23

951 81 7
                                    

" Nah.." Edward menyuap sekeping biskut coklat kepada Luna.

" Macam mana awak nak hadirkan diri di majlis itu nanti?" Soal Luna sambil mengunyah biskut yang diberikan Edward padanya.

" Macamlah tak biasa..." jawab Edward acuh tak acuh.

" Menyamar?"

" Yelah... Macam mana lagi.." jawab Edward sambil mengelap kotoran inti coklat di tepi bibir Luna.

" Kalau kantoi?"

" Kantoi?"

" Tak maksud saya.. Kalau muslihat awak terbongkar.. Macam mana?"

" Hermm? Tak tahu.."

" Heyy apa pulak tak tahu... Kalau rahsia awak terbongkar.. Saya terseret sekali tahu?" ujar Luna geram.

" Jadi awak takut nanti awak kena bunuh kalau rahsia itu terbongkar... Bukan sebab awak risaukan saya?" soal Edward sedikit tegas.

Mata merahnya tajam merenung ke dalam anak mata ungu Luna. Seolah-olah ingin memberi tahu Luna bahawa dia tidak senang Luna berfikir begitu.

" Mestilah saya risaukan awak.. Saya risaukan semua orang.."

Suasana menjadi hening, Luna tidak menerima respon daripada Edward. Seolah-olah Edward berjauh hati dengannya.

" Okay. Mungkin saya dan keluarga terseret sekali tapi awak kena ingat.. Ayah saya bangsawan yang mempunyai ikatan kuat dengan keluarga diraja.. Awak pula, seorang ahli sihir yang dikutuk oleh kerabat diraja. Saya tak mampu selamatkan awak daripada mereka, daripada semua orang. Sebab tu saya nak awak jaga diri baik-baik.. Jangan sampai semuanya terbongkar.. Saya tak nak awak mati.. Kalau awak tak ada, siapa lagi yang ingin saya tunjukkan sifat sebenar saya kalau bukan dengan awak.. Hanya awak sahaja tempat untuk saya bersandar... Hanya awak sahaja tempat untuk saya menjadi diri sendiri... Jadi.. Jangan hilangkan tempat sandaran saya..." terang Luna panjang lebar lalu tersenyum manis.

Edward terdiam, kata-kata yang diluahkan oleh Luna betul-betul membuatnya terharu.

" Awak. Satu satunya orang yang memerlukan saya selepas pemergian keluarga saya."

" Mestilah saya perlukan awak.. Saya sangat~~~ perlukan awak.." Luna kemudian memeluk lengan Edward lalu menyandarkan kepalanya di bahu Edward.

Edward Jones hanya membiarkan Luna melayan perasaannya. Seketika kemudian satu senyuman kecil terukir di bibir Edward.

Baru kali ini dia merasakan sebab lain untuk dia terus hidup di dunia ini.

Lia...

~~~~

" Cik Brenda.."

Luna menoleh apabila namanya dipanggil seseorang. Mata ungunya segera menangkap figura pemuda yang berpakaian serba putih dan hujung kainnya berwarna keemasan. Wajahnya putih berseri-seri.

" Saya ingatkan awak tak sudi hendak berjumpa dengan saya." ujar Luna sinis.

" Maafkan saya kerana lambat." Adam Gabriel menundukkan sedikit kepalanya.

Adam Gabriel terkejut apabila mengetahui Brenda datang ingin berjumpa dengannya. Mindanya ligat memutarkan kembali peristiwa yang berlaku sebulan yang lepas di rumah agam Brenda.

" Tidak mengapa. Semua orang melakukan kesalahan termasuk pendeta,bukan?"

" Ya, Cik Brenda."

Luna senyum kecil melihat wajah tegang Adam. Tujuan dia datang ke kuil Northstead kerana ingin berjumpa dengan pendeta tertinggi. Ada sesuatu yang ingin dia ketahui.

" Saya ingin berjumpa dengan pendeta tertinggi Northstead." pinta Luna tanpa berselindung.

Jelas terpancar di riak wajah Adam Gabriel apabila mendengar permintaan tidak masuk akal Luna.

" Saya harap Cik Brenda tahu bahawa berjumpa dengan pendeta tertinggi adalah mustahil." jawab Adam dengan nada bergetar.

" Saya tahu dan amatlah tahu.. Tapi, saya tetap ingin berjumpa dengan pendeta tertinggi." tegas Luna.

" Ia adalah amat mustahil untuk manu-"

" Kenapa? Bukankah kita sama sahaja di mata tuhan? Adakah kami, manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang anugerah dari tuhan adalah hamba yang hina? Atau kami tidak layak berjumpa dengan manusia suci murni seperti pendeta yang lainnya kerana kami adalah kotoran yang tinggal di dunia ini. Begitukah maksud awak, pendeta?" pintas Luna tanpa mempedulikan riak wajah Adam yang berubah serta-merta apabila di sindir olehnya.

" Bukan itu maksud saya..." Adam Gabriel mati kata.

" Jadi? Apa?"

" Cik Brenda sendiri tahu sekiranya ingin berjumpa dengan pendeta tertinggi adalah mustahil."

" Awakkan pendeta dekat kuil ni.. Mesti awak tahu caranya kan?"

" Saya ermm ya saya tahu tapi.."

" Haa jadi? Apa tunggu lagi bagitahulah sekarang. Apa yang boleh saya buat untuk berjumpa dengan pendeta." desak Luna.

" Cik Brenda... Hanya atas sebab-sebab tertentu sahaja akan diterima untuk berjumpa dengan pendeta tertinggi."

" Okay. Macam inilah ya... Bagitahu pendeta tertinggi saya adalah גײַסט פרעמד."

" Apa yang hendak Cik Brenda sampaikan?" soal Adam dengan wajah tertanya-tanya. Tidak faham ayat yang disampaikan oleh Luna sebentar tadi.

" Pendeta tertinggi tahu apa itu. Dan, itu bukan urusan awak." jawab Luna bersahaja.

" Baiklah kalau itu yang Cik Brenda inginkan. Saya akan menghantar pesan Cik Brenda kepada Pendeta tertinggi."

" Okay. Terima kasih." Luna senyum tipis lalu bersiap-siap ingin meninggalkan kuil tersebut.

Luna berharap agar pesanan itu sampai ke telinga pendeta tertinggi. Ada sesuatu yang ingin dia tahu. Kejadian seminggu yang lepas begitu mengganggu jiwa raganya. Brenda Bedelia yang sebenar masih lagi hidup.

Luna memejam matanya lalu menarik nafas dalam. Dia kemudian melangkah meninggalkan kawasan Kuil itu dan menuju ke kereta kuda. Dia berharap semuanya berjalan seperti yang dia inginkan. Kemungkinan untuk dia kembali ke duniannya adalah tinggi. Tapi entah kenapa hatinya merasa tidak sanggup ingin meninggalkan dunia asing ini. 

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now