Bab 31

82 6 0
                                    

Longgokan pakaian bertimbun tinggi di atas lantai. Dua bagasi besar ternganga luas tunggu diisi. Sanggul Nayla diikat tinggi oleh tangan kasar Hud. Selesai mengikat rambut itu, dibelek ikatan itu ingin memastikan rambut Nayla terikat rapi dan kemas.

"Longgar ke ketat sangat?"

Nayla toleh sedikit ke arah Hud yang berada di belakangnya. Senyum manis ditayang.

"Okey. Selesa. Pandai abang buat. Terima kasih." Pipi Hud dibahunya dicium sekilas. Dia kembali menyambung melipat pakaian yang timbun setinggi Everest itu.

Hud mencapai telefon yang berada di atas katil. Aplikasi kamera dibuka. Gambar sanggul hasil tangannya itu diambil dari beberapa arah. Bibir koyak senyuman puas. Bangga dengan hasil sendiri.

Habis sahaja sesi 'masuk bakul angkat sendiri' nya itu, mata tertancap dengan longgokkan pakaian di Nayla. Keningnya digaru.

Banyaknya! Dah serupa nak pindah rumah pun. Dia hanya pergi selama sebulan saja.

"Tak banyak sangat ke yang?" Perut Nayla dipeluk dari belakang. Nayla duduk di antara kakinya. Kepalanya direhatkan pada bahu kanan isterinya. Perut bulat Nayla diusap.

"Mana ada banyak. Biasa je ni. Abang nak pergi sebulan kot. Bukannya seminggu."

"Muat ke satu beg? Tak payah la bawa banyak sangat. Abang boleh aje beli kat sana nanti."

Nayla terus menggeleng. Kepala di toleh pada Hud.

"Tak payah membazir. Muat je ni. Kalau tak muat kita cuba muatkan. Okey sayang?" Pipi Hud ditepuk perlahan.

Hud hanya pasrah. Pakaiannya saja baru selesai dilipat separuh. Tidak lagi pakaian Nayla. Dia mengalihkan punggung ke sebelah Nayla. Baju Nayla diambil dan dilipat rapi. Kemudian dimasukkan ke dalam bagasi.

Selesai sahaja makan tengahari tadi terus Nayla mulakan misinya. Dia mahu kemaskan pakaian mereka awal. Selepas sahaja selesai mengemas dia mempunyai agenda lain.

"Abang. Chocolate cake atau Walnut Chocolate cookies?"

Hud mengurut dagunya. Berfikir. Susah betul soalan isterinya ni. Dua dua kegemarannya.

"Semalam abang dah dapat chocolate cake. So the answer is walnut chocolate cookies. Kenapa?" Hud kembali fokus dengan kerjanya.

Setiap hujung minggu ada saja kek atau biskut yang dibakar Nayla sejak trimester kedua ini. Hasil dia bermandi peluh di gim setiap minggu hanyalah sifar. Nayla juga yang bising nanti bilamana potato bun dia mula kecut.

"Saja tanya. Kalau abang bawa bekal walnut chocolate cookies nanti okey ke?"
Sudah dia fikirkan bekalan untuk Hud walau mereka masih berbekal 2 hari lagi sebelum berpisah.

"Tak perlu lah sayang. Nanti Deena juga yang penat. Lagi pun ni tengok potato bun sayang ni. Dah kecut dah. Tak keras dah. Sayang juga yang sedih nanti."

Baju Hud diselak sehingga menampakkan enam ketulan di perutnya.

Tangan Nayla mula mencucuk-cucuk perut keras itu. Sudah kecut sedikit. Semua punca darinya. Dihidangnya lauk kegemaran Hud setiap hari. Mana tak makan lebih dua pinggan.

Nayla tayang sengih.

"Haah lah abang. Dia dah kecut. Abang keraskan balik tau nanti. Kesian dia. Nayla kena kurangkan bakar kek favorite abang la ni." Nayla mimikan muka sedih. Potato bun Nayla dah lembik.

Baru sedar harini. Hud geleng pasrah. Padahal setiap malam tangan pasti memicit ketulan diperut suaminya sebelum tidur. Tabiatnya yang baru. Jika tidak memicit perut keras Hud, tidurnya tidak lena.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now