa bermain diminda Nicoleta Buna apabila dia melayani dan menemani Brenda. Nicoleta teringat peristiwa dimana dia tidak sengaja memijak gaun Brenda sehingga kotor. Brenda langsung tidak memarahinya sebaliknya hanya diam dan melepaskannya tanpa memberi sebarang hukuman.

Tindakan Brenda itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa hormat Nicoleta pada Brenda Bedelia.

~~~~

Marquis duduk di meja makan, tangannya bermain dengan garpu menguis makanan yang berada di atas pinggannya.

Marquis mengangkat wajahnya memandang kerusi di mana tempat Brenda selalu duduki ketika mereka makan malam.

Sejak peristiwa Brenda jatuh ke dalam tasik, mereka kini selalu makan malam bersama. Brenda juga selalu berada dirumah meluangkan masanya di kebun bunga milik mendiang isterinya, ibu kepada Brenda. Sejak dari itu, rumah ini bagaikan bersinar semula dengan perubahan yang ada pada Brenda Bedelia. Sungguh disaat ini, Marquis amat bersyukur dengan perubahan yang berlaku pada Brenda Bedelia.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now