12

992 93 0
                                    

Brenda berdiri di atas bumbung rumah agamnya. Dia tekad ingin mencederakan diri, hal ini kerana 2 minggu lagi majlis ulang tahun kelahiran putera mahkota akan tiba dan dia, Brenda Bedelia diperintahkan oleh Raja Frederick agar berpasangan dengan Atrick.

3 hari lepas, Laksamana Jackson datang membawa surat jemputan dari istana, walaupun ia dikatakan surat jemputan tetapi bagi Luna itulah adalah surat perintah dari Raja Frederick kepadanya.

Kandungan surat itu memerintahkan dia supaya menjadi pasangan Atrick nanti. Sudahlah dia baru sahaja berangan ingin berpasangan dengan ayahnya sendiri, alih-alih kena berpasangan dengan lelaki tak guna itu.

" Malang betul nasib kau, Brenda." Luna memegang kepalanya, rambut merahnya yang berterbangan ditiup angin itu disisir perlahan.

" Kau terjun pun, tak mati, bertuah pun kau cedera teruk ja." ujar Luna sambil memerhati tanah lapang di bawah.

" Paling ringan pun patah kaki, tak pun tangan." ujar Luna lagi.

" May God bless me." Luna memejamkan matanya.

Dengan hitung 3, Luna terjun dengan tenang. Entah kenapa dia merasa sedikit takut, walaupun selama ini dia mendoakan kematiannya.

Luna memejam erat matanya bersedia jatuh ke tanah lapang itu, namun dia pelik kerana tidak merasakan apa-apa walaupun dia sudah terjun dari bumbung rumah.

" Takkan aku dah mati kot?" bisik Luna.

" Ya ampun, Cik brenda!"

Luna segera membuka matanya apabila mendengar suara jeritan pelayannya, Rina.

Mata ungu Luna segera menangkap wajah Atrick Louis yang sedang merenung ke arahnya.

Jangan cakap dia sambut aku...

" Cik Brenda, saya kan dah larang Cik Brenda bermain di atas bumbung... Kenapa.... Kenapa Cik Brenda degil..." Rina menangis kerisauan melihat majikannya yang jatuh dari bumbung rumah, nasib baiklah putera mahkota sempat menyambut Brenda. Kalau tidak, entah apa yang akan terjadi, sungguh dia tidak sanggup membayangkan nya.

Luna yang menyedari dirinya masih berada dalam pelukan lelaki yang dibencinya segera turun dari dukungan Atrick.

" Tak nak ucap terima kasih?" ujar Atrick sinis apabila melihat Brenda seolah-olah mengabaikannya.

" Rina.. Saya panaslah.. " Luna mengipas wajahnya. Jelas sekali tindakannya itu mengabaikan kewujudan Atrick Louis saat ini.

" Erk.. Kalau macam tu kita masuk, Cik Brenda." Rina merasa serba salah apabila melihat Brenda terus menerus mengabaikan putera mahkota.

" Brenda.."

" Huhh panas nya!" Luna segera berlari meninggalkan Atrick dan Rina.

" Ma-maafkan saya tuanku."

" Tak apa-apa." Atrick kemudian melangkah masuk ke dalam rumah.

Nasib baiklah dia keluar dari rumah agam Marquis kerana ingin bersiar-siar sementara menunggu ketibaan Brenda yang sering mengelak ingin bertemunya sejak kejadian dia menampar wajah Brenda.

Sedang Atrick leka memerhati rimbunan pokok bunga yang mekar itu tanpa sedar melihat Brenda yang berdiri di atas bumbung rumah. Jadinya dia bersedia di bawah menyambut Brenda sekiranya Brenda terjatuh dan tidak disangka oleh Atrick, Brenda tiba-tiba sahaja terjun dari bumbung rumah agamnya. Itu mengejutkan Atrick Louis dengan tindakan berani mati Brenda Bedelia.

~~~~

" Jadinya, tuanku datang ke mari kerana ingin menjemput anak saya mencuba baju untuk majlis ulang tahun tuanku?" soal Marquis sambil menyisip teh hangat yang baru sahaja dituang ke dalam cawannya.

" Ya, tuan Marquis."

" Brenda tak nak!" bantah Luna yang tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam ruangan pejabat Marquis.

" Brenda." Marquis memandang wajah Luna yang tegang.

" Ayah. Brenda tak nak pergi dengan tuan putera mahkota. Ayah.." Luna melutut dihadapan Marquis dan meletakkan kepalanya di lutut Marquis meraih simpati ayahnya.

" Tapi, putera mahkota dah sampai nak jemput Brenda." ujar Marquis serba salah.

" Brenda tak nak.. Siapa suruh dia tak bagitahu awal-awal.. " Luna mencebik.

" Maafkan saya, Cik Brenda. Saya dah maklumkan kepada Tuan Jakcson tentang hal ini untuk disampaikan kepada Cik Brenda." celah Atrick yang sedari tadi diam memerhati perangai keanak-anakkan Brenda yang merayu pada ayahnya itu.

Shit! Fuck you double bitch!

Luna mengigit geram bibirnya, sakit hatinya apabila Atrick berkata begitu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa yang dikatakan oleh Atrick itu adalah benar seratus peratus. Dia dan Tuan Marquis sudah pun dimaklumkan oleh Jackson tentang hal ini 3 hari yang lepas.

" Ayah... Ayah temankan Brenda, bolehkan?" bulat bersinar-sinar mata ungu Luna menanti jawapan daripada Marquis yang semestinya jawapan yang ditunggu tidak mengecewakannya.

" Tapi.. Ayah..." Marquis merasa terbeban apabila melihat wajah anaknya itu seolah-olah berharap agar dia menemaninya.

" Tak apa, Tuan Marquis. Kalau Cik Brenda ingin tuan menemaninya, saya tak ada masalah." luah Atrick apabila melihat wajah serba salah Marquis.

" Ayah.... " Brenda memanggil Marquis dengan suara meleret nya.

" Ya.. Ya.. Ayah temankan Brenda ke istana." Marquis akhirnya mengalah.

" Okay ayah! Sayang ayah! Luna siap-siap dulu nanti jumpa kat bawah!" ujar Luna dengan rasa terujanya.

" Luna?" Marquis memandang pelik wajah Luna.

" Tak, maksud saya Brenda.. Okay Brenda keluar dulu.. Bye.." Luna segera keluar dari ruangan pejabat Marquis dengan rasa senang hati.

" Nampaknya hubungan Tuan Marquis dan Brenda semakin akrab." ujar Atrick Louis.

" Ya, nampaknya begitulah." Marquis senyum manis sambil menyisip teh hangatnya. Entah kenapa rasa teh ini lebih sedap berbanding sebelumnya biarpun teh ini adalah teh yang sama dia pernah minum dahulu.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now