4

1.1K 87 0
                                    

Luna duduk di meja makan bersama dengan Marquis Quez, ayah kepada tubuh badan ini. Sedari tadi hanya kesunyian yang menyelubungi suasana makan malam itu.

" Jangan buat keputusan terburu-buru, Brenda. Kamu tahu ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk kesenangan kita."

" Kesenangan kita atau kesenangan ayah seorang sahaja." pintas Luna sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

" Brenda."

" Ayah, pertunangan ini bagaikan racun dalam diri Brenda. Kalau betullah ayah sayang pada Brenda, tolong putuskan pertunangan ini." rayu Luna sambil menatap penuh sayu pada Marquis.

" Kenapa kamu nak putuskan pertunangan ini?" soal Marquis dingin, matanya tajam menatap wajah anak gadis tunggalnya.

" Sebab, saya tak cintakan-"

" Hidup ini tak perlukan cinta untuk menjamin sesebuah perhubungan, Brenda. Adakalanya kita kena berkorban demi kebahagiaan yang akan datang." pintas Marquis.

" Tapi, Ayah-"

" Yang berhak putuskan pertunangan ini adalah Tuan Putera Mahkota, apabila tuan putera ingin memutuskannya maka ayah tidak akan menghalangnya. Jika kamu yang memutuskannya itu adalah mustahil." usai meluahkan ucapan yang memyentap tangkai hati Luna, Marquis bangkit dan berjalan perlahan melintasi Luna.

" Jika ingin hidup lama, ikut aturan takdir yang sudah tertulis." bisik Marquis perlahan lalu menepuk bahu anak gadisnya.

Luna terdiam seribu bahasa di tempatnya. Tidak sangka bahawa ayahnya Brenda sanggup menjualnya kepada keluarga diraja hanya kerana kuasa dan harta. Brenda selayaknya dilayan sebagai patung oleh mereka disini. Adakah sudah tertulis bahawa Brenda dilahirkan untuk dijadikan alat mengaut keuntungan keluarga kandungnya sendiri?

Luna mengeluh kasar, dia menongkat kepalanya dengan tangan di atas meja makan. Kenapa takdir begitu kejam pada Brenda.

Rina yang memerhati perilaku Luna turut simpati pada nasib puteri majikannya itu.

Pertama kali dia melihat Brenda menangis teresak-esak adalah ketika majlis makan malam keluarga diraja dimana tuan putera dengan sengaja mengabaikan Brenda dan lebih memilih Helena untuk menjadi pasangan menarinya. Dia jugalah yang menenangkan Brenda ketika Brenda melarikan diri dari majlis makan malam itu.

Rina tahu bahawa Brenda amat mencintai Tuan putera mahkota kerana mereka merupakan sahabat baik sejak mereka kecil lagi. Tuan Jackson, Tuan putera mahkota, Helena dan Brenda sudah berkawan lama.

" Cik Brenda." perlahan Rina menyapa Luna yang masih lagi menekur meja makan.

