Bab 2

163 11 0
                                    

"Biha! jaga kedai kejap ya. Akak kena pergi hantar kek ni ke rumah Datin Fatima. Nanti Sally datang suruh aje dia tunggu dekat mana-mana meja." arah Nayla. Datin Fatima adalah pelanggan tetap mereka dan selalu memesan melalui online. Beliau juga akan meminta Nayla untuk menghantar makanan ke rumahnya. Tidak mahu orang lain yang menghantar.

Hanya Nayla yang dipercayai Datin Fatima dalam menguruskan penghantaran makanan yang dipesannya. Bukan apa. Pernah sekali itu, Nayla tiada di kafe kerana menguruskan buku baru yang bakal diisi di rak kafenya itu. Jadi, dia meminta salah seorang dari pekerjanya untuk menghantar kek yang di pesan.

Semasa dalam perjalanan, kek yang dibawa terbalik dan rosak dekorasi kek tersebut. Tambahan kek tersebut untuk meraikan kepulangan anak sulungnya. Apalagi, mengamuk lah Datin Fatima. Aku yang kena! Haih nasib badan.

"Bismillah," Nayla membaca doa naik kenderaan sebelum masuk gear. Wahai kek chocolateku, please be nice to me! jangan senget-senget eh!

Setibanya dia dihadapan pintu gerbang mewah itu, dia menekan loceng rumah mewah 2 tingkat itu.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Takde orang ke? dah lah panas ni!

"Assalamualaikum!" Laung Nayla kuat sambil mengibas mukanya. Panas sungguh! Nayla kemudian menelefon Datin Fatima tetapi tidak berangkat. Mata terkenyit-kenyit melihat rumah besar itu. Kepala terjengul-jengul di balik pintu pagar yang tinggi. Hembusan nafas dilepaskan.

Solat kot. Tunggu lah kejap.

Tangan menekan telefon meninggalkan pesanan ringkas kepada Datin Fatima menyatakan keberadaannya.

Nayla kembali semula ke keretanya. Elok sahaja dia membuka pintu keretanya, muncul sebuah kereta Audi A6 matte black.
Dia kenal kenderaan itu, milik Hud Haydar.

'Dia dah balik ke?' bisik Nayla dalam hati.

Kereta itu berhenti betul-betul dihadapan baby blacknya iaitu Myvi miliknya. Keluar seorang gadis memakai dress dusty pink dengan shawl sama tona bajunya, Dhia Huda.

"Kak Nayla! Lama tak nampak. Sihat ke? Akak datang hantar kek ke?" tangan Nayla disalam sopan.

Nayla tersenyum lalu mengangguk kepala, "Alhamdulillah sihat. Ni akak nak hantar kek tapi aunty tak buka pintu. Dah berkali-kali dah akak call tak berangkat pun."

"Bonda solat kut. Takpe jom ikut Dhia masuk." ajak Dhia. Nayla laju menggeleng kepalanya.

"Eh, akak pass ke Dhia aje lah kek ni. Akak ada tempat lain nak dituju ni." menolak lembut ajakan Dhia.

Dhia mengangguk kepalanya kemudian dia mendekati Nayla dan membisik...

"Abang Hud ada dalam kereta tu." Dhia tahu Nayla memang menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Malah, dia turut membantu Nayla dalam sesi memikat hati abangnya. Tapi, Hud Haydar sangatlah berhati beku ya!

Sudah tiga tahun dia menyimpan rasa cintanya terhadap Hud.

Bukannya Nayla tidak pernah confess, ya. Pernah! Tapi di reject begitu sahaja dengan alasan...

"Sorry, aku tak berminat nak ada apa-apa relationship lagi." dengan suara mendatarnya.

Ugh! Nayla apa lagi? Selepas mendengar sebaris ayat itu, makin berkobar-kobar semangatnya. Dia tetap meneruskan misinya itu. Dia pasti dia akan berjaya!

Nayla yang mendengar ujaran Dhia menahan senyumannya dan tersipu-sipu malu. Tapi dalam hati dah dup dap! dup dap! Jodoh dah balik! Fuh! Sabar Nayla sabar.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now