28

903 77 0
                                    

" Cis.. menganggu keseimbangan ekosistem konon.. Apa kau ingat aku ni parasit ke? Hello!!! Aku manusia okay.. Sama jelah macam orang-orang kat sini... Hanya manusia biasa yang hidup dengan ketentuan takdir... Dasar Pendeta huh.. Cakap jelah tak nak suh aku duk sini.. Huh!!" bebel Luna sendirian sambil menyepak beberapa ketul batu yang terdapat di atas jalan itu.

" Tapi... Kalau betullah tasik tu sempadan antara dunia aku dengan dunia ni... Habis tu kenapa aku ada dekat tasik belakang rumah agam Quez dan bukannya tasik ini?" Luna berhenti melangkah seketika sambil memikirkan kejadian-kejadian dia tiba di dunia asing ini.

" Ehh sekejap.. Pendeta jumpa tubuh aku dekat tasik ni.. Dan tubuh Brenda dijumpai dekat tasik belakang rumah agam Quez... Tapi jiwa kami tertukar... Jadi maknanya.. Aku datang sini sebab tasik tu dan jiwa aku tertukar sebab bulan tu... Yes! Betullah tu! Wow! Bijak jugak aku nih.." Luna senyum sendirian. Namun tidak lama senyumnya hilang apabila memikirkan kembali kata-kata Pendeta sebentar tadi.

" Ishh!! Hidup susah mati pun susah... Berambus jelah aku dari sini.. Tunggu apa lagi.. Tak nak tunggu dia halau baru nak keluar..." 

Tanpa membuang masa Luna segera menuju ke arah biliknya. Beberapa baju yang dipakai Brenda dahulu diambil dan diletakkan di atas kain lalu dibungkuskan. Beberapa roti kering turut diambil dan dimasukkan ke dalam poket. Pisau roti juga diambil lalu disembunyikan kononnya untuk keselamatan. 

Setelah siap berkemas, Luna dengan segera keluar dari bilik tersebut. Dalam perjalanan dia ingin melarikan diri, mata ungu itu secara tidak sengaja menangkap satu muatan kereta kuda yang sedang mengangkat barang untuk dihantar ke kota. 

Satu senyuman sinis terukir di bibir Luna. Tanpa berlengah, Luna dengan segera bersembunyi di dalam muatan kereta kuda tersebut. Nampaknya, misi melarikan diri ini mendapat sokongan daripada Tuhan. Dengan itu, Luna berjaya keluar dari Kuil tersebut hanya dengan menaiki muatan kereta kuda.

~~~~

" Lia..." Edward segera mendekati Brenda yang sedang berdiri membelakanginya.

Apabila Brenda memalingkan wajahnya, langkah kaki Edward terhenti seketika. Senyum manisnya serta-merta hilang.

" Kau siapa?" soalan yang keluar dari bibi Edward mengejutkan Brenda.

" Apa maksud -"

" AKU TANYA KAU SIAPA?!"

Terhinjut bahu Brenda apabila dijerkah oleh Edward.

" Lia mana?" soal Edward lagi, mata merahnya berubah tajam begitu juga wajahnya menjadi bengis dan dingin apabila mengetahui yang berdiri di hadapannya bukanlah Lia tetapi orang asing.

" Saya tak faham apa yang awak-"

Tangan Edward pantas mencekik leher Brenda.

" Aku tanya sekali lagi. Lia mana?" soal Edward Jones tajam menatap wajah Brenda.

"Le..pas..kan saya.." Brenda menggenggam tangan Edward yang berada di lehernya. Nafasnya tersekat-sekat, wajahnya menjadi pucat kerana kekurangan oksigen

" Mana. Lia?" soal Edward tanpa melepaskan genggaman di leher Brenda malah dia semakin mengeratkan genggamannya.

" Ku..il..." jawab Brenda yang hampir kehilangan nafasnya.

Serta-merta genggaman di leher Brenda terlepas. Brenda tercungap-cungap mencari udara. Lehernya yang sakit itu dipegang kejap.

" Kuil?"

" Ya... Kami.. Berjaya kembali ke tubuh masing-masing seminggu yang lepas... Kemungkinan Cik Luna juga sudah pun kembali ke dunia asalnya.." terang Brenda tanpa dipinta.

" Itu takkan pernah terjadi." ujar Edward dingin.

" Itu rancangan Cik Luna setelah dia kembali ke tubuhnya. Para pendeta juga turut membantu Cik Luna-"

" Kau ingat aku bodoh macam kau? Lia tidak akan kembali ke dunianya dengan selamat. Itu semua tipu muslihat para pendeta yang kau semua sanjung." pintas Edward.

" Apa maksud awak?"

" Pihak Kuil tidak akan biarkan hal ini tersebar. Mereka tidak akan berdiam diri. Kau beruntung sebab kau anak bangsawan tapi tidak Lia. Mereka tidak menolong Lia tapi bunuh Lia."

Brenda tergamam mendengar kata-kata Edward. Mustahil pihak Kuil Northstead akan bunuh Lia.

" Upacara untuk kembali ke dunia asal Lia tidak pernah wujud kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah hal ini berlaku." tambah Edward lagi.

" Jadi maksudnya, Pendeta Tertinggi.."

" Dia menipu untuk Lia terus berada di kuil itu. Kemungkinan mereka akan gunakan Lia untuk kepentingan mereka atau... Bunuh Lia.."

Brenda terduduk mendengar kata-kata Edward. Dia menekup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengari.

" Saya.. Saya yang bawa Cik Luna ke sana..." ujar Brenda bersama dengan titisan air matanya.

Edward segera melangkah meninggalkan Brenda yang menangis teresak-esak. Tangannya digenggam erat apabila memikirkan tentang Lia.

" Awak tipu saya, Lia."

Hati kecilnya resah apabila memikirkan tentang Lia. Nampaknya kali ini dia terpaksa menukarkan rancangannya.

