Bab 1

288 11 0
                                    

"Baba. Nanti adik masuk Uni baba teman tau." Nayla di bahagian penumpang memeluk seat pemandu. Kepala disendeng di kepala seat pemandu.

Encik Fakhrul mengangguk.

"Minggu depan kan, adik?"

"Ya. Abang tak boleh ikut sekali ke?" Naufal di sisi di pandang dengan muka kesian. Abangnya perlu bekerja di luar kawasan pada hari kemasukan Nayla ke universiti.

"Tak boleh la adik. Abang dah cuba apply tapi tak diluluskan. Nanti abang pergi melawat Nayla." Pujuk Naufal.

"Abang! Careful!"

Nayla Adeena dan Naufal Adha segera menoleh ke depan.

Bam!

Bam!

Bam!

"Allahuakbar!"

Terbuka luas mata Nayla. Dia mengucap panjang sambil mengurut dadanya. Mimpi itu datang menjengah lagi. Air mata yang meleleh diseka.

"Astaghfirullah. Astaghfirullah." Nayla meraup wajahnya. Jam di dinding bilik dikerling. Sudah masuk waktu Subuh.
Lantas kaki dihayun menuju ke bilik air.

Selesai bersiap dan solat, Nayla bergerak ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Dua keping roti disapu dengan mentega kacang dan coklat sebelum dibakar.

Dia hanya menjamah roti bakar dengan segelas susu. Makanan orang bujang.

Rumah dikemas serba sedikit sebelum dia bergerak ke tempat kerjanya.

******

Kring!

"Hai! Selamat datang ke Nayla's Cafe." sambut Nayla Adeena dengan mesra. Nayla merupakan pemilik kafe yang bertemakan 'book & coffee'.

Sudah masuk tahun yang ketiga sejak Nayla's Cafe beroperasi. Dan tahun ini kafenya mendapat sambutan yang hangat setelah di naik taraf untuk beberapa kali. Hasil dari titik peluhnya sendiri.

"I would like to have one iced caramel macchiato with extra shot, please."

"Yeah sure! any add-ons? cakes? pastries?"

"Umm. nope! That's all. How much?"

"Total would be RM15, sir." Balas Nayla. Setelah selesai berurus niaga dengan pelanggan yang terakhir itu, keluh penat dilepaskan perlahan.

Nayla menghayun kaki melangkah ke pintu masuk kafe dan memusingkan signboard 'close'. Nayla mengambil tempat di salah satu sofa kecil yang terdapat di kafenya itu. Kepala diletakkan di atas meja untuk berehat sebentar sebelum closing kedainya.

Leganya!

'Lapaaaar tapi malasnya.' gumamnya perlahan sambil mengusap perut yang membuat tarian singa sedari tadi. Mama, Nayla lapar! dia memuncungkan bibir comelnya. Nak balik rumah. Nak balik rumah. Itu saja yang bermain dalam fikirannya tika ini.

"Kak Nayla, ni list barang yang perlu restock." Sabiha yang merupakan salah seorang pekerjanya di kafe itu menghulur sekeping kertas kepada majikannya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now