" Saya nak siap tidur." ucap Luna lalu perlahan bangkit dari kerusinya dan menuju ke bilik. Banyak lagi yang dia harus fikirkan sekarang ini.

~~~~

" Ini maklumat tentang ahli sihir yang Cik Brenda minta." Xavier berlutut dihadapan Luna dan menyerahkan selembar kertas pada Luna.

" Awak tahu ini adalah rahsia terbesar antara saya dan awak. Kalau orang lain tahu tentang ini, bukan sahaja saya dalam masalah tetapi awak juga turut terlibat."

" Saya tahu, Cik Brenda. Jangan risau semuanya baik-baik sahaja."

Luna menangguk kepalanya dan membaca setiap butir maklumat tentang ahli sihir didunia ini. Nampaknya ahli sihir di dunia ini hampir pupus. Luna sememangnya tidak percaya dengan ilmu mistik tetapi disebabkan dia masuk ke dunia ini dengan ilmu mistik jadinya dia harus percaya bahawa ilmu itu wujud.

" Kota Amethyst." Luna merenung satu baris nama yang tertera pada kertas perang tersebut.

" Kota itu dikenali sebagai kota permata ungu tempat dimana ahli sihir tinggal. Dahulu kota itu amat mewah dan meriah namun kini semuanya sudah musnah kerana kerajaan Friesland ingin menghapuskan seluruh keturunan ahli sihir yang menentang ilmu hukum alam." terang Xavier.

" Awak rasa, masih ada lagi ahli sihir yang wujud di sana?"

" Itu saya tak pasti, sebab kerajaan melarang keras rakyat pergi ke kota itu. Jadi amat sukar untuk menghubungi mereka yang berada disana." jawab Xavier dengan tenang.

" Saya nak ke sana."

" Tapi Cik Brenda-"

" Hanya ini sahaja cara yang saya belum cuba." pintas Luna Aurelia.

" Bagaimana dengan majlis ulang tahun putera mahkota. Semestinya kehadiran Cik Brenda di Majlis itu amat diperlukan."

Luna mengeluh kasar, hampir terlupa dengan si bedebah itu.

" Berapa hari perjalanan menuju ke kota Amethyst?"

" Dalam 15 hari, Cik Brenda."

Luna diam, lagi 2 bulan menjelang hari ulang tahun putera mahkota, maknanya dia harus pergi malam ini. 15 hari perjalanan pulang dan balik dari kota itu dan dia hanya memerlukan masa 3 hari sahaja untuk berurusan dengan orang di sana maksudnya dia hanya ada tinggal 27 hari untuk membuat persiapan majlis ulang tahun putera mahkota.

" Kita pergi malam ni." Luna segera menuju ke arah bilik persalinannya.

" Tapi, Cik Brenda-"

" Jangan risau, pandai-pandailah saya cipta alasan nanti. Awak perlu siapkan segala keperluan kita untuk ke sana. Dan ingat, jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Faham."

" Faham Cik Brenda."

~~~~

Marquis membaling barang-barang yang terdapat di atas meja ke lantai. Sungguh amarahnya kini membuak-buak setelah menerima surat dari puteri nya yang pergi bercuti tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.

Maaf atas ketidaksopanan saya terhadap ayah kerana pergi tanpa memberitahu ayah terlebih dahulu. Saya hanya memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikiran. Jangan risau, Xavier ada bersama saya.

Daripada puterimu,

Brenda Bedelia

Luna termenung jauh ke luar jendala kereta kuda. Dia harap kedatangan dia ke kota Amethyst itu tidak sia-sia.

" Cik Brenda, tak apa-apa?" tanya Xavier apabila melihat wajah muram Luna.

" Saya okay." jawab Luna sepatah. Perlahan dia memejamkan matanya.

Setiap kali tidur, dia berharap agar semua ini hanya mimpi. Semakin lama dia tinggal di dunia ini semakin banyak memori Brenda bermain diruang minda Luna, seolah-olah dia akan tinggal didunia ini sebagai ganti Brenda. Setiap memori yang terukir diminda Luna, semuanya hitam dan kelam, langsung tidak mempunyai sinar bahagia dalam memori itu.

Sejak kecil lagi, Brenda diajar dengan kemewahan dan kekuasaan daripada Marquis. Siapa yang berkuasa dialah yang akan mampu bertahan hidup. Itulah ajaran yang diberikan Marquis pada Brenda. Tidak hairanlah jikalau Brenda sering bersikap angkuh dan sombong dengan status yang dia pegang kini.

Apabila Luna menerima memori dari Brenda, dia merasa malu dengan kehidupan yang dijalani oleh Brenda. Malu dengan semua orang yang berada di istana dan di kota kerana dulu Brenda pernah menindas orang kota dan pelayan istana. Perangai Brenda Bedelia lebih mneyebalkan berbanding Atrick, Helena dan Jackson.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now