~~~~

Luna berjalan dengan senang hati sambil melihay sekelilingnya. Ini kali pertama dia keluar bebas tanpa pengawasan. Luna dengan senang hati melangkah sambil bersiul.

Luna menuju ke arah gerai yang menjual barang perhiasan perempuan. Entah kenapa satu bentuk cincin itu menarik perhatian Luna lalu dengan perlahan Luna ambil dan membelekny dengan penuh minat.

" Itu cincin pusaka." ujar pemilik gerai itu tanpa memandang ke arah Luna.

" Cincin pusaka?"

" Cincin itu adalah milik pasangan yang mati kerana cinta. Kini, cincin itu tiada pemilik. Kamu ingin menjadi pemiliknya?" soal nenek tua itu.

" Maaflah, nek. Saya tak ada duit. Hehehehe... Bukan tak nak beli tapi itulah... Saya tak ada duit.." ujar Luna lalu dengan perlahan meletakkan kembali cincin itu ke tempat asalnya.

Terasa menyesal pulak aku belek cincin tu...

" Nenek boleh bagi percuma kalau kamu nak jadi tuannya.."

" Eh tak apalah nek.. Saya tak nak berhutang..." Luna dengan segera pergi meninggalkan nenek tua itu.

Nenek tua itu hanya diam. Cincin yang dipegang Luna tadi perlahan diambil oleh nenek itu. Satu senyuman penuh misteri terukir dibibir tua itu. Gerai yang dikunjungi oleh Luna tadi serta-merta hilang dari pandangan mata.

" Huuuu seram betul nenek tu... Dahlah tunduk je dari tadi..." omel Luna sendirian lalu meneruskan kembali perjalanannya.

" Lia..."

Kaki Luna serta-merta kaku apabila mendengar suara itu. Suara yang begitu dia kenali.

" Edward.." Luna dengan pantas menoleh ke belakang. Betullah sangkaannya itu adalah Edward Jones.

Air matanya tanpa dipinta mengalir keluar dari tubir mata. Entah kenapa hatinya terasa sebak apabila melihat wajah Edward.

" Macam mana?" soal Luna sambil menekup mulutnya tidak percaya bahawa Edward mampu mengenalinya.

" Saya kan penyihir.. Awak lupa?" seloroh Edward menyebabkan Luna ketawa kecil.

Tanpa berlengah, Luna segera berlari mendakap tubuh Edward dengan erat. Hatinya terasa senang apabila Edward mengenalinya.

" Saya rindu awak, Edward."

Edward Jones tanpa ragu-ragu membalas pelukan erat Luna.

" Saya juga.. Rindukan awak Lia... Sangat-sangat.."

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now