32

882 70 0
                                    

Luna hanya mampu mendengar samar-samar suara manusia di sekitarnya namun dia tidak tahu di mana tempatnya berada. Mata dan mulutnya di tutup dengan kain. Kaki dan tangan di rantai dan lebih parah lagi dia dikurung di dalam sangkar besi. Mereka memperlakukannya seolah-olah dirinya adalah binatang liar.

Dalam hatinya menjerit meminta untuk dilepaskan namun jeritannya disekat dengan sehelai kain. Luna ketika ini berasa sangat takut. Takut dirinya diperlakukan seperti binatang oleh pihak kuil. Entah kenapa di saat ini dia hanya mengharapkan Edward datang menyelamatkannya walaupun mindanya berkeras untuk memikirkan keselamatan Edward berbanding dirinya.

" Seperti yang kita tahu. Tenaga dari Tasik Permata Biru itu sudah pun di curi oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Jadi, inilah dia, manusia yang berani mengambil hak kita!"

Luna terbungkam apabila mendengar bait kata itu. Suara teriakan dan hinaan menerjah menendang gegendang telinganya.

" Dasar pencuri!"

" Pulangkan hak kami!"

" Hati busuk! Kau layak untuk mati!"

" Perempuan jalang!"

" Pergi mampus, jalang!"

" Celaka kau perempuan jalang!"

" Mati! Mati! Mati!"

Luna menangis. Dia langsung tidak tahu situasi apa yang sedang berlaku di saat ini. Sungguh dia langsung tidak tahu apa-apa. Dia ditangkap dan diheret bagaikan binatang dan kini di tuduh mengambil sesuatu yang langsung dia tidak tahu apa-apa mengenainya.

Suasana riuh rendah sebentar tadi tiba-tiba bertukar hening. Sangkar yang dia duduki saat ini terasa bergoyang. Nampaknya dia dipindahkan ke tempat yang lain.

Kyle Darkvision menatap tajam ke arah Luna yang sedang duduk berhadapan dengannya. Perlahan dia membuka kain yang menutup mulut gadis itu.

" APA YANG KAU NAK SETAN?!" serang Luna sebaik sahaja kain di mulutnya terlepas.

" Kau sepatutnya tahu apa yang aku inginkan, Luna Aurelia." Pendeta Tertinggi iaitu Kyle Darkvision bersuara perlahan sambil menatap dingin ke arah Luna yang menangis tersedu-sedu.

" Aku tak tahu apa yang kau maksudkan.... Sumpah aku tak tahu..."

" Tenaga Tasik Permata Biru ada bersama dengan kau... Kau ambil ia daripada kami.."

" Apa yang kau merepek? Bila masa aku-"

" Batu Permata Biru yang berhubung langsung dari Tasik itu tiba-tiba sahaja hilang... Begitu juga Tenaga suci yang terdapat dalam Tasik itu. Apabila kami menyelidiki hal ini, kami menjumpai jasad kau di tepi tasik itu dan di tubuh itu ada Batu Permata Biru yang hilang... Selama 4 bulan kami menidurkan jasad kau, Batu itu tidak dapat dikeluarkan menyebabkan kami terpaksa membangunkan jasad kaku itu. Namun rupanya, roh yang ada dalam tubuh itu bukanlah roh asli menyebabkan kami terpaksa mencari roh asli tubuh itu. Apabila aku berjumpa langsung dengan kau, roh kau mempunyai tenaga suci yang selama ini kami cari."

Luna hanya diam mendengar Kyle. Dia sedaya upaya cuba untuk menghadam setiap bait patah perkataan yang keluar daripada bibir pendeta tertinggi itu.

" Apabila melakukan upacara pertukaran roh, Batu permata biru dan tenaga suci itu bersatu. Selama seminggu kau tidak sedarkan diri. Aku dan orang bawahan aku berkerah tenaga untuk mengambil apa yang sepatutnya menjadi hak kami tetapi..."

" Batu dan tenaga itu sudah sebati dalam tubuh kau..." Kyle diam sebentar. Tangannya mengempal penumbuk.

" Aku kehilangan 10 orang anak murid aku semata-mata ingin mengeluarkan Batu dan tenaga itu daripada tubuh badan kau!"  tiba-tiba sahaja Kyle meninggikan suaranya menyebabkan Luna terkejut. Urat sarafnya timbul disekitar leher Kyle menandakan kini dia amat berang.

Luna bungkam. Dia tidak tahu apa-apa mengenai masalah itu.

" Aku tak tahu.."

" Kau pembunuh, Luna. Kau pembunuh."

" Aku bukan pembunuh! Aku tak tahu pun benda ni akan berlaku! Aku langsung tak tahu!" Luna menjerit sepuas hatinya.

" Kau berdosa, Luna."

Luna menggeleng keras kepalanya. Kain yang menutupi matanya sudah basah kerana air matanya yang tidak berhenti mengalir.

" Bagitahu aku apa yang patut aku buat untuk keluarkan benda ni.. Bagitahu aku!!" desak Luna

Kyle senyum sinis. " 10 nyawa yang kau ambil takkan mudah untuk kau bayar walaupun nyawa kau dikorbankan, Luna."

Luna menangis teresak-esak. Dia meraung sekuat hatinya. Selama seminggu dia tidak sedarkan diri, dia sudahpun mengambil nyawa manusia yang tidak berdosa malah dia juga mengambil hak manusia di dunia ini sebaik sahaja dia datang menjejakkan kakinya di sini.

" Oleh kerana tubuh badan kau bersatu dengan batu dan tenaga suci itu. Darah dan air mata kau amat berharga untuk kami kerana ia mengalirkan tenaga suci." Kyle mengeluarkan pisau kecil dari jubah yang dipakainya lalu perlahan menoreh lengan Luna.

Luna meringis kesakitan apabila benda tajam itu menghiris kulit dagingnya.

" Kau tak ada hak untuk merasa sakit. Kau tak ada hak untuk mengadu. Kau tak ada hak untuk menolak. Kerana sakit yang kau rasa sekarang ini tidak setimpal rasa sakitnya saat kau membunuh 10 nyawa yang tidak berdosa, Luna." bisik Kyle di telinga Luna.

Darah dari lengan Luna mengalir laju. Saat itu juga, Kyle menyuruh pendeta bawahannya segera mengumpul darah itu dalam satu balang.

" Pastikan balang itu penuh. Walaupun terpaksa untuk menorehkannya lagi." arah Kyle lalu segera keluar dari penjara itu.

Luna menangis. Rasa sakit di lengannya tidak setimpal rasa sakit di hatinya. Takdir hidup ini begitu kejam terhadapnya.

" Adakah ini bayarannya untuk aku terus hidup, Edward?" bisik Luna dengan suara esakan tangisannya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now