15

999 93 0
                                    

" Cik Brenda dah sedia?"

Luna memejam matanya seketika dan menarik nafas dalam.

" Ya, saya dah bersedia." Luna berjalan sambil dipimpin oleh Marquis menuju ke pintu utama rumah agam keluarga Quez.

" Brenda." Atrick menatap lembut wajah anggun Brenda yang mengenakan gaun ungu yang direka khas untuk Brenda.

Luna kemudian menyambut huluran tangan Atrick dan perlahan naik ke kereta kuda mewah.

" Brenda pergi dulu ayah."

Marquis senyum kecil sambil menangguk kepalanya. Melihat wajah Brenda mengingatkannya tentang mendiang isterinya, Beril Bonanza.

Luna hanya mendiamkan diri dan membuang pandangannya di luar jendala.

" Awak nampak cantik, Brenda." puji Atrick ikhlas sambil menatap wajah Brenda.

" Terima kasih atas pujiannya tuanku." Luna senyum kecil. Terasa kekok apabila berhadapan dengan lelaki yang membenci dirinya.

" Mesti tuanku rasa tidak selesa bersama dengan saya." ujar Luna.

" Maksud awak?"

" Biasanya, Helena yang menjadi pasangan tuanku apabila ada majlis besar istana atau pesta."

Atrick diam apabila mendengar bicara Brenda. Dia tidak tahu ingin membalas kata-kata Brenda.

" Saya tahu, bukan sahaja saya yang menderita dengan pertunangan ini tetapi tuanku juga menderita." Luna memandang langit malam dengan mata yang bergenang.

" Jadi, saya mohon kepada tuanku untuk merayu pada baginda tentang hal ini."

" Awak betul-betul ingin memutuskan pertunangan ini?" soal Atrick.

" Ya."

Atrick mengeluh kecil, bukannya dia tidak mahu untuk memutuskan pertunangan ini tetapi ayahnya yang berkeras ingin bermenantu Brenda Bedelia. Hal ini kerana, keluarga Quez adalah penyokong terkuat dalam kerajaan Friesland. Mengahwini salah seorang keluarga Quez sudah cukup untuk mengukuhkan kedudukannya.

" Awak tahukan perjanjian yang dibuat mustahil untuk dileraikan."

" Kita belum cuba lagi."

" Nanti saya cuba. Tapi awak jangan terlalu mengharapkannya."

" Ya, saya tahu. Terima kasih, tuanku."

Atrick hanya menayangkan senyuman kecilnya. Lama dia merenung wajah Brenda yang asyik mengelak untuk memandang wajahnya. Sebegitu besarkah perubahan yang ada pada Brenda.

Dahulu, Brenda ingin berada di sampingnya selalu menatapnya dengan tatapan penuh cinta. Tetapi kini, tatapan yang diberikan Brenda hanyalah kosong. Tiada lagi sinar cinta dimata ungu itu.

Kenapa awak berubah?

Atrick memejam matanya, gusar memikirkan tentang Brenda yang semakin hari semakin ingin menjauhkan diri. Bukankah itu yang dia inginkan dari dulu lagi.

~~~~

Majlis ulang tahun kelahiran putera mahkota Atrick Louis Ardmore berjalan sesuai rancangan.

Mata merah darah itu tajam merenung ke arah keluarga yang berkuasa ke atas kerajaan Friesland. Ardmore.

" Nikmatilah hidup ini sepuasnya, Ardmore." lelaki itu senyum sinis sambik menyisip perlahan wine merahnya.

Mata merah itu kemudian terarah pada seorang gadis yang sedang tersenyum senang di samping ayahnya. Pandangan kosong dilemparkan pada gadis itu apabila tatapan mata mereka bertemu.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now