5

1.1K 94 0
                                    

" Kita dah sampai, Cik Brenda."

Luna membuka matanya lalu perlahan menapak keluar dari kereta kuda, setelah 15 hari perjalanan menuju ke Kota Amethysts amat memenatkan bagi Luna.

" Saya akan cari rumah tumpangan untuk kita bertiga." ujar Benedict lalu meminta diri mencari rumah tumpangan.

Suasana di kota itu tidaklah semeriah Kota Friesland tetapi di kota ini Luna merasakan satu perasaan aneh yang tidak pernah dia rasakan di Kota Friesland.

Kota Amethysts biarpun tampak jauh lebih miskin berbanding di kota Friesland namun kota ini jauh lebih aman kerana orang-orang di kota ini saling membantu antara satu sama lain. Tidak seperti Kota Friesland yang sering menindas orang miskin untuk kepentingan mereka sendiri. Benarlah kata orang, biar kita miskin harta tapi jangan kita miskin jiwa.

Luna senyum apabila melihat sekumpulan kanak-kanak bermain dengan riang tanpa perasaan takut. Takut jika diri mereka akan diculik dan dijadikan pelacur atau hamba abdi seperti di Kota Friesland. Kanak-kanak miskin di kota itu sentiasa berada dalam ketakutan. Setiap hari hanya memikirkan, adakah giliran mereka akan tiba untuk diambil hidupnya dari tangan mereka sendiri.

Luna berjalan menyusur kota tersebut menuju ke rumah ahli sihir, tiada siapa yang mengenalinya kerana disaat itu dia dan Xavier hanya berpakaian seperti rakyat biasa.

Luna berhenti betul-betul di hadapan muka pintu ahli sihir yang ingin dia jumpa. Perlahan tangannya naik mengetuk pintu rumah milik ahli sihir tersebut.

Dengan 3 ketukan, pintu itu akhirnya terbuka dan tersembullah wajah sang jejaka dengan mata merah darah merenung tajam ke arah Luna.

" Awak ahli sihir, semestinya awak tahu apa tujuan saya ke sini." ujar Luna sinis sambil menatap santai ke arah jejaka mata merah tersebut.

" Sudah tentu saya tahu tujuan Cik Brenda Bedelia atau saya patut panggil 'orang asing'." jawab Edward Jones dengan menayangkan senyuman sinis.

Luna diam apabila mendengar tutur kata Edward sebentar tadi, nampaknya Edward tahu bahawa dia adalah roh asing yang berada dalam tubuh Brenda.

" Awak tunggu sini Xavier."

" Tapi Cik brenda-"

" Jangan risau, dia takkan apa-apakan saya."

Xavier tunduk hormat pada Luna dan berdiri tegak di hadapan pintu rumah Edward.

" Jemput duduk, buat seperti rumah sendiri." pelawa Edward Jones.

Tiba-tiba teko dan cawan menari-menari diudara sebelum mendarat tepat di atas meja bulat Edward. Tanpa memerlukan tenaga manusia, teko itu dengan sendirinya menuang teh panas ke dalam cawan dihadapan Luna.

" Jemput minum. Maaflah kalau teh yang saya buat tidak seberapa sedap tehnya Cik Brenda." ujar Edward dengan nada sopan. Namun dibibirnya tidak lekang dengan senyuman sinis.

" Saya tak nak berbasa-basi. Jadi kita terus kepada intinya." tegas Luna.

" Tiada jalan lain untuk awak ke sana melainkan awak terima nasib dan takdir yang tertulis untuk awak." balas Edward sambil menyisip teh panas itu dengan perlahan.

" Mustahil tak ada cara lain?!" bentak Luna. Tangannya dihentak pada meja dengan kuat menyebabkan air teh yang berada dicawannya tumpah sedikit di atas meja.

" Tak ada orang yang dapat keluar dari dunia ini hidup-hidup." ujar Edward tenang.

" Awak hanya ada dua pilihan. Menerima takdir Brenda atau mengubah takdir Brenda. Terima jalan cerita yang ditulis untuk Brenda atau awak sendiri yang akan mengubah jalan cerita Brenda dengan melakukan semua perkara yang bercanggah dengan kehidupan asal Brenda." terang Edward apabila melihat Luna hanya diam menahan geram.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant