9

1K 89 3
                                    

" Macam mana keadaan Cik Brenda?" soal Atrick kepada Tuan Qatar, pakar perubatan yang bertanggungjawab menjaga kesihatan kerabat diraja.

" Cik Brenda tak apa-apa, cuma Cik Brenda perlu banyakkan berehat kerana tubuh Cik Brenda ketika ini amat lemah." terang  Tuan Qatar Swift.

" Ini ubat herba untuk Cik Brenda. Masukkan dalam makanannya setiap kali waktu makan." Tuan Qatar menyerahkan ubat herba tersebut kepada dayang istana.

Atrick merenung redup ke arah wajah pucat Luna. Pertama kalinya, dia merasa satu perasaan aneh apabila menatap wajah perempuan yang amat dia benci.

Dia jugalah yang mendukung Luna apabila melihat Luna rebah tidak sedarkan diri, kebetulan waktu itu dia baru sahaja tiba ke istana setelah selesai berurusan dengan pihak luar.

" Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." pamit Tuan Qatar lalu beredar dari bilik tempat Luna berehat.

Atrick hanya diam tidak membalas sebaliknya asyik merenung wajah Luna. Dia duduk betul-betul di samping Luna.

" Atrick jangan risau, Cik Brenda tak apa-apa. Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya." tegur Helena apabila melihat wajah Atrick seakan-akan risau melihat keadaan Luna yang terbaring lemah di atas katil.

" Siapa cakap saya risaukan perempuan gila ni."

Butir bicara yang keluar dari bibir Atrick berjaya membuat Helena tergamam.

Helena hanya diam, tidak tahu hendak membalas apa. Lagipun dia tahu, Atrick amat membenci Brenda sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana, Brenda sering membuli dirinya dan orang lain menyebabkan Atrick amat membenci Brenda sehinggalah mereka tumbuh dewasa. Sifat angkuh dan panas baran dalam diri Brenda sama sekali tidak hilang, menambahkan lagi rasa benci Atrick kepada gadis itu.

Tiba-tiba Atrick bangkit dan terus keluar dari bilik tersebut dengan wajah dingin. Helena hanya mengikut langkah Atrick, lagipun tugasnya diistana ini hanyalah menemani dan melayani Atrick ketika Atrick berada di istana. Itulah menjadi punca kenapa Brenda amat membencinya.

~~~~

Luna perlahan membuka matanya, cahaya mentari tajam menusuk anak mata ungunya menyebabkan Luna terpaksa memejamkan kembali matanya.

" Aku kat mana ni?"

Luna perlahan bangun dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

Bilik yang kelihatan dua kali lebih luas dan mewah itu menjadi santapan mata ungu Luna.

" Cik Brenda dan sedar?" seorang gadis yang Luna tidak kenali tiba-tiba datang menerpa ke arahnya.

" Saya kat mana?" soal Luna.

" Ouh! Cik Brenda dekat istana sekarang ni. Ouh sekejap! saya nak maklumkan pada tuan putera Atrick yang Cik Brenda dah sedar."

" Ehh tak payah!" Luna segera menerkam lengan gadis itu.

" Ke-kenapa,Cik Brenda?"

" Tak payah susah-susah nak bagitahu orang gila tu." ujar Luna bersahaja menyebabkan pelayan tersebut tercengang.

" Ermm... Maaf.. Maksud saya tak payah susahkan diri bagitahu tuan putera tentang saya." Luna tersengih sambil membetulkan kedudukannya di atas tilam.

" Tapi tuan putera tugaskan saya supaya maklumkan pada dia sekiranya Cik Brenda dah se-"

" Shuhh! Shuhh! Tak payah... Shuhh.." Luna meletakkan jari runcingnya pada bibir gadis itu supaya mendiamkan diri. Berbulu telinganya mendengar ayat yang terpancul keluar dari bibir pelayan istana itu.